Friday, 9 February 2018

A Tribute to Life @ Galeri Prima

Jom lawat galeri...

Kali ni di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar. Galeri Prima. Sedang berlangsung pameran gambar-gambar kehidupan, yang diambil oleh jurufoto-jurufoto Kumpulan New Straits Times Press (NSTP).

 Galeri Prima @ Balai Berita, Bangsar

 Galeri Prima

Datang sini pun sebab ada kerja di sini, sesi lawatan periksa bangunan. So, lepas habis kerja, jalan-jalan tengok pameran. Lepas melawat Galeri Prima, gi bangunan sebelah - APW. Art Printing Works. Disini pun menarik juga.

BIla sebut je Jalan Riong, Bangsar, memang femes kawasan ni sebab dulu kawasan kilang-kilang pencetakan suratkhabar NST, Berita Harian, majalah Gila-Gila. Masih ada bangunan the China Press.

Sekarang ni, kesan daripada proses urbanisasi, kawasan ni dah di zon sebagai kawasan komersil. Dah tak sesuai untuk aktiviti industri. Bangunan-bangunan dah jadi pejabat dan lot perniagaan.

Berlangsung 5 Feb - 9 Mac 2018
Dibuka dari 10 pagi - 6 petang, Isnin - Jumaat
Hari Sabtu & Ahad kena buat appointment 

Bangunan ni dulunya kilang pencetakan, sebab tu floor-to-ceiling height, sangat tinggi, lebih kurang 3 tingkat, untuk menempatkan mesin-mesin pencetak yg tinggi2, conveyor belt..


 kawasan galeri dengan metal platform 
untuk tingkat mezzanine 

 jurugambar NSTP Group
'the unsung heroes' utk gambar2 dalam suratkhabar Berita Harian
New Straits Times,  Harian Metro
ada yang veteran, ada yang muda, ada yg ada kursus fotografi, ada yang 'self-taught', belajar sendiri

kamera jurufoto

 besarnya

  gambar-gambar kehidupan

menarik gambar ni, banjir di Pantai Dalam
siap ada kilat sabung-menyabung di langit..terbaikk

suasana pilu, ahli keluarga mangsa MH17

anak-anak buaya..comel..

 ya, betul..

 kenangan kilang cetak..rolling chains..

Ada kedai cenderahati kecil di sudut kiri..

ada jual buku2 & lukisan

 buku koleksi lukisan DYMM Sultan Selangor
Terrains of the Heart 
cover buku - lukisan 'Father & Son' by Ibrahim Hussein

Selain koleksi lukisan, ada juga sejarah hidup DYMM Sultan Selangor, menarik buku ni...hensem DYMM Sultan Selangor..ada iras-iras Datuk Jamal Abdillah..


Menarik pameran ni, bolehlah belajar sikit-sikit, cara ambil gambar dari jurufoto professional, 'angle' yang menarik,..hihi..kononnya lah..

Selamat berhujung minggu....

Wednesday, 7 February 2018

Penang : Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe

Assalamualaikum...

The journey begins. 01.02.2018. Cuti hari wilayah.

Perjalanan ke Pulau Pinang dari kampung, lebih kurang sejam lebih. Kali ni bertiga, dengan bonda tercinta. Memilih jambatan kedua untuk menyeberang ke pulau.

 menghampiri pulau

ke kanan kita

Destinasi pertama yang dituju ialah Koo Boo Cafe di Taman Tunas Muda, Bayan Baru, nak makan nasi 7 benua, ada tujuh jenis nasi dalam satu pinggan.

Ikut waze, Alhamdulillah, sampai. Tempatnya takdelah glamer, bukan rumah kedai, bukan di kawasan perniagaan. Macam kawasan kilang sendirian, IKS. Lokasi mengadap Jalan Tun Dr Awang. 

 masa sampai, masih belum dibuka, jam pukul 11.01 pagi

 the one & only in Malaysia

 dah dibuka

 pelanggan pertama

 tujuh jenis nasi
nasi putih, tomato, kacang, lemak pandan, lemuni, minyak dan hujan panas

berderet periuk nasi, nasi bersaiz kuih lompang 

warna-warni 

Nasi-nasi boleh dimakan dengan pelbagai pilihan lauk-pauk dan sayur-sayuran. The verdict, sedap juga, cuma nasi lemuni tu kuat baunya. Harga RM8.00 - RM9.00, bergantung kepada jenis lauk. Kalau tak nak makan nasi sampai 7 jenis, boleh juga order satu jenis.

Recommended, bolehlah cuba bila ke Pulau Pinang.

Monday, 5 February 2018

Penang : The Blue Mansion

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu lepas, jalan-jalan 3hari 2malam di pulau mutiara, Pulau Pinang. Sempat ikut 'guided tour' di Blue Mansion atau Cheong Fatt Tze Mansion, rumah agam berwarna biru-indigo di No. 14, Leith Street, Georgetown. Rumah yang dibina pada tahun 1880.

 pemandangan dari Leith Street

"Legendary in the annals of the history of Penang is the awe inspiring Cheong Fatt Tze Mansion. Dubbed "La Maison Bleu", this flamboyant masterpiece of 38 rooms, 5 courtyards, 7 staircases and 220 windows took a very special man to create. 

While the Mansion's floor plan is essentially Chinese, the overall effect is eclectic and typical of 19th Century Straits Settlements architecture. Gothic louvered windows, Chinese cut & paste porcelain work, Stoke-on-Trent floor tiles, Scottish cast iron works and Art Nouveau stained glass are among the features to be found in this inspired work of art. The aura and "chi" of the man pervades the entire edifice"

 La Maison Bleu

Masa pegi sini tahun 2012, tak sempat masuk, cuma snap dari luar je. Blue Mansion ni ialah 'boutique hotel', ada masa tertentu saja dibuka kepada pelawat luar, tapi kena ikut 'guided tour'. Yang selainnya, bolehlah check-in as hotel guest atau dine-in untuk lunch atau dinner. Dah namanya 'boutique hotel', harga agak pricey, 3-course lunch harga RM65++, bilik hotel harga dari RM550 - RM588 semalam.
 
Kami check-in di Hotel Continental di Jalan Penang. Blue Mansion ni dibelakang dengan hotel saja. Nak ikut tour pukul 3.30 petang, pukul 3.15 masih lagi di hotel. Berlari-lari ke pintu masuk untuk beli tiket sebab dah tersalah pintu. Yeayy..berjaya akhirnya..

 Tiket masuk = RM17.00

Sebelum masuk, duduk di laman, snap-snap gambar luar..


bangunan utama

east wing

 west wing

Most Excellent Project

Tour dah nak start, jom masuk. Ramai pelancong dari luar negara. Ada satu pasangan Melayu dari Brunei, depa nak buat pre-wedding photoshoot di sini.

main hall

tour guide
ditepi tu, pasangan dari Brunei dgn jurugambar mereka

reception area

bergerak ke central courtyard (dry courtyard), tempat breakfast untuk tetamu hotel. Disini ada air-well, sangat nyaman cuaca di sini.

banyak penggunaan decorative cast-iron

breakfast area

Bagi sapa-sapa yang pernah ke Rumah Peranakan Penang, ada juga rekabentuk sebegini. Yelahh kan, dah diterangkan yang rumah ni ikut arkiteksur Strait Settlements, maknanya lebih kurang sama dengan rekaan rumah peranakan.

Mengintai ke wet courtyards di east wing dan west wing yang menempatkan bilik-bilik hotel. 
 
bilik-bilik hotel
 
Tour group bergerak ke tingkat satu. Masih lagi di central courtyard, cuma kawasan ini saja dibuka untuk pelawat luar. Ada muzium dan Indigo Restoran.

mendengar kisah hidup Cheong Fatt Tze
ada ramai isteri dan gundik, rumah agam ini untuk isteri ke tujuh


 Cheong Fatt Tze

isteri yang ke-tujuh

Indigo Restaurant

menu for three-course lunch @ Indigo Restaurant

the bride-to-be tengah buat pre-wedding video
jurugambar shoot dari tingkat bawah

 penerangan mengenai warna ''indigo-blue"

Dah habis lawatan di tingkat atas, turun ke bawah, ke kedai cenderahati. Banyak juga souvenir tentang Blue Mansion - ada buku, poskad, lukisan berbingkai. Tak beli pun, tengok harga lukisan ratus-ratus juga.
 
Buku
  
lukisan berbingkai

Ada juga buku-buku lain tentang tempat-tempat menarik dan sejarah Pulau Pinang. Diantaranya buku ini yang mengisahkan jenis-jenis pengangkutan di Penang pada tahun-tahun sebelum perang dunia ke-2, dari  tahun 1880an ke 1900an.

 ada trams, trolleybus di Penang 

Habis sudah sesi lawatan dalaman rumah agam Blue Mansion, kita keluar bangunan pula. Banyak lanca di luar bangunan. Memang menarik untuk photoshoot, dengan latarbelakang kaler biru-indigo.




Berdepan dengan Blue Mansion, diseberang jalan, terdapat barisan rumah teres berwarna-warni, yang dulunya ialah tempat tinggal pekerja di rumah Blue Mansion. Tapi macam tidak dipelihara dan tidak terjaga.

 rumah teres 2-tingkat
 
Sekian, tamat sudah lawatan ke rumah agam yang berusia lebih dari 100 tahun. Salah satu conservation project yang dapat banyak pengiktirafan dari dalam dan luar negara dan termasuk diantara ''10  Greatest Mansions in the world'' by Lonely Planet 2011.

Masa lawatan ialah 11.00 pagi, 2.00 petang dan 3.30 petang. Check it out bila anda berada di Penang.

#tiga entry berturut-turut tentang conservation, preservation, heritage buildings..hihi..enjoy!!