Thursday, 21 June 2018

Kompilasi kad raya 2018

Salam Syawal..

Selamat Hari Raya...dah tujuh hari kita di bulan Syawal..semoga semua sihat walafiat, ada yang masih beraya, teman dah masuk kerja hari Selasa..

Nak abadikan kenangan kad-kad raya yang diterima pada tahun ni. Ingatkan takde, sebab sebelum raya, takde satu pun yang dapat. Semuanya dapat minggu ni. Tiga keping je, jadilah kan...the thought that counts..

Semuanya dari klien...corporate clients..not bad, masih ada lagi syarikat yang spend money untuk tempah kad raya..


dari Asian Pac Holdings Group of Companies - motif songket

MKH Berhad dan MMC Berhad

-------------------------------------------

masa beraya di kampung haritu, dapat satu sampul surat putih. Tertanya-tanya juga, sapalah hantar kad raya kat alamat kampung ni. Tak pernah bagi sapa-sapa pun alamat kampung, kecuali urusan-urusan gomen....jeng!jeng! sekali bukak...bhaha....

kad pilihanraya pulak
cheq ngundi kat KL, pasaipa hantaq kt kpg no

 Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Adioss...tinggal kenangan..

Sekian, kisah kad raya dan pilihanraya teman...kepada yang masih beraya, bersederhanalah acara makan-makan ya, utamakan gaya pemakanan sihat, selamat bersilaturrahim..yang berpuasa enam, selamat berpuasa..

Wednesday, 13 June 2018

Salam Aidil Fitri 2018

Selamat menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba tak lama lagi


Di kesempatan ini, saya memohon kemaafan, zahir & batin..
jika ada bahasa, komentar, tulisan, yang tidak disenangi, yang mengguris perasaan, harap dimaafkan


kosong-kosong ye!!
  

 “semoga Allah menerima amalan saya dan kamu, amalan puasa saya dan kamu, semoga Allah menjadikan kami dan anda sebagai orang-orang yang kembali (kepada fitrah) dan beruntung”

Selamat bercuti, selamat pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya.

Wednesday, 6 June 2018

Tepung Gomak The Return

Assalamualaikum..

Pagi-pagi dah menjamu mata...minta maaf ye, jangan menitis ailio..

Kuih tepung gomak sedap muncul kembali time bulan puasa...

 dua jenis - inti kacang dan inti kelapa...dua-dua sedap..
kuih-muih lain pun nampak enak-enak belaka

#lambatlaginakberbuka 
#kuihmuihtradisionalmemangenak
#kuihsatulimapuluhsen