Tuesday, 22 November 2016

China : Xi'an - Suasana Pagi di Muslim Quarter (Part 2)

Assalamualaikum...sambung aktiviti JJCM di pagi hari di Muslim Quarter...

Dari masjid lama di simpang empat, bergerak ke utara, menyusuri jalan utama - Damaishi Street sambil melihat-lihat suasana pagi di Muslim Quarter..

 gerai di simpang empat depan masjid

 tingginya pengukus..😀

Check peta, ada satu lagi masjid di sini..sampai di pintu yang kelihatan uzur ni..

ada gambar kaabah dan masjidil haram di kiri kanan pintu masuk
sohih!! ini ialah masjid..jom masuk..

SubhanAllah, rumah Allah di bumi Xi'an

masjid berkubah hijau lagi, ada tiga kubah kali ni

 orang ramai..entah buat apa

 macam ada jamuan..should we stay a bit longer here..hehe..

 papan kenyataan..cantik kaler hijau

Tak tau apa nama masjid ni, seperti biasa, semuanya dalam tulisan Cina. Dalam peta, ditulis 'ancient mosque'.

Menapak lagi ke utara sampai jumpa satu lorong - Xiyangmiyuan - dalam peta ada ditulis Lvshan Mosque di lorong ni...jom check it out..

 Lvshan Mosque - masjid moden diantara bangunan


Dalam wikimapia, siap ada imej kamera kat tulisan masjid ni, entah-entah cantik kot masjidnya. Kami tak masuk cuma jengok dari pintu ni, gelap je, takde orang sebab bukan waktu solat. 

Berjalan lagi ke utara hingga sampai di pintu gerbang ni..

 pintu gerbang ke Muslim Quarter di sebelah barat-utara

ada pasar pagi di kawasan ni

Berpatah balik, singgah beli kuaci di gerai ni di lorong Masjid Lvshan

comel je anak cina ni, siap merangkak atas dulang2 kacang ni, sib baik bapak dia sempat kejar, dah sampai ke hujung gerai..pheww..nakal ye, babab kang..

 skuter roda tiga berkelubung kanvas 'hello kitty'..hihi..
mcm2 pe'el kenderaan kat sini

 singgah beli serbuk cili

 nak beli pau ni, tapi sebab 'communication breakdown'
langsung tak jadi..😃..

Bergerak ke selatan, melepasi simpang empat tadi..

 nyum, nyum..secret peanut..ada cop halal..

 elektrik skuter roda tiga...harga RMB3,980..ada yg berminat??..hehe..
akak jual raojimo sedang perati

 beli satu roti daging raojimo ni - harga 3.50 yuan

 special kuali utk menggoreng

sedap macam murtabak versi keras...😋

Dah malas nak jalan ke selatan lagi, berpatah balik ke Miaohou Street. Ok, habis sesi ukur jalan di Damaishi Street..

Konklusi:  
Ada tiga masjid di Damaishi Street - kawasan masjid luas-luas belaka, bagus Muslim di sini..mengimarahkan rumah Allah..
Di sepanjang jalan, di setiap ceruk, ada je gerai orang berniaga..😀
Aktiviti komersil di bahagian ni lebih santai, slow pace..
 
bersambung.

Sunday, 20 November 2016

China : Xi'an - Suasana Pagi di Muslim Quarter (Part 1)

Hari kedua di bandar Xi'an. Teruja nak memulakan misi JJCM...jom, jom, jom..
Keluar je pintu hotel..perghh...sesak..traffic jam..

   macam2 jenis kenderaan ada - kereta, teksi, van, tuk-tuk, motosikal, skuter, basikal elektrik, basikal biasa, yang berjalan kaki lagi

Ada pasar pagi di lorong ni - berjualan sayur-sayuran di tepi-tepi jalan. Suasana sungguh sibuk, sungguh meriah, masyarakat Islam kaum Hui keluar membeli barang-barang keperluan harian.


dari Xichang S Alley - kita corner ke kanan

Dah sampai di Miaohou Street, jalan besar yang tak berapa nak besar

 
ramai yang menjual daging di tepi-tepi Miaohou Street
berjalan kaki tu pemandangan biasa di sini
ramai je orang berjalan kaki, ke sana ke mari

gerai daging - daging makan ruji Muslim Hui Xi'an

Join the local, berjalan kaki, jumpa habuan yang pertama pagi ni.

kuih bijan rangup inti gula, beli satu, harga 2 yuan
  
Jalan lagi, jumpa gerai jual roti ni, kesan dari 'laluan sutera'..ni bukan orang China...macam orang timur tengah..


Meneruskan perjalanan, jumpa gerai makcik ni, jual roti berinti tauhu/telur dan sayur-sayuran..nampak sedap...nyum, nyum..

 ada telur, ada tauhu
beli satu, bubuh inti tauhu, harga 4 yuan

macam2 jenis sayuran 

 duduk makan di sini, gerai depan tu jual sup pedas
beli semangkuk, harga 5 yuan

sarapan pagi - roti dan sup pedas
beli satu je, kongsi, takut tak memenuhi citarasa 
tapi dua-dua makanan ni memang sedap

Dah habis makan, misi mencari masjid pulak. Gerai makcik ni dah dekat simpang empat, check kat peta, ada masjid lama di seberang jalan..

 bangunan luar ni tak menggambarkan yang ianya masjid
mula-mula tu ragu-ragu juga nak masuk, dalam peta ditulis 'Mosque West Temple', dah ada mosque, ada temple pulak..huhu..sesuka hati je..

ada ukiran-ukiran haiwan pulak..huhu..jengok-jengok kat dalam
nampak lelaki pakai kopiah...yeayy, masjidlah ni..jom masuk..

Taraa...

masjid berkubah hijau     

Masjid pertama dijejaki di Muslim Quarter. Tak tau apa nama masjid ni, semua dalam tulisan Cina. Snap dari jauh je..

Jom sambung berjalan lagi...