Don't mess with Melaka!
hajat tak kesampaian nak makan roti john Seri Erra Fazira
kat Jalan Tun Sri Lanang, masih tutup pd 24.6
Assalamualaikum..
Hari Ahad lepas, turun Melaka sebab ada kerja hari Isnin, 25.6. Boleh je nak drive dari KL pagi Isnin tu, tapi macam malas, so kita stay semalam di Melaka. Tinggal Hotel Kobemas Melaka di Jalan MITC Prima sebab kerja tu di Ayer Keroh.
Pertama kali pergi kawasan Melaka International Trade Centre ni. Banyak bangunan komersil dan bangunan pejabat kerajaan yang moden. Planetarium pun ada.
Hotel Kobemas ni sebelah balai bomba Ayer Keroh. Hotel milik Koperasi Bela Masyarakat Melaka Berhad.
Hotel Kobemas Melaka
reception
superior twin room
Dapat harga RM100 semalam dengan sarapan. Deposit RM20 dan caj warisan RM2.00. Overall oklah, parking pun banyak. Kalau tak nak ambik sarapan pun ok, sebab depan hotel ialah rumah kedai, ada Restoran Mozari Cendol Asli 2. Sarapan ada dijual disini - lontong darat, nasi lemak, mee/mihun...banyak pilihan.
Check-in pukul 3.00 petang, tapi dapat check-in awal, pukul 1.30. Masuk bilik, refresh, solat, keluar balik untuk ronda-ronda Bandar Melaka. Tapi singgah dulu restoran Mozari, pekena cendol.
senarai cendol yang ada - durian, pulut, kacang, jagung
cendol kacang - sedap
harga RM3.00
Dah habis makan, jom kita meneruskan misi rondaan. Naik Grab je sebab tak familiar dengan jalan-jalan di Bandar Melaka, nak guna waze, cam malas. Malas nak drive sebenarnya..huhu. Tambang Grab RM13.00.
Tempat pertama yang dituju ialah Masjid Kampung Hulu.
Masjid Kampung Hulu merupakan sebuah masjid yang terletak di tengah-tengah Bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah. Dibina dalam tahun 1728, Masjid Kampung Hulu ialah masjid ketiga tertua di Malaysia yang masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini
terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di
Bandar Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan
oleh peniaga kaum Cina.
dua buah meriam
ruang solat utama - lampu-lampu antik bergantungan
menara beduk yang masih digunakan
beduk akan dipalu setiap kali masuk waktu Maghrib
beduk akan dipalu setiap kali masuk waktu Maghrib
Dah habis ziarah masjid, kita jalan-jalan menuju ke Sungai Melaka.
mural 3D
Jambatan Pasar
Cendol Kampung Hulu
banyak betul tempat menjual cendol di Melaka
cafe cendol Kampung Hulu
Jalan-jalan menyusuri Sungai Melaka
mural di bahagian belakang kedai-kedai
Sungai Melaka cruise
Tak sampai ke hujung, masuk lorong di antara kedai-kedai, terus ke Jalan Hang Kasturi, jalan yang banyak mural di dinding-dinding kedai.
Jalan Hang Kasturi
Sungguh tak disangka, banyak rumah kedai di sini adalah hakmilik Majlis Agama Islam Melaka yang disewa oleh peniaga-peniaga kaum cina.