Wednesday, 12 July 2017

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, khas untuk rakan2 bloggers & pembaca sekelian..maaf zahir & batin...

Hari raya tahun ni dipenuhi dengan acara lawatan ke hospital..hari Khamis sebelum raya, ayah masuk Hospital Selayang..Alhamdulillah, hari Sabtu, discharged. Dapatlah beraya di rumah, tak balik kampung, beraya di KL.


Hari Khamis, raya ke-lima, dah start kerja. Menjelang petang, badan panas, balik rumah terus tidur. Esok, hari Jumaat, dapat MC. Hari Sabtu, panas tak berkurang, pergi KPJ Tawakkal, buat ujian darah..suhu dah 40 darjah Celcius..rasa nak pengsan..

Dapat result, Ya Allah, positif denggi..jeng, jeng..kena tahan wad..huhu..


Entah berapa botol masuk air, berpuluh biji panadol ditelan, sehari 2, 3, kali telan panadol, makan pun tak lalu..blood platelet jatuh sampai 13, sib baik tak masuk ICU...penangan denggi..7 hari dalam wad, Alhamdulillah, dah beransur pulih, platelet semakin naik..sekarang berehat di rumah..

 view dari wad 816

ada masa nanti, saya pi beraya rumah kawan-kawan..Doakan saya sihat, tq..amiin..

Sunday, 11 June 2017

Puncak Denai Tiga Puteri

Assalamualaikum...salam Nuzul Al-Quran..kalamullah...

Dah masuk fasa kedua Ramadan 1438H, semoga kita sihat walafiat, terus istiqomah meningkatkan amal ibadah dibulan yg mulia ini..
-----------------------------------
Cerita lama. Masa tengah hangat, bersemangat, ber'hiking'..pada masa yang sama, gi site inspection, tengok tanah, dengan boss dan kawan pejabat. Tempatnya, di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara.

Pemandangan Lebuhraya Utara - Selatan dari Puncak Denai Tiga Puteri

Memang sangat mencabar, mental dan fizikal nak sampai ke puncak ni, hampir nak berputus asa, semakin hampir, pendakian menegak, 90 darjah..huh!

gambar2 dari facebook boss

Laluan hiking di hutan simpan Kota Damansara
   
Kami ikut 'Harmoni trail', kendian naik bukit untuk ke Unity Peak, hampir sesat sebab takde tanda arah laluan, suspens masa ni, sempat juga rasa pengalaman sesat dalam hutan, tengok sekeliling, semua sama je, akhirnya dapat juga cari jalan balik..Alhamdulillah..

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk website www.kotadamansaraforest.org

Selamat berhujung minggu..

Thursday, 25 May 2017

Sabah's Lost World : Maliau Basin

Assalamualaikum, semua...huh! lama juga tak update..sibuk bebenor sebulan dua ni...akan berlanjutan sampai hari raya...huhu...

Tapi takpe, nak up juga satu entri sebelum Ramadhan..kali ni kisah 'dunia yang hilang kat Sabah' Lost world? Ini bukan macam Lost World of Tambun, tempat bersukaria..ini tempat, yang kalau jalan sorang-sorang, highly likely, surely, LOST, lost in the jungle.. 

Teman takdelah pergi tempat ni..cuma tengok dalam buku. Buku yang sangat menarik, tajuknya Maliau Basin, Sabah's Lost World by Hans P. Hazebroek, Tengku Zainal Adlin and Waidi Sinun. Diterbitkan dalam tahun 2004.

"The Maliau Basin, Sabah's Lost World celebrates the many natural wonders in one of the most captivating and mysteriously beautiful protected areas in the world. The Basin has a spectacular crater-like form with a mountainous rim and includes magnificient rain forests, wild rivers, splendid waterfalls and a cool highland plateau"


Baru tahu ada tempat nama Maliau Basin di Sabah, lokasinya di bahagian selatan Sabah, bersempadan dengan Kalimantan. Nak sampai ke sini pun satu adventure, samada dengan sewa helikopter dari Kota Kinabalu atau dengan kenderaan pacuan 4-roda dari Tawau atau Keningau. Perjalanan mengambil masa 5 hingga 7 jam, melalui jalan tak berturap, jalan hutan..memang adventure, style camel trophy..

 
Maliau Basin Conservation Area (MBCA) ialah kawasan hutan tebal yang penuh keindahan alam semulajadi, dengan flora dan fauna yang unik..tempat untuk mereka yang berjiwa kembara yang kental.

"MBCA is an ideal destination for adventure jungle trekking, providing a unique wilderness experience. Wildlife observation, bird watching, nature photography, night walks and night drive along the access roads to spot nocturnal wildlife are some of the highlights. Swimming in Maliau's rivers and waterfalls is very enjoyable"

Selain dari tapak perkhemahan, ada tempat penginapan juga di MBCA..

 lokasi kem - Agathis Camp, Camel Trophy Camp, Rafflesia Camp

 Agathis Camp

 Camel Trophy Camp

Menarik tengok gambar-gambar di Maliau Basin Conservation Area.

 air terjun

flora - Kak PI, ada orkid hutan..cantikk

 fauna - stick insect, menyerupai dedaun

serangga menyerupai dahan pokok

Banyak lagi, dapatkan buku ini dipasaran. Ralit tengok gambar-gambar flora dan fauna dalam buku ni.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website www.maliaubasin.org. Pertanyaan mengenai trip ke sini, boleh hubungi Yayasan Sabah, Research & Development Division.
  
Till then, Salam Ramadan Al-Mubarak