Takdelah membeli-belah sangat..hehe..beli 3 barang je..
Yang mengharukan tu, lupa sungguh yang kedai-kedai kat Selangor ni dah tak bagi beg plastik..huhu...bermula 1 Januari 2017.
Hari Isnin, ada kerja sikit di Klang Parade..nampak Mr DIY, tetiba teringat nak beli tempat tenggek periuk dapur gas..yg kat rumah, satu dah patah...
tujuan utama nak beli yg tengah tu je, dua barang lagi tu terbeli..hihi..biasalahkan..
adjustable plier utk kerja2 DIY kt rumah, cawan kertas buat stok utk mesyuarat
Cashier bubuh sticker 'paid' tu je, lepas tu buat don't know....baru teringat..alamak, takde plastik beg...sib baik 3 barang je..tapi takkan nak lenggang, bawa macam tu je kan, lepas ni nak gi cari ATM pulak..huhu...akhirnya...
masuk dalam beg tangan...huhu..sayang hoii..dah le original sheepskin
terpaksa gendong sebab berat, nak galas takut putus lak
hehe...sebenar ada beg plastik kat kereta, lupa nak ambik...
-----------------------------------
Yang ni souvenirs dari ofismate, baru balik dari Korea..
sungnyemun gate..teringat masa gi sini..
Alhamdulillah, bertambah koleksi...thank you, Siti..