Annual Dinner...hmm..dah lama mengelak untuk hadir majlis macam ni, bukan apa, sebab makan lauk-pauk dulu, last baru makan nasi..hihi..Chinese course. Takdelahh, makanan tu ok je, tapi sebab majlis macam ni boring sikit, letih menunggu sampai habis..
Tapi kali ni dah tak boleh mengelak. Sebab setiap tahun, company mesti beli table masa annual dinner Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia @ Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM). Bos HR mesti bising, senior people tak nak attend event. Tiga orang bos, orang kuat RISM, executive chairman ex-president..
Event ni dah lama, pada 14 Mei, baru sekarang nak up entry, untuk kenangan di hari tua..
Majls Makan Malam
Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia
kali ke-55 di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana
Biasalah event macam ni, start pukul 7.30 malam, memang kelam-kabut sikit, nak solat Maghrib lagi. Tapi sebelum tu, book meja dulu..
event venue
Grand Mahkota Ballroom
Alhamdulillah, surau di hotel ni, besar jugalah dan selesa, takdelah kecik. Teringat komplain Datuk Vida Qu Puteh tentang surau hotel kecik tapi toiletnya boleh pulak buat besar-besar.
ready to mingle, networking
lounge entertainment
hiasan
standard table setting
tak reti guna chopstik, kita guna f & s je
Tetamu kehormat dinner kali ni ialah Royal Patron of RISM iaitu DYMM Sultan Selangor. Masa ni Sultan Selangor belum lagi kahwin yang baru, so Tuanku datang sorang je.
gimmick utk 'dinner is served' - tarian Bhangra
tarian Bhangra
Sambil makan, dihiburkan dengan persembahan live, diselang-seli dengan ucapan Presiden, bagi hadiah-hadiah penghargaan dan juga cabutan bertuah.
show oleh Orang-Orang Drum Theatre
"Orang Orang Drum Theatre was founded by Chew Soon Heng (Boyz) and Leow Sze Yee (Zyee).They have both performed with world renowned performing group, Hands Percussion for more than ten years. In April of 2013, they decided to venture out and formed Orang Orang Drum Theatre, which combines drumming, body movements and theatre to create their own unique style and ensemble"
Show dari Fresco Harmonica pula...first time tengok harmonica besar gedabak
Kumpulan ni menang awards di German pada tahun 2009 dan 2013
memang best performance mereka
memang best performance mereka
last sekali, live performance oleh Juwita Suwito, penyanyi yg femes utk corporate dinner..
Majlis ni habis dalam pukul 11..seperti biasa, bila keluar serentak, berbaris untuk bayar parking dan jem bila nak keluar, Alhamdulillah, perjalanan lancar sampai ke rumah..