Assalamualaikum semua. Salam Jumaat.
Let's get started. My Xi'an story. Sedikit info mengenai kota tua, Xi'an.
Xi'an, pusat pentadbiran Daerah Shaanxi di central China. Xi'an bermaksud 'Western Peace'. Di zaman Dinasti Han, dipanggil Chang'an (Perpetual Peace atau Eternal Peace).
Emperor pertama negara China, Emperor Qin Shi Huang membina Terracotta Army di Xi'an. Xi'an juga ialah tempat permulaan 'Laluan Sutera' pada masa Dinasti Han, sebab tu ramai orang Islam di sini. Menarik sejarah Xi'an ni.
------------------------
Isnin, 7 November 2016, Flight No. D7 346 bertolak pukul 6.15 petang dari KLIA2, selamat mendarat di Xianyang International Airport lebih kurang pukul 11.10 malam.
Flight penuh, tapi Alhamdulillah, duduk dengan seorang student Melayu dan Ah So, ketua rombongan dari Jinjang..ha'ah, lain tahun pegi Jinjang ←← dialog P. Ramlee. Sampai di airport, Ah So pegang bendera..
berkilat
Dah lepas imigresen, ambik beg, keluar je pintu, mata membuntang tengok nama-nama kat kertas yg dipegang oleh orang2 yang berdiri di tepi gate. Takde nama saya, takde orang tunggu. Ada sorang lelaki approach, tanya nak teksi ke idok, kami dengan confident cakap ada orang akan datang ambik...huhu..
Sebenarnya dah booking airport pick-up dengan Alley Youth Hostel. Dari hari Sabtu lagi, dah hantar reminder. Tapi takde reply. Lesson learned: kena confirm airport pick-up thru phone call or whatsapp.
Rupa-rupanya depa reply emel pukul 8.40mlm hari Isnin tu, inform yang takleh nak provide pick-up service...pffft..macamana nak check emel di awan biru gelap..
Masa ni dah menggelabah giler. Teringat 'free public phone' dlm entry SS, cari dekat Pintu No. 314, nak call hotel. Rupanya dah takde...isk, isk..
Dalam hati dah merangka-rangka plan B, samada gamble je ambik teksi airport ke hotel atau tidur di Ground Transport Centre (GTC) sebab ada forumer pernah buat macam tu. Esok ambik airport bus ke Xi'an city, burn hotel booking. Dalam airport takleh tidur, airport tutup selepas last flight.
Di dalam kepekatan malam, saya akur, kita merancang dan Allah SWT juga merancang. Subhanallah, Allah SWT adalah sebaik-baik Perancang dan Maha Sempurna. Dia datangkan student Melayu itu duduk disebelah saya didalam penerbangan. Sebenarnya bukan tempat duduk dia yang asal. Ada penumpang minta tukar seat sebab nak duduk dengan anak dia.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, student Melayu tu, Azwa namanya dan dua orang kawan dia datang menghulur bantuan. Mereka semua belajar di Xi'an Jiaotong University.
Housemate Azwa tolong telefon hotel. Hotel cakap dah lewat, depa takleh datang ambik..perghh, sakit hatiku. Dia cadang naik teksi airport je. Masa tengah berjalan nak ke tempat teksi, lelaki tadi datang approach lagi, tanya nak teksi ke idok..huhu. Housemate Azwa yang berurusan dengan lelaki tu. Nampak macam ok, setuju naik teksi dia. Rupanya dia tu agen untuk pemandu teksi. Teksi bandar, bukan teksi airport, bukan teksi sapu.
Mereka bertiga berbincang lagi dengan pemandu teksi, bargain tambang teksi, bagi no telefon hotel, siap pesan supaya hantar kami sampai depan hotel...huhu..terharu sungguh..terima kasih Azwa dan kawan-kawan..jasamu dikenang. Masa dalam flight, Azwa siap bagi nombor telefon dia, kalau-kalau nak minta pertolongan semasa di Xi'an..wo ai ni.
On the way ke Xi'an city, driver teksi ambik sorang penumpang lelaki, kawan dia. Kami dah suspens, fikir yang buruk-buruk je...mulalah baca macam2..ayat Kursi, tiga Qul, qunut nazilah..apa2 je yang terlintas...huhu..
Bila teksi masuk je kawasan Muslim Quarter, nampak ramai berkopiah putih, baru rasa lega. Pemandu teksi dengan kawan dia ni baik, siap telefon hotel berkali-kali tanya direction, berhenti tanya orang, sesat barat jugalah...masuk lorong, keluar lorong..
Alhamdulillah, sampai juga di Alley Youth Hostel. Tambang teksi RMB120, tapi kesian pulak kat pemandu teksi tu, asyik telefon hotel je, bagilah sikit tips. Tapi still jimat, kalau tak, hotel charge RMB240 untuk airport pick-up. Selamat duit ahkak...hehe..ada hikmah disebalik apa yang terjadi...Alhamdulillah, syukur.
=============
Dah settle check-in, penat angkat beg berat ke tingkat 4, bercadang untuk keluar dinner. Dalam flight tak ambik meal. Nampak kedai depan hotel masih lagi dibuka. Masa ni dah pukul 1 pagi.
Kedai tu jual roti keras dan sate kambing. Nak order guna bahasa isyarat je, asalkan faham..hehe. Tetiba mamat yang berdiri di belakang apek ni, cakap English, tanya kami dari mana. Rupa2nya bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak...hehehe...keciknya doniya...
mamat ex-UIA yang baju putih tu..stock2 cina hensem
tetiba mention Wangsa Maju, dulu dia duduk kat situ
dua orang amoi tu tengah berdiang kat tempat bakar sate
maklumlah suhu dibawah 10 celcius
Memula beli roti tu dua keping, nak tapau makan kat hotel. Apek tu beria-ria suruh beli sate kambing. Dah sedia maklum yang sate kambing di sini memang sedap, tergoda juga, akhirnya beli 10 yuan..tak jadi tapau, makan kat situ je.
first dinner di Muslim Quarter
sedap giler sate kambing tu, banyak jg ada 13 cucuk
roti keras tu cicah air teh panas, percuma, depa bagi setekoh
End of Day 1