Wednesday, 4 April 2018

Makang Ikang Dalang Pinggang

Edisi tak tau nak makan apa masa lunch break. Lalu depan Hotel Plaza, nak ke food court, tempat biasa makan, tetiba nampak promosi Express Lunch untuk bulan Mac.

Grilled fish di Pago Pago Restaurant, Hotel Plaza, Jalan Raja Laut. Tengok harga pun reasonable, sekali-sekala tukar selera..jom kita try..

Harga nett - RM15.90
dah termasuk GST & service charge

 the set

Sedap gak ikan ni, secukup rasa

 Virgin Mojito
sedap air ni, very freshing dengan lime, mint leaves

------------------------------------------------------------

yang ni koleksi ikan yang jarang dijumpa kat pasar

cantik ikan ni

ikan lembu @ ikan jebong @ ikan ayam

Macam-macam nama depa panggil ikan ni. Beli ikan jebong ni seekor, yang saiz kecik. Pertama kali nak rasa, penjual ikan tu yang rekomen. Katanya, sedap kalau dibakar, cicah air asam.

Tapi nyesal gak beli, kulit ikan ni keras, nak siang agak payah. Ikan ni macam takde leher, bersambung terus dengan kepala, isi tebal kat pipi, nak cari insang dia, kena korek pulak.  Subhanallah, macam-macam jenis ikan Allah SWT jadikan..

Dah siap siang, campak dalam periuk ajaib dan bakar. Rasanya..macam daging ayam pun ada, daging jenis tebal, agak keras dan agak tawar rasanya..takde lah sedap mana, oklah, nak merasa..mungkin masak gulai, sedap kot.. 

Nampaknya beli ikan biasa-biasa je lah untuk buat ikan bakar..ikan talapia, siakap, kerapu, pari, keli, kembung..

Monday, 2 April 2018

Wisteria

Assalamualaikum..

Hello April !! 

Kita mulakan bulan ni dengan cerita tentang..sepohon kayu, daunnya rimbun

Pokok wisteria. Tumbuhan berjuntai yang sangat cantik dibuat hiasan.

Wisteria is a vining plant with cascades of colorful flowers that look spectacular hanging from a pergola or archway in spring. However, the vine is a fast and aggressive grower—often reaching 25 to 30 feet long—and is known to grow quite heavy. Wisteria flowers are beautifully fragrant, providing a feast for the senses.

Wisteria ni pertama kali tengok dalam kdrama Black Knight, masa heroin fitting baju pengantin. Jatuh cinta pandang pertama dengan dekorasi butik pengantin ni, soo cantiknya..kombinasi warna nude dan pastel..soo dreamy..

yang berjuntai-juntai kat siling itulah pokok wisteria

Pokok wisteria ni jadi femes dalam 'wedding scene' untuk filem 'the Twilight Saga - Breaking Dawn'. Forest wedding. Cantik setting wedding ni, dengan pokok wisteria bergantungan, macam langsir..

wedding Edward & Bella dengan background pohon wisteria bergantungan

Sapa ada tengok filem ni? ada lima sekuel. Fantasy romance diantara vampire dengan manusia. Blogger Kasihku Amani mesti suka..hihi...

Artis Malaysia pun ada juga yang buat wedding reception style 'forest wedding'..

wedding reception Umi Nazeera

Yang terbaru..wedding Taeyang, ahli kumpulan kpop Big Bang. Wisteria bergantungan...

nampak mewah

Tempat paling femes untuk melihat 'wisteria bloom' ialah di Kawachi Fuji Garden, Kitakyushu City, Japan. Ada 20 species wisteria pelbagai warna di sini, waktu kemuncak ialah di akhir bulan April dan permulaan bulan Mei.

Wisteria tunnel - cantik giler, macam lukisan

Lagi photo-photo menarik di Kawachi Fuji Garden, boleh lihat di SINI.

boleh jadi histeria wehh tengok pohon-pohon wisteria nih..Subhanallah..

Thursday, 29 March 2018

Utropolis @ Glenmarie

Cerita kompleks perniagaan lagi..

Futuristik sungguh namanya..Utropolis. Lokasi di Jalan Kontraktor U1/14, Glenmarie, Shah Alam.

Utropolis development

Integrated development - dibawah kompleks perniagaan, diatasnya pangsapuri servis. Jenis pembangunan komersil yang biasa terdapat di Lembah Klang.

Kompleks perniagaannya dipanggil  Utropolis Marketplace. Jom kita survey. Parking adalah percuma dii tingkat basement. Alhamdulillah.


wi-fi powered by Time

konsep push-cart

bukan push-cart biasa, tapi bentuk tricylce dan caravan

 ada Mydin store

restoran-restoran 

jom naik keatas, ke tingkat satu ada 'mahkamah makanan'..hihi..yang dipanggil 'food park'.

Food court

 gerai-gerai yang ada

 tong drum kecik dijadikan hiasan siling - bergayutan tong drum

 beli kebab & sirap limau cincau

Kebanyakan pelanggan ialah pelajar Kolej Damansara Utama (KDU) yang terletak di sebelah bangunan ini. 

Secara keseluruhan, Utropolis Marketplace masih baru dibuka. Tingkat bawah dah penuh, kebanyakan restoran & bakeri, di tingkat satu, selain dari foodcourt, ada klinik dan ruang pejabat.