Monday, 26 December 2016

Souvenirs dari JM dan SS

Assalamualaikum semua...

Bestnya..tetiba dapat bungkusan poslaju. Dari JDT...ingatkan satu, rupa nya tiga..

Thanks JM and SS...gracias...dapat juga FM Shanghai...ingatkan dah nak lap airmata, tak menang giveaway...huhu..

 dari SS...FM from Temasik

dari JM..


luv the gifts and both of you...saranghae..💓💓

Semoga diberi kesihatan yang baik dan rezeki yang luas untuk terus mengembara ke seluruh dunia...luaskan kuasa mu!!

Friday, 23 December 2016

Dato' Lee Chong Wei in the office

errr....reket dan tandatangan dia jer...huhu..

 tergantung di dinding bilik mesyuarat

Yonex racket (Voltric Z Force II LCW)


Tak sangka.. big boss pun peminat numero uno DLCW...ingatkan Kak Mah sorang je...kui,kui...ramai lagi peminat DLCW kan..

Semasa di Xi'an, almost semua orang kenal Malaysia...nampak kami je, nama Malaysia yang disebut-sebut, di masjid-masjid, di jalanan, di kedai-kedai, di gerai-gerai..

Mungkin sebab DLCW selalu masuk final lawan Lin Dan, lawan Cheng Long..gamaknyalah..hehe..ke sebab MH370..huhu

 Happy long weekend..

Wednesday, 21 December 2016

China : Xi'an - Finale

Assalamualaikum...

Terakhir dari Muslim Quarter, Xi'an...makan tengahari di restoran cantik di Beiyuanmen...

 kat pintu ni nampak ada gambar nasi goreng

Sebenarnya masa first time beli tauhu kari di hari kedua haritu, penjual tauhu tu dah promote restoran ni..dia tunjuk 'tumbs up', kemudian buat aksi 'angkat takbir', maknanya tuanpunya restoran ni jaga solat, lebih kurang macam tu lah..penjual tauhu tu berniaga depan restoran ni..

Jom masuk..tengok menu, ada gambar nasi goreng, tapi bila nak order, waitress tu cakap..'no fried rice'..nak nanges..huhu..pujuk hati 'takpe lah, esok je lah makan nasi kat Malaysia'...order mee sup..

Sementara menunggu, snap-snap suasana dalaman restoran...

 cantik interior

 dapur memasak

 hiasan ala-ala padang pasir

 antik - masih lagi berfungsi gramaphone ni

Yang diorder sudah tiba..nyum, nyum..

 marvellous sungguh mee sup ni

Dah habis makan mee sup, tengok couple depan tu makan pau kecik. Teringin la pulak, macam sedap je, order pau pula..melampau sungguh..hihi..'ayat penyedap hati - nanti menyesal kalau tak makan'..

pau berinti sup kambing dicicah dgn cili
terbaik..sedap sungguh..

Alhamdulillah..puas hati sungguh makan di restoran ni, so sapa-sapa yang pegi Xi'an, sila lah bersantap di restoran cantik di Beiyuanmen ni..harga berpatutan..senang je nak cam bangunan ni..   

OK, masa untuk bergerak ke hotel..masa ni baru pukul 4 lebih, lepak-lepak di taman depan hotel. Tengok buskers Cina..



Kemudian lepak-lepak di lobi hotel pula, layan wi-fi. Dah pukul lima, masa untuk beredar, ambik beg di luggage room. Alhamdulillah, security officer yang tolong bukak luggage room, tolong angkat beg terer cakap English. Bila tengok dia pun friendly, saja tanya dia, kat mana nak ambik teksi ke airport..

Sebenaqnya indirectly nak bagi tau dia yang kami nak teksi, nak gi airport. Mengikut firasat hamba, dia kerja hotel, mesti dia kenal mana-mana pemandu teksi..kot-kot dia boleh call..

Mula-mula dia suruh gi depan McDonalds, kemudian dia tanya balik bila nak gi airport, dia boleh tolong call kawan dia. Yeayy, Alhamdulillah, pucuk dicita ulam yang datang, firasat hamba benar belaka..hihi. Dia suruh tunggu kat lobi sementara dia call kawan dia..

OKlah, kawan dia boleh hantar ke airport..yahoo, takyah tarik beg ke McDonalds..cuma tarik beg ke parking area di belakang hotel je..

 detik-detik terakhir

Rupa-rupanya bukan teksi bandar, tapi prebet sapu Uber..hentam sajalah labu, asalkan sampai di Terminal 3. yang penting sampai di airport sebelum gelap..rasanya pekerja hotel tu juga kot..

 naik Uber Cina

apartment


Terminal 3, Xianyang Airport

 yuhuu..ada restoran halal

Lepas check in luggage, bersantap dulu di restoran ni..hihi, sebelum masuk pintu departure. Masa ni dah dekat pukul 10 malam, restoran pun dah nak tutup..pekerja dah mop lantai..

spicy soup - harga 10 yuan
tak habis, sebab ada bahan yang kurang menyenangkan lidah
kali ketiga terkena macam ni..sedih jg..

Dah tak habis makan, tinggal jelah. Bergerak masuk ke departure hall


Tak sangka bahagian dalam airport Xianyang ni sangat cantik dengan susunan cafe yang menarik..pemenang 2016 FAB Award 'Best Airport for Food & Beverage Facilities Reflecting Sense of Place' - by the Moodie Davitt Report.

 Caravanserai cafe - source: fraport
menggambarkan suasana Silk Road 

 Shaanxi Famous Snack Alley recreates ancient street of Xi'an
source: fraport

Bye-bye Xi'an

--------------------------------------------

Budget selama 6 hari 5 malam di Xi'an :

Flight ticket  : RM723.88
Hotel   : RM310.38
Belanja : RMB 1,490 @ 62.5 = RM931.25

Jumlah = RM1,965.51
(untuk sorang)
 
 barang-barang yang sempat dibeli di Xi'an
buah delima, pisang kaki kering, buah walnut, cili flakes

dlm kotak tu - bepang bijan

Tamat sudah travelogue Xi'an, destinasi menarik, penuh sejarah dan budaya Cina dan Islam..

Thanks for reading..xie xie..