Assalamualaikum..salam hari Isnin...
Jom makan laksa Melaka...di Pratha Crispy Popiah, dekat Jaya Shopping Centre, Seksyen 14, Petaling Jaya.
Kemasan lantai - jubin Melaka
Laksa Melaka ni lain dari laksa nyonya. Tengok dalam menu, laksa nyonya pun ada juga. Order laksa Melaka, laksa nyonya dah pernah makan.
Order juga rojak buah yang sangat sedap ni..ada kruk krak..kepingan rangup..telan ailio masa naip ni, dahlah tengah puasa..sabaq je lahh..
rojak buah yang sedap
laksa Melaka guna mihun
sedap, kecik je mangkuknya
Sedap-sedap semua makanan, dengan air 'homemade' cincau, harga?? jumlah semua RM12.53..cincau & rojak - RM4.62 satu, laksa - RM3.29, laksa lg murah sebab sikit, tapi oklah, dengan tiga makanan, memang kenyang..
Silalah mencuba..