Monday, 14 May 2018

Teringinnya..aiskrim Frankie & Jo's..

Assalamualaikum..
 

Masa belek-belek majalah Luxury Portfolio International ni, nak baca tentang 'elevated living in Kuala Lumpur', tak sangka pulak ada artikel tentang kunyit, dibawah tajuk 'Artisan: Turmeric'.

Kunyit???

Haha..cerita kunyit dalam majalah hartanah mewah, hmm...memang out of the league tapi ok juga, jumpa satu benda yang  menarik..


Siapa tak kenal kunyit? kalau tak kenal tu, memang nak kena bahan dengan makcik bawang..hihi. Majalah ni bukan cerita tentang geng kunyit tapi cerita mengenai pelbagai kegunaan kunyit - untuk buat masker, buat sfouf - sejenis manisan di timur tengah, untuk buat minuman dan juga sebagai bahan untuk ais krim. 
Kunyit untuk buat ais krim tu yang menarik perhatian, macamanalah ais krim berperisa kunyit. Pertama kali dengar ni. 

Contoh dalam majalah ni ialah ais krim keluaran Frankie & Jo's, kat USA. Bila tengok website Frankie & Jo's, terus rasa, wow, wow, menariknya produk ais krim mereka. Teringin pulak nak rasa ais krim berasaskan tumbuhan.

Hasil idea pengasasnya Autumn Martin dan Kari Brunson, terhasillah ais krim yang '100% vegan', organic dan 'gluten-free'. 

Semuanya berasaskan tumbuhan, buah, sayuran dan bukan dari susu haiwan tapi diperbuat daripada susu kacang cashew dan santan (coconut milk). Santan?? Dan dipermanis dengan gula tebu organik dan kurma deglet dan medjool. Kurma? ini sudah bagus. Untuk kon ais krim, dimaniskan dengan maple syrup.

 source: website Frankie & Jo's
  
Perisa ais krim dan sorbetnya sangat menarik - yang berperisa kunyit tu ialah Gingered Golden Milk.

 Everyday Ice-Cream flavors

Gingered Golden Milk diperbuat daripada coconut milk, coconut cream, cane sugar, coconut oil, cocoa butter, fresh turmeric root (kunyit hidup), fresh ginger (halia), candied ginger (halwa halia), cinnamon (kulit kayu manis), cardamon (buah pelaga), black pepper (lada hitam), sea salt (garam laut).

Melihat kepada bahan-bahannya, macam ais krim herba pulak.. Owhh..ada juga ais krim perisa kurma.

 Every Dates flavors

Dates Shake diperbuat daripada coconut milk, dates, maple syrup, cocoa butter, coconut oil, vanilla extract, salt & nutritional yeast.

Chocolate Date diperbuat daripada coconut milk, CA dates, cocoa powder, sea salt. 


 source: website Frankie & Jo's


 Kon ais krim dia pun nampak yummy sangat..

Overall, memang menariklah ais krim ni, dahlah 100% vegan, organik lagi. Walaupun takde cop halal, tapi melihat kepada bahan-bahannya, nampak boleh dimakan. Lagipun di US, kalau claim produk 100% vegan, organik dan gluten-free, memang 100% betul, they live up by their words, kalau tak, memang kena saman. Tapi nak pi beli/order jauh bebenor, kat Seattle, Washington...huhu..


Kot-kot ada yang nak cuba buat ais krim daripada santan. Banyak pokok kelapa, santan juga benda biasa di sini. Sekarang ni ada ais krim kelapa Sang Kaya, ada coconut shake..lepas ni ada kot ais krim santan...

Friday, 11 May 2018

Kenanganku di PRU 14

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Malaysia Memilih 2018 sudah selesai. Perdana Menteri pun dah angkat sumpah. Kerajaan negeri-negeri pun ada yang dah dibentuk, ada yang masih dalam rundingan.

Suara rakyat suara keramat. Makkal Shakti (people power)...teringat zaman reformasi tahun 1998...huhu..

Kenangan di Pilihanraya Umum ke -14. Menimba pengalaman baru. 

Jadi Ejen Tempat Mengundi. Kerja garis-garis, catit-catit. Sebelah pagi sampai tengahari, memang non-stop, peak time, ramai yang mengundi di waktu pagi hingga tengahari.


Di sini.

Berjam-jam duduk atas kerusi budak sekolah rendah, huh..lenguh pinggang..

Masa break, pergi mengundi di SMK Bandar Baru Sentul.


bosan. beratur panjang. memang luar biasa kehadiran kali ni.
PRU 13 dulu pergi time tengahari dah tak ramai orang

Kembali bertugas di sekolah rendah hingga pukul 5.00 petang. Waktu petang, tak ramai orang, bolehlah borak-borak dengan ejen-ejen yang lain. Dapat lak yang peramah, memang best le borak. Kita kawan-kawan, tak mau lawan..yang lawan calon je...

Dah habis, terus jadi Ejen Mengira Undi. Kira undi dalam kelas yang sama juga. Pertama kali ni. Suspens, suspens..


Yang part undi rosak dan undi ragu tu yang kelakar. Ada gak yang tak tahu nak mengundi, pangkah dua kotak, yang cop jari pun ada, pangkah kat nama, kat logo. Yang tak pangkah apa-apa pun ada, kosong je..tetiba dia blank kot, ke tak tau nak undi apa..hihi..

Alhamdulillah, Ketua Tempat Mengundi, kerani-kerani pengundian dan ejen-ejen yang lain, semua baik-baik dan sporting...memang bestlah saluran ni..

Dah selesai semua, Borang 14 pun dah sign..tetiba ternampak, ada pemerhati di tempat yang tinggi...


ini gambar zaman bila daa..
slogan yang sangat tepat for his comeback


dan senja pun berlabuh

time to go home and rest, hari yang panjang..

Monday, 7 May 2018

Hari dimana saya jadi 'pengendap'

Mengendap maksudnya memerhati seseorang secara sembunyi-sembunyi, mengintip, skodeng, stalk, lebih kurang macam tulah maksudnya...

Di tengah-tengah kehangatan bahang pilihanraya, timbul cerita mengendap..hihi...saja bikin panas..

Kisah ni dah lama. Saya pun dah tak ingat tahun bila. Dua orang yang terlibat dalam kisah ni pun dah pergi tak kembali, termasuklah watak utama.

Tapi hari Ahad minggu lepas, kisah ni timbul balik, disebut-sebut semula, masa ziarah sorang lagi geng mengendap. Kami berempat sebenarnya. Masa lalu depan rumah watak utama, riuh-rendah rumahnya..langsung teringat kes ni..

Al-kisahnya, dua orang kawan baik saya, Kak M dan Kak T, minta tolong saya bawa mereka berdua dan jiran sebelah rumah mereka (Kak Z) untuk satu misi - pergi mengendap 'girlfriend' suami Kak Z. Ohh, ada skandal rupanya, suami Kak Z ni kerja jadi 'driver'.

Kak Z ni saya kenal gitu-gitu je, sebab ada juga sekali-sekala terserempak masa pergi rumah Kak M dan Kak T. Dia kerja shift sebab tu jarang nampak.

Arakian, pada hari yang dijanjikan, bergeraklah kami ke negeri yang banyak bauksit. Tak jauh dari KL. Rupanya girlfriend suami Kak Z masih lagi status isteri orang. Ayoyo, amma appa..

Dia buka kedai makan. Kami cuma mengintai dari jauh, bersembunyi-sembunyi, yelah nama pun mengendap. Bila teringat, rasa nak tergelak. Si girlfriend ni manalah kenal kami bertiga, kalau buat selamba, pi makan kat kedai dia pun ok juga. Itulah kan, buat kerja salah, tak keruan, tak tentu pasal..hihi..

Saya tak tahu macamana Kak Z dapat maklumat tentang affair suami dia ni. Sib baiklah Kak Z tak buat scene kat situ, kalau dia pergi serang, tarik-tarik rambut..memang saya cabut lari dulu..

Bulan berganti bulan, dapat berita yang Kak Z bercerai dengan suaminya. Dia secara sukarela keluar dari rumah kelamin mereka, meninggalkan lima anak yang masih sekolah rendah dan menengah. Sedangkan bekas suami Kak Z suruh Kak Z duduk rumah tu, biar dia yang keluar. Tapi alasan Kak Z, kalau bekas suaminya yang keluar rumah, mesti dia lepas tangan tentang nafkah anak-anak. So, Kak Z bertekad keluar rumah, duduk menyewa di luar, dekat dengan tempat kerja dia.

Kesan perceraian mereka berdua sangat hebat. Anak-anak mengurus kehidupan sendiri, ibu takde, bapa sibuk bercinta, kadang-kadang je balik. Kasihan tengok mereka (dengar cerita dari Kak M dan Kak T). Anak-anak selalu ponteng sekolah. Last2, langsung berenti.

Yang paling parah masalah sosial, berhenti sekolah, anak-anak jadi bohsia, bohjan. Anak perempuan bawa balik boyfriend, yang lelaki bawa girlfriend, bermalam di rumah. Alhamdulillah, yang bongsu dijaga oleh mak saudara mereka. 

Tahun berganti tahun, Kak M dan Kak Z pergi menemui Ilahi. Yang tinggal saya dan Kak T. 

Baru-baru ni masa pergi ziarah Kak T, lalu depan rumah arwah Kak Z, terdengar riuh-rendah, suara budak-budak kecil. Kak T yang update kisah mereka, geng-geng makcik bawang juga ni...huhu..sebenarnya dah tersangat lama tak bercerita hal ni, sejak Kak Z pergi tak kembali kerana sakit kanser..

Bekas suami arwah Kak Z dah kahwin dengan skandalnya. Kak T ada juga terserempak dengan isteri baru jirannya itu, yang kitaorang pi mengendap dulu..

"Akak malas nak berbaik-baik, akak tau dia, dia tak kenal akak.." kata Kak T. 

"Tak sukalah nak berbaik-baik dengan peruntuh rumah tangga orang"...hmmm..

Entahlah, life goes on. Apa yang dia buat pada arwah Kak Z, itu diantara dia dengan Allah SWT dan juga Kak Z. Sebagai jiran, bermanis muka, bertegur sapa itu perlu. Kita tak tau kehidupan mereka, mungkin sudah saling memaafkan..

Wallahuá'lam..secebis kisah kehidupan, yang baik dijadikan teladan, yang buruk kita hindarkan sekuat mungkin..jika terjadi juga, pasrahlah dengan takdir Ilahi.. 

Al-fatihah untuk arwah Kak M dan Kak Z.