Thursday, 18 January 2018

Jejak Warisan KL 3.0

Assalamualaikum...

Sambung entri Jejak Warisan.

Di sekitar kawasan Medan Pasar dan Lebuh Pasar Besar. Kawasan ni kalau hari cuti terutama hari Ahad atau hari cuti umum, ramai sungguh warga asing berkumpul. Dah macam dataran kat negara Bangladesh dan Nepal pulak.

Tapi di sini, banyak bangunan-bangunan kedai sebelum perang (pre-war buildings) yang menarik..
 
 menara jam di Dataran Medan Pasar


rumah-rumah kedai di Medan Pasar
dah jadi ''pedestrian street'

 
rumah-rumah kedai

Kafe Old Market Square
dulunya Sin Seng Nam Restaurant


Bangunan berusia 85 tahun

pandangan sisi - putih kuning

 pandangan belakang

Jom masuk Kafe Old Market Square, kita sarapan di sini. Dipunyai dan dipulihara oleh Datuk Ghani Abdullah, masih mengekalkan kondisi bangunan warisan.

 ada photo Yap Ah Loy

nasi lemak biasa + teh tarik = RM7.50

Di tingkat satu, ada galeri. Galeri ni dibuka pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.

di kejauhan

Menyusuri Jalan Tun H.S Lee..

bangunan putih

sejak tahun 1888


Maybank yang pertama di Malaysia
di Mansion House

dibuka pada tahun 1960

Oriental Building di Jalan Tun Perak

 dan permulaannya di sini - pertemuan dua sungai
Kuala Lumpur

Monday, 15 January 2018

Rawang Bypass: Membelah kabus

Assalamualaikum...

Pada 16 Disember 2017, pergi mencuba memandu di Rawang Bypass, jalan tertinggi di Malaysia, yang dibuka kepada umum pada 29 November 2017.

Panjangnya 9km, lebih kurang 2.6 km ialah elevated road, yang paling tinggi lebih kurang 60 meter (196 kaki). Tinggi kan!!

Dari Selayang, merentasi Hutan Simpan Kanching menuju ke Sungai Choh dan Serendah...ibarat membelah kabus yang muncul selepas hujan, nak kata membelah awan tu, macam tak tercapai pulak..

sumber: nst 

Kalau tengok gambar, memang nampak gayat tapi rasa best lak lalu atas ni...tenang je dikelilingi kehijauan.

dari Selayang ke Serendah

time balik ke KL, baru nampak tiang-tiang...fuh, fuh..
 
dari Rawang ke Selayang

Pemandangan hutan sangat cantik. Very scenic.

sempat snap!!

Pokok Giam Kanching @ Merawan Kanching 
yang hanya tumbuh di sini, tiada di tempat lain di dunia
  
Perjalanan sangat selesa. Sekejap je perjalanan Selayang-Serendah-Selayang. Engineering makes wonders.

Thursday, 11 January 2018

Mieng Kham @ Chakri Palace, KLCC

Assalamualaikum....

Swaddee-kha..ma gin (mari makan) mieng kham..

Ini hasil recommendation dari office mate. Haritu bos (group satu lagi) belanja depa makan tengahari Thai style di Imperial Chakri Palace, KLCC. Mieng kham ni termasuk dalam juadah yang dipesan. Officemate ni asyik cakap sedap mieng kham ni..

Teringin pulak nak rasa. So, sebelum pergi ke event Syariah Investing Fair di KL Convention Centre bulan October lepas, singgah makan tengahari di Imperial Chakri Palace. Pertama kali makan di restoran di KLCC, selalu makan kat food court je, tak pun kat KFC..

Jom tengok best ke idok mieng kham ni..

  Imperial Chakri Palace, KLCC

 gambo sapa ntah le..rasanya King Chulalongkorn


 interior setting nampak mewah

Jom order..

  Signature kadok leaves roll = mieng kham 

Order mieng kham, tomyam, nasi putih dan jus serai dengan madu.

 mieng kham - snek orang Thai/Burma
daun kadok, sos udang, kelapa kering, udang kering, kacang tanah
halia, limau nipis, bawang dan cili padi

   daun kadok, sos udang, kelapa kering (baked coconut flakes)

kacang, udang kering 


cili padi, bawang, limau nipis, halia


makan macam makan sireh, mcm org korea buat wrap daun2..
surprisingly, rasanya memang sedap, campuran pedas2 manis 
rasa rangup kacang, halia, lemak2 kelapa, bergabung
macam meletup-letup dalam mulut..boom-boom bang...

tom yam - memang sedap

  jus serai dgn madu

Total damage:

  *naik juling bijik mata
daun kadok tu berlambak tumbuh kat kebun kecil arwah ayah
tak dipeduli pun...lepas ni, boleh kot jd supplier ke klcc.. 

Recommended, bolehlah kawan-kawan try mieng kham. Dah makan kat sini, ofismate yang sama beritau di Absolute Thai pun ada  juga, lagi murah harganya. Takpe, next time, kita try kat sana pulak..pergi beramai-ramai baru syok, sambil sembang-sembang, melipat daun kadok...khob khun kha..