Monday, 17 July 2017

Tuuu Dia...Pak Tam..

Sedap bagitau kawan, tak sedap bagi tau pak tam..


sebuku roti harga RM10

roti bakar inti kaya yg sedap

outlet di Medan Mara, ada nasi bukhara, mee rebus sotong


outlet di Bukit Bintang
dekat Wisma Nusantara, Lorong P. Ramlee

Restoran dekat Stadium Selayang belum pi lagi..
jom..minum petang..

Wednesday, 12 July 2017

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, khas untuk rakan2 bloggers & pembaca sekelian..maaf zahir & batin...

Hari raya tahun ni dipenuhi dengan acara lawatan ke hospital..hari Khamis sebelum raya, ayah masuk Hospital Selayang..Alhamdulillah, hari Sabtu, discharged. Dapatlah beraya di rumah, tak balik kampung, beraya di KL.


Hari Khamis, raya ke-lima, dah start kerja. Menjelang petang, badan panas, balik rumah terus tidur. Esok, hari Jumaat, dapat MC. Hari Sabtu, panas tak berkurang, pergi KPJ Tawakkal, buat ujian darah..suhu dah 40 darjah Celcius..rasa nak pengsan..

Dapat result, Ya Allah, positif denggi..jeng, jeng..kena tahan wad..huhu..


Entah berapa botol masuk air, berpuluh biji panadol ditelan, sehari 2, 3, kali telan panadol, makan pun tak lalu..blood platelet jatuh sampai 13, sib baik tak masuk ICU...penangan denggi..7 hari dalam wad, Alhamdulillah, dah beransur pulih, platelet semakin naik..sekarang berehat di rumah..

 view dari wad 816

ada masa nanti, saya pi beraya rumah kawan-kawan..Doakan saya sihat, tq..amiin..

Sunday, 11 June 2017

Puncak Denai Tiga Puteri

Assalamualaikum...salam Nuzul Al-Quran..kalamullah...

Dah masuk fasa kedua Ramadan 1438H, semoga kita sihat walafiat, terus istiqomah meningkatkan amal ibadah dibulan yg mulia ini..
-----------------------------------
Cerita lama. Masa tengah hangat, bersemangat, ber'hiking'..pada masa yang sama, gi site inspection, tengok tanah, dengan boss dan kawan pejabat. Tempatnya, di Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara.

Pemandangan Lebuhraya Utara - Selatan dari Puncak Denai Tiga Puteri

Memang sangat mencabar, mental dan fizikal nak sampai ke puncak ni, hampir nak berputus asa, semakin hampir, pendakian menegak, 90 darjah..huh!

gambar2 dari facebook boss

Laluan hiking di hutan simpan Kota Damansara
   
Kami ikut 'Harmoni trail', kendian naik bukit untuk ke Unity Peak, hampir sesat sebab takde tanda arah laluan, suspens masa ni, sempat juga rasa pengalaman sesat dalam hutan, tengok sekeliling, semua sama je, akhirnya dapat juga cari jalan balik..Alhamdulillah..

Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk website www.kotadamansaraforest.org

Selamat berhujung minggu..