Friday, 9 February 2018

A Tribute to Life @ Galeri Prima

Jom lawat galeri...

Kali ni di Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar. Galeri Prima. Sedang berlangsung pameran gambar-gambar kehidupan, yang diambil oleh jurufoto-jurufoto Kumpulan New Straits Times Press (NSTP).

 Galeri Prima @ Balai Berita, Bangsar

 Galeri Prima

Datang sini pun sebab ada kerja di sini, sesi lawatan periksa bangunan. So, lepas habis kerja, jalan-jalan tengok pameran. Lepas melawat Galeri Prima, gi bangunan sebelah - APW. Art Printing Works. Disini pun menarik juga.

BIla sebut je Jalan Riong, Bangsar, memang femes kawasan ni sebab dulu kawasan kilang-kilang pencetakan suratkhabar NST, Berita Harian, majalah Gila-Gila. Masih ada bangunan the China Press.

Sekarang ni, kesan daripada proses urbanisasi, kawasan ni dah di zon sebagai kawasan komersil. Dah tak sesuai untuk aktiviti industri. Bangunan-bangunan dah jadi pejabat dan lot perniagaan.

Berlangsung 5 Feb - 9 Mac 2018
Dibuka dari 10 pagi - 6 petang, Isnin - Jumaat
Hari Sabtu & Ahad kena buat appointment 

Bangunan ni dulunya kilang pencetakan, sebab tu floor-to-ceiling height, sangat tinggi, lebih kurang 3 tingkat, untuk menempatkan mesin-mesin pencetak yg tinggi2, conveyor belt..


 kawasan galeri dengan metal platform 
untuk tingkat mezzanine 

 jurugambar NSTP Group
'the unsung heroes' utk gambar2 dalam suratkhabar Berita Harian
New Straits Times,  Harian Metro
ada yang veteran, ada yang muda, ada yg ada kursus fotografi, ada yang 'self-taught', belajar sendiri

kamera jurufoto

 besarnya

  gambar-gambar kehidupan

menarik gambar ni, banjir di Pantai Dalam
siap ada kilat sabung-menyabung di langit..terbaikk

suasana pilu, ahli keluarga mangsa MH17

anak-anak buaya..comel..

 ya, betul..

 kenangan kilang cetak..rolling chains..

Ada kedai cenderahati kecil di sudut kiri..

ada jual buku2 & lukisan

 buku koleksi lukisan DYMM Sultan Selangor
Terrains of the Heart 
cover buku - lukisan 'Father & Son' by Ibrahim Hussein

Selain koleksi lukisan, ada juga sejarah hidup DYMM Sultan Selangor, menarik buku ni...hensem DYMM Sultan Selangor..ada iras-iras Datuk Jamal Abdillah..


Menarik pameran ni, bolehlah belajar sikit-sikit, cara ambil gambar dari jurufoto professional, 'angle' yang menarik,..hihi..kononnya lah..

Selamat berhujung minggu....

23 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Gambar2 dari lensa jurufoto news paper mmg cantik2 sebab mereka ada segala peralatan canggih. Tengok je zooom nyer tu.. besar... kalau jurufoto sukan lagi besar dari tu pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..menarik gambar2 dirakam, clear, precise, seronok dipandang..
      selalu gak nmpk jurufoto sukan di tepi padang bola, dengan kamera zoom yg besaq gedabak..gambo pun lawa depa ambik..

      Delete
  3. Cantik gambar2nya, terutama gambar yg ada kilat tu, terer la jrufoto tu Kan, snap tepat pada masanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita time kilat/petir tk keluar rumah..sempat depa amik gambar..huhu..

      Delete
  4. Replies
    1. menarik gmbr2 yg dirakam oleh jurugambar professional..

      Delete
  5. Hohoo... professional photographers tu, lens camera diorang saja dah harga mencecah belasan ribu, kalau campur dengan camera, mau cecah puluhan ribu RM. Kalau gambar tak lawa lagi, memang patut pi berhuhuu je laa tepi longkang... hehee :D

    Menarik gallery. Nice sharing sis ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..camera canggih + jurugambar professional, tambahan pula printing company, the end product yg terbaik..

      Delete
  6. macam menarik pula tengok gambar2 pameran tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik..tengok hasil karya jurufoto professional..

      Delete
  7. Bestnya kalau dapat belajar ambik gambar dengan yang pro tentang ambik gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena ambik kursus fotografi nmpknya...tapi ada jg yg belajar sendiri, yg tu mahal, bila ada orang lain appreciate hasil kerja..

      Delete
  8. syoknya... jeles tgk gmbr lawa2.. huhu.. anyway, saya singgah dan follow. Jemput dtg ke blog saya >> www.sishawa.com TQ =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasil kerja professional..thanks, nanti visit sana..

      Delete
  9. pergh besarnyaaa lens camera tu jenuh mengusung. orang pro xpa memang amek gambar nampak lawa semua. dari sekeping gambar ada banyak cerita disebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lens besar mcm tu selalu nmpk masa sports events, ambik gmbar moving objects nmpk cntik...

      ya, betul..a picture speaks a thousand words..

      Delete
  10. sekarang pindah mana? kt area kwasan perindustrian tmpt kerja nina ada lah kilang NSTP ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. pindah ke Bukit Jelutong, Shah Alam...kt Prai pun ada printing plant..

      Delete
  11. Wah menarik ini.. Jalan-jalan di galeri macam ini sesekali memang syok.. lama tak buat aktiviti macam ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun terjumpa sbb ada kerja di sini, kalau tak mmg tk pernah gi galeri mcm ni..sekali-sekala, rehat minda..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!