Wednesday, 5 April 2017

China : Beijing - Summer Palace

Hari ke-empat, 9 Mac 2017.

Pagi ni nak ke Summer Palace (Yiheyuan), nun di utara-barat Beijing. Satu lagi tapak warisan dunia UNESCO. Ianya salah satu taman yang terbaik (well-preserved) di dunia dan yang terbesar di China.

Sebelum keluar, breakfast murtabak dan pau yang dibeli di Niu Jie semalam.  Hmm..tawar je dua-dua makanan tu. Alhamdulillah, buat lapik perut. Bawa bekal roti kismis beli kat supermarket Muslim
 
 murtabak & pau daging - dua-dua kureng
inti sikit sangat, tepung je banyak

Dah breakfast, jom gerak-gerak khas..ke stesen subway.

Route yang diambil: 
Dari Dongsi, naik Line 6 ke stesen Ping'anli, kemudian ambil Line 4 ke stesen Beigongmen (North Gate). Tambang subway dari Dongsi ke Beigongmen ialah CNY5.00.

 menghampiri stesen Beigongmen, train semakin lengang
 
Summer Palace ni sangat besar kawasannya. Luasnya 742 ekar, terbahagi kepada kawasan darat dan tasik yang luas, Kunming Lake. Kawasan darat ada tiga bahagian: Front Hill, Rear Hill dan Court Area.

Nak masuk ke sini, ada banyak gate: utara, barat, timur dan yang terbaru di bahagian selatan-timur. East Gate ialah pintu masuk utama dan terus ke Court Area. Ramai pelancong masuk ikut gate ni. Kalau nak masuk ikut East Gate, kena turun di stesen Xiyuan, satu stesen sebelum Beigongmen.

Kami masuk ikut gate belah utara (Beigongmen). Dah sampai di stesen Beigongmen, keluar ikut exit D. Walaupun dalam stesen ada di tulis Exit C Summer Palace, tapi exit D lagi dekat. Sebenarnya dua-dua exit boleh, kalau keluar exit C, akan lalu depan exit D. 

Exit C, kemudian belok kiri

 jalan sehingga sini dan akan nampak north gate di sebelah kiri
tak jauh dari exit C and D 

 north gate of Summer Palace

kaunter tiket

Kami beli main entrance ticket saja, harga di bulan Mac ialah CNY20. Ada tempat-tempat dalam Summer Palace ni yang dikenakan bayaran masuk berasingan. Boleh beli combination tiket, harga 50yuan. Boleh juga bayar asing-asing. Di setiap tempat yang kena bayar, ada kaunter tiket, so boleh decide nak masuk ke tidak.

 tiket dah ada, doploh yuan saja

Khidmat sewa audio ada disediakan. Seperti biasa, malas nak beria-ria nak ambil kisah tentang sejarah, cuma nak jalan-jalan dan nikmati pemandangan saja. Info semua boleh baca kat internet..hehe. Sebelum datang sini, lebih baik print siap-siap layout Summer Palace, senang nak buat rujukan.

Jom masuk, surprisingly, takde security check di sini. Cuma check tiket je, yeayy..Masuk je nampak pintu gerbang (decorated paifang) ni.

source: wikipedia
 
Kemudian lalu di sebuah jambatan, dibawahnya ada Black Lake yang ada gerai-gerai 'ancient' di tepinya. Suzhou Street namanya. Nak masuk sini kena bayar CNY10.00.


                                               Suzhou Street

Suzhou Street ni dibina ala-ala Suzhou City, di wilayah Jiangsu, dekat Shanghai. Dibina semasa pemerintahan Emperor Qianlong untuk gundik dia yang berasal dari Suzhou sebab gundik dia 'homesick'..hihi..sayang benor..
 
Kitaorang malas nak turun, meneruskan perjalanan melalui taman tempat orang ramai beriadah. Ada yang menari, yang ber taichi, ada yang main sepakraga bulu tangkis. 

 sepakraga bulu tangkis

Berjalan ke atas lagi, nampak banyak bangunan di atas bukit, Longevity Hill. Ada tangga di kiri kanan untuk naik ke atas. 



Naik juga ke atas, bila tengok layout map rupanya kawasan tokong. Kawasan ni dinamakan Four Great Regions - kompleks tokong  Tibetan Buddhist. Dulunya Semeru Temple. Malas nak explore, tengok banyak patung-patung Buddha dalam bangunan, turun balik. Tinggi juga bukit ni, kalau mendaki lagi keatas akan sampai ke Tower of Buddhist Incense, menara yang nampak dari Kunming Lake.

Hilang tenaga mendaki ke atas. Berehat dulu, makan bekalan sambil tu check map. Kena ikut laluan sebelah kiri untuk ke East Gate. Laluan di Pine Grove yang macam hutan simpan.  Ramai yang exercise di sini. Ramai juga tourists yang sama-sama berjalan.

 suasana redup dan nyaman

salji yang mencair

Di sepanjang laluan, ada signage ke bangunan-bangunan seperti glazed tile pagoda, longevity hall, great happiness pavillion tapi semuanya malas nak gi.

pokok pine, pavillion dan artificial rock, tak tau apa nama pavillion ni

Sampai di Xiequ Yuan (Garden of Harmonious Pleasures), jom masuk.

 
Ada banyak ikan koi..japanese carp..tapi bangunan macam 'run down' sikit. Ada restoran di seberang sana.


Sambung berjalan lagi..

 gate tower

Melepasi gate tower ni, sampai di Hall of Benevolence & Longevity. Ramai sungguh umat manusia, mereka yang masuk dari East Gate.

 source: wikipedia

Masa ni blur sikit, mana dia tasik yang besar, yang nampak pagoda kat atas, gambar popular di Summer Palace ni. Tengok map, macam takde laluan. Nampak ramai orang berjalan di sebelah kiri bangunan ni..jom ikut sama.

Hihi..jalan sikit, dah nampak terbentang luas Tasik Kunming di depan mata. Lega, gembira rasa dihati.

 photoshot wajib di Summer Palace
Tower of Buddhist Incense on top of Longevity Hill

 Red Bridge

 17-Arch Bridge di kejauhan

sakura sedang berbunga

Dah sampai di sini, rasa malas pulak nak pi tempat-tempat lain. Jalan juga ke arah 17-arch bridge, tapi berpatah balik, rasa macam jauh je sebab nak keluar ikut East Gate.  

Masa untuk pulang, nak pi tengok panda pulak. Jalan balik ke East Gate.

East Gate

Sampai di East Gate, tak tau nak tuju mana. Nampak bas pergi arah ke kanan, belok kanan, jalan terus nak gi stesen metro. Memang tahu yang stesen Xiyuan ni agak jauh juga dari East Gate.

 jalan arah ke sini sambil-sambil tu tengok nombor bas

Alhamdulillah, ada print info tentang Beijing Zoo dan senarai bas nak ke sana. Tetiba lalu bas no. 332..syukur. Bas ni pergi zoo. Jalan depan sikit, ada hentian bas.


Jimat tenaga, jom tunggu bas no. 332 ke Beijing Zoo (Beijing Dongwuyuan)..kena ingat Dongwuyuan sebab pengumuman dalam bas cuma sebut Dongwuyuan. 

Bersambung. 

Monday, 3 April 2017

China : Beijing - Niu Jie

Assalamualaikum..

Sambung kisah di hari ketiga di Beijing. Bila dah dapat info bas yang pergi ke Niu Jie, kami pun terus 'on' balik plan nak ke Niu Jie. Niu Jie ialah Muslim Quarter di Beijing. Naik bas 48 di Meishi Street, Qianmen dan turun di hentian bas di depan Supermarket Muslim Niu Jie. 

Yang bestnya bas awam di Beijing ni, siap ada pengumuman nama hentian bas dalam bahasa Mandarin dan juga English. So, kena alert, di mana nak turun. Ada juga bas yang ada 'electronic indicator' yang tunjuk nama hentian bas dalam tulisan rumi setiap kali sampai di hentian bas. Canggih bas awam di sini.

Tempat pertama yang nak dituju ialah Masjid Niu Jie. Masjid tertua dan terbesar di Beijing.

 turun bas, belok kiri, jalan terus dan melintas di sini
ke Shuru Hutong, dah nampak Masjid Niu Jie di sebelah kanan

Pintu masuk ke Masjid Niu Jie mengadap jalan besar. Yang kami pi masuk Shuru Hutong, jumpa pintu keluar ikut belakang. Kena patah balik, jalan laju-laju sebab hari dah hampir nak gelap. Jam pukul 5 lebih, pukul 6.10 dah masuk waktu Maghrib.

mercu tanda Masjid Niu Jie

pintu masuk utama

pelan tatatur Masjid Niu Jie

Seperti biasa, ada banyak bangunan di kawasan masjid. Masjid Niu Jie mula dibina pada tahun 996 di zaman Dinasti Liao, kemudian dibina semula di zaman Dinasti Ming pada tahun 1443.

minaret

stone steele tower

jam matahari 'sundial' dan dewan solat utama

dewan solat utama


tempat solat wanita di bahagian belakang
 
 pot besar tu tempat masak bubur lambuk masa bulan puasa pada zaman dulu

 kubur imam

Selesai sudah ziarah Masjid Niu Jie, berjalan keluar, patah balik menuju ke kawasan kedai. Nampak ramai orang beratur di kedai lot tepi di seberang jalan. Jom pi tengok...curiosity killed the cat.

di kedai ni lah nampak orang ramai beratur 

join sama beratur, jengok-jengok apa yang dijual

bila sampai giliran, tak tau nak cakap apa, nampak macam murtabak
tunjuk yang tu, tanda harga pun takde, bagi je note CNY50
dapat baki CNY38..oo..12yuan harganya..redho je lah..

Dah beli murtabak, jom pi survey supermarket Muslim pulak. Nak beli losyen, kulit kering, tak bawa pelembab. Supermarket dua tingkat, bahagian atas jual barang-barang harian dan bakeri, di bahagian bawah jual makanan dan barang-barang basah.

lauk-pauk yang sudah siap dimasak

sayur-sayur yang siap dimasak, tudia setimbun jeruk bawang putih

Beli satu jenis sayur di sini, tak tau nak cakap nak banyak mana. Penjual tu ambik guna saiz genggaman tangan, tunjuk nak genggam kecik, genggam besar..hihi..hentam sajalah labu..kemudian gi timbang..

Dah habis membeli-belah, keluar dari bangunan, hari dah gelap. Terasa lapar, seharian tak makan, cuma breakfast maggi je pagi tadi. Bercadang makan dulu di sini sebelum balik hotel, tapi tak tau nak makan di mana. Restoran halal banyak di kiri kanan jalan.

Berjalan melihat-lihat kedai, tetiba ternampak signage 'Niu Jie Muslim Food Place' kat satu pintu. Aha! kedai makan halal detected. Tapi macam ragu-ragu nak masuk sebab tengok bangunan buruk lama..hihi. Tengok atas ada tulis 'Jia Hui Hua Yuan Hotel'. Restoran hotel kot.

Dalam pada berkira-kira nak masuk ke tak, tiba-tiba berhenti seorang lelaki berkopiah putih. Dia cakap 'shek fun' sambil tunjuk aksi makan, kemudian tunjuk kat atas bangunan ni. Confirmlah ada tempat makan di sini. Kami pun masuk, ada lif, yahoo. Lif dia kecik je, penuh jugalah, tetiba ramai pulak yang masuk lif, mereka yang duduk di hotel ni.

entrance ke lif dan tangga

Tempat makan ni di tingkat 2. Tekan no. 2 tak menyala pulak. Orang dalam lif tanya nak gi mana. Kami pun sebut 'shek fun', bila pintu lif terbuka di tingkat 6, dia tanya kat pekerja hotel, restoran kat tingkat berapa. Rupanya lif tak berenti kat tingkat 2...huhu..

Kena turun ke tingkat bawah semula dan naik tangga. Seram juga, takde orang pun, kami berdua je yang menapak naik tangga. Bertabahlah, demi sesuap nasi. Sampai je di tingkat 2, masuk pintu yang ada juraian-juraian plastik..perghh..

 panjangnya food court, ramai orang

Alhamdulillah, gembira rasanya. Letak beg, survey dulu apa yang ada. Ada dua gerai yang jual lauk-pauk, sup, kuih muih, ayam goreng.  Masalah pulak nak order. Depa ni sepatah haram tak tau English, semua cakap cina je. Menu pun dalam bahasa mandarin je.


Nampak sorang lelaki beli nasi putih dengan dua jenis lauk. Tunjuk kat amoi yang jaga kaunter, nak macam tu juga. Dia tunjuk satu kad, kendian tunjuk kaunter kat bahagian tengah. Dalam pada tak faham bahasa cina, dapatlah tangkap apa yang dia nak terangkan. Rupanya kena beli prepaid kad untuk beli makanan kat situ...awat tak habaq awai-awai..hihi..

My sister pi beli kad prepaid, ambik yang CNY50, kendian pi beli nasi putih dan dua jenis lauk, harga CNY18. Makan dalam tray plastik, terkenang zaman duduk asrama..huhu..

tudia, selambak, besar portion nya
sedap juga lauk-pauknya, daging goreng berempah tu sedap
tapi masakan semua tawar, oklah jaga kesihatan

saya punya, CNY18 juga, dua-dua lauk berasaskan tauhu, sedap juga

Masa tengah makan, datang sorang pakcik cleaner, berdiri kat tepi meja sambil cakap-cakap. Nak bersembang. Kesian le pulak. Jawaplah juga..'Malaysia'..hihi. Dia cakap-cakap lagi..lastly cakap..'wo ting pu tong'..dia pun angguk, terus jalan..

Dah spend CNY36 untuk nasi campur, ada baki CNY14 lagi. Nak habiskan kredit, beli dua ketul pau kecik, baru 3yuan, akhir sekali, beli seketul peha ayam goreng, harga 12yuan, kena tambah 1yuan. 


Semua makanan ni tapau bawa balik. Dah habis kredit, jom berangkat pulang. Sambil jalan balik, snap gambar kuih-muih cina yang ada dijual.

keledek goreng kot

 roti daging, ayam goreng

 meja-meja tambahan di sebelah kiri tu untuk steamboat

Nak balik tak ikut dah tangga tadi. Ada ternampak orang masuk dari hujung sana. Jalan ke sana, tengok cuma ada eskalator naik je, eskalator turun takde. 


Nak turun, kena lalu restoran steamboat, turun tangga dalam restoran tu. Bila sampai di luar..oo..rupanya kedai lot tepi yang ramai orang beratur, kedai beli murtabak tadi, restoran steamboat rupanya.  

Ramai sungguh orang duduk menunggu kat tingkat bawah, tunggu giliran nak dapat meja..femes restoran ni. Steamboat di sini dipanggil 'hot pot'. Dalam peta, restoran ni namanya Jubaoyuan Hotpot.

 bangunan yang ada supermarket Muslim, foodcourt 
dan restoran 'hot pot'. Snap sementara tunggu bas no. 48

Melintas jalan besar, Nujie Street, untuk tunggu bas no. 48 ke stesen bas Chaisikou Xi, satu bas stop je dari Niu Jie. Turun bas, kemudian menyeberang jalan guna jejantas untuk ke stesen metro Chaisikou. Security check di stesen ni, strict bebenor, macam nak masuk kapal terbang. My sister kena minum air dalam bekas sampai habis, takleh bawa masuk.

Di stesen Chaisikou, naik Line 7, turun di stesen Ciqikou, ambik Line 5 ke Dongsi. Sampai di Dongsi, tengok ada kumpulan yang menari di belakang Wu-Mart.
 rancak sungguh 

Balik hotel, dah selesai solat semua, masa untuk check hasil tuaian hari ni. Tengok-tengok, banyak pulak makanan yang dibeli. Ada murtabak, sayur beli kat supermarket, pau, ayam goreng, roti, bun. Last-last decide, murtabak dan pau untuk breakfast pagi esok, sayur dan ayam goreng kena habiskan malam ni juga, roti dan bun untuk bekal esok hari.

Sayur tu ok jugalah tapi ada kacang tanah yang direbus, rasa pelik sikit. Ayam goreng dah keras, tawar, tak rasa apa. Alang-alang dah tawar, masak air, rendam dalam air panas kasi lembut, lepas tu cicah sos peket (bawa dari Malaysia), gigih jugalah nak menghabiskan. 


Tidur kekenyangan malam tu, Alhamdulillah..end of day 3.

Saturday, 1 April 2017

China : Beijing - Masjid Qian Men

Assalamualaikum..

Kembali dengan misi mencari Masjid Qianmen di kawasan hutong di Qianmen. Dari Meishi Street, menyeberang jalan, sambung berjalan di Dashilan Street, sebelah barat pula.

Map yang sangat membantu perjalanan berliku mencari Masjid Qianmen

Tak jauh dari simpang, akan nampak signage yang bertulis 'Qingzhu Xiang' di sebelah kanan, masuk lorong kecik tu.

Qingzhu Xiang
 
Keluar dari Qingzhu Xiang, jumpa pondok polis di Yangmeizhu Byway. Ada dua orang lelaki tengah bersembang di tepi pondok polis. Pergi tanya kat depa, tunjuk map di atas, depalah yang suruh masuk satu lorong kecik untuk ke Tan'er Hutong. Dalam peta, memang takde lorong kecik tu.

Di Tan'er Hutong menuju ke masjid

rumah di Nanhuoshan Hutong

Di tepi rumah ni terserempak dengan seorang perempuan Muslim. Dia tunjuk arah masjid, mungkin dia pun boleh agak yang kami tengah mencari Masjid Qianmen. Alhamdulillah.

Masjid Qianmen di corner lot

sejarah Masjid Qianmen

Jom masuk, nak solat jamak Zohor dan Asar di sini. Ada dua tiga orang lelaki, sesi bercakap 'ayam dengan itik'..hihi..depa cakap-cakap cina, kitaorang jawab 'Malaysia, Malaysia'..hentam sajalah, tak faham apa depa cakap, depa tanya dari mana kot..hihi..

Lelaki tu tunjuk tempat solat, tanya tempat wuduk..'wudhu', wudhu'. Depa panggil-panggil dari luar, keluar dua orang muslimat dari dalam tempat solat.

Muslimat itulah yang bawa pergi tunjuk tempat wuduk, toilet segala..Alhamdulilah. 

Dari luar nampak kecik je, tapi bila masuk dalam, luas juga kawasan masjid ni. Ada empat lima bangunan juga dalam ni.

 tempat solat di sini

 tempat wuduk, sangat ok

 dulunya dewan solat, sekarang dah jadi store

 tempat simpan barang-barang

Solat sudah, nak pi cari makan pulak. Keluar dari pintu masjid, bincang depan masjid, nak patah balik ke Dashilan ke atau nak ke Niu Jie. Kalau ikut itinerary, lepas ni nak pergi Niu Jie, tempat ramai orang Islam. Ambik keputusan cancel pi Niu Jie sebab hari dah hampir nak gelap, nak pi sana jauh juga nak berjalan ke stesen metro.

Tiba-tiba, seorang lelaki pakai kopiah putih keluar dari rumah depan masjid. Jumpa dia ni tadi dalam kawasan masjid.

Tanya kat dia..tunjuk aksi makan, 'halal, halal'. Dia jawab, takde restoran halal kat kawasan hutong, kena gi Niu Jie. Dia mintak handphone, taip no. 48, kendian tunjuk arah nak ke jalan besar. oo..naik bas no. 48 ke Niu Jie, tunggu bas di jalan besar. 

Teruskan hasrat ke Niu Jie, Alhamdulillah..tak yah jalan jauh ke stesen metro.

 jalan melalui Beihuoshan Hutong untuk ke Meishi Street

Dari Masjid Qianmen, ikut je Tan'er Hutong, arah ke atas, sampai Beihuoshan Hutong, corner kanan dan jalan terus ke Meishi Street. Sampai di Meishi Street, corner kanan dan akan nampak ramai orang beratur untuk tunggu bas depan kedai ni.
 tunggu bas no. 48 depan bangunan ni

Dari Masjid Qianmen, nak ikut Qudeng Hutong tu pun boleh juga, akan tembus ke Meishi Street juga. Sanming Tea Art tu kedai kopi kampung..hihi..

Pengalaman berjalan-jalan di hutong yang 'non-commercialised' membuka minda. Tempat tinggal rakyat marhaen. Tak tau nak describe macamana, lebih kurang suasana macam kawasan perumahan flat kos rendah di Malaysia.

Kawasan sempit, dengan basikal, kereta parking ditepi-tepi lorong. Persekitaran kebanyakannya kotor dengan sampah-sarap merata-rata. Anjing-anjing berkeliaran tapi anjing di sini takde lah garang, well-behaved, tak peduli orang..lega rasanya bila sampai di Meishi Street..

Bersambung