Wednesday, 8 August 2018

Seoul 2.0 : Insadong and Gyeongbokgung

Masih lagi di pagi hari Jumaat, hari pertama di kotaraya Seoul.
 
Berdiri depan pintu Fully Hong Mini Hotel, hati berbelah-bagi. Nak makan nasi ikan bakar di sini dulu ke atau nak makan sujebi di Insadong. Bau ikan mackerel bakar menyusuk kalbu...tak tahan wehh..

Since destinasi pertama hari ni nak pi jalan-jalan di Insadong, baiklah kita makan sujebi yang femes di sana. Jom mengorak langkah, berjalan kaki ke Insadong yang ada banyak kedai-kedai tradisional jual souvenirs truly made in Korea dan juga art gallery.
 
 permulaan Insadong-gil di bahagian selatan

Insadong-gil

Sukaa!! suasana di Insadong ni. Menyusuri Insadong-gil, melihat pelbagai hasil kraf yang cute2, comel2...yippuda..

traditional hanji fan

Lalu depan dua, tiga gerai jual manisan 'dragon beard candy' atau kkul-tarae, nampak je orang Malaysia, mula le penjual tu cakap....''sedap giler" sambil tunjuk candy...adoyai, malas nak layan, hahaha..


banyak juga galeri & art shop 
si pinky naik basikal..haha..tak perasan..


Jalan sampai ke Ssamziegil, bangunan komersil dibina daripada kayu. Malas nak naik, nampak tangga je, macam takde lif. Cuaca panas, nak cari tempat ada air-cond.



Tengok jam dah pukul 11 lebih, perut dah terasa lapar. Dah ada di Insadong, haruslah cari restoran sujebi yang femes tu. Dah plan nak ke sini bila baca dalam blog Azra and budgettravel2korea

Masuk jalan Insadong 10-gil, nampak signage Insadong 8-gil, masuk lorong Insadong 8-gil tu, menonong je jalan ke depan, tak pandang kiri pun, melilau dalam tu, keluar balik. Pening, banyak sangat restoran Korea kat lorong tu. 

Last-last tanya kat gerai jual kkul-tarae tadi..haha..depa yang beritau, restoran tu ada kat dalam. Jumpa juga akhirnya..

Lokasi restoran sujebi (lebih kurang)

Insadong 8-gil tu lorong kecik je, untuk pejalan kaki

 suasana dalam restoran

 ruang untuk makan bersila

Tengok buku menu. ada terjemahan dalam bahasa melayu. Ada macam-macam jenis sujebi. Order sujebi biasa dan haemul pajeon (lempeng seafood).

 semangkuk sujebi dalam peralatan tradisional korea (earthenware)

 semangkuk besar kimchi. ada juga water radish
kimchi ahjumma ni memang terbaik..sedap giler..

sujebi dan lempeng yang sedap
sujebi ni tepung liat dalam sup ikan bilis

Jenuh juga nak perabihkan lempeng tu, mula-mula tu ok je makan begitu saja, lama-lama rasa muak, mulalah craving for sos cili. Alangkah bestnya kalau makan dengan sos cili. Sos cili ada dalam beg luggage, yang ditinggalkan di hotel. Akhirnya, berjaya juga menghabiskannya..Alhamdulillah. 

Harga : 
sujebi = 6,000 won
pajeon = 12,000 won
jumlah semua = 18,000 won (RM65.70).

Dah kenyang, hati riang, kembali sambung berjalan ke Gyeongbokgung, istana lama tinggalan Dinasti Joseon.

 ke hujung Insadong-gil bahagian utara

 landmark Insadong bhg utara 

Berjalan ke Sejong-daero untuk ke Gwanghwamun Gate, pintu masuk utama ke Gyeongbokgung

Twin Tree Towers - bangunan pejabat yang ada pleat mcm skirt

Gwanghwamun Square - masa ni pukul 12.25 tengahari
panas lit-lit, matahari memancor-mancor

 
tak masuk dalam kawasan istana, cuma snap gambo pengawal je

 ada gak yang berhanbok bagai dalam cuaca panas

Dari Gwanghwamun Gate, berjalan ke dataran yang ada patung King Sejong dan Admiral Yi Sin dan terus ke Cheonggyecheon, sungai kecik yang jernih airnya. 
 
menyejukkan diri di Cheonggye Stream
ada orang tengah shooting..dokumentari kot..

Bersambung..lepas ni ke KTO Seoul Center.

Tuesday, 7 August 2018

Seoul 2.0 : Fully Hong Mini Hotel

Let's get started. Catatan perjalanan di Seoul untuk kali kedua.

[Itinerari keseluruhan, sedikit info ada ditulis dalam entry sebelum ni]

Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul pada pukul 1.35 pagi hari Jumaat, 27 Julai 2018. Travel kali ni, berdua dengan anak saudara perempuan. Kiranya birthday trip untuk kami berdua, birthday akhir bulan Ogos dan awal bulan September. Celebrate awal..hehe..

Alhamdulillah, sampai di Incheon, pukul 8.35 pagi waktu Seoul. Jejak kembali airport Incheon setelah lima tahun berlalu. Pertama kali ke Seoul selepas PRU13, kali ni selepas PRU14...kebetulan...hihi..

Bercadang ambil 'airport railroad' AREX ke bandaraya Seoul. Jom top-up kad T-money. Guna kad yang dulu, Alhamdulillah, masih boleh digunakan lagi walaupun dah lima tahun, takde expiry date kad ni.

Jalan-jalan cari convenience store, ada CU je, top-up KRW 20,000. Laluan ke airport railroad, depan CU, ada eskalator turun ke basement 1.

Kali ni stay di Fully Hong Mini Hotel di kawasan Jongno. Stesen subway terdekat ialah Jongno-sam(3) ga. Dari airport, naik AREX, naik yang all stop train ke Seoul station, then ambik Line 1 ke Jongno sam (3)-ga station, exit 15.

Tapi exit 15 tu tangga je, keluar exit 14, ada eskalator. Orang korea mcm tak kisah naik turun tangga, yang malaysia mesti cari eskalator..hihi..


Lokasi Fully Hong Hostel, yang penting dekat stesen subway & airport bus stop

Kalau naik airport bus, bas no. 6002, turun di Jongo 3-ga, tambang 10,000 won.

 Di stesen ni, ada tiga line - Line 1, 3  & 5

airport bus stop ke Incheon Airport



Hotel ni 4-tingkat, takde lif, ada provide breakfast (roti, jem, jus, teh, kopi), boleh nak masak, ada dapur, microwave. Ada juga disediakan kabinet khas untuk pinggan, periuk, sudu-garpu untuk makanan halal.

 reception-kitchen-dining area

Sebab booking lambat, bilik twin-sharing dah habis, booked double room with attached bathroom. Bilik dia kecik je, queen-size bed. Tapi oklah untuk dua orang. Toiletries - shampoo, bath foam, ubat gigi dan hairdryer ada disediakan. Tapi tuala mandi besar tak disediakan, cuma diberi tuala saiz kecik, tuala muka.

 double room - very basic

Masa kami sampai, girl yang jaga reception tu Cina Malaysia, Cheryl namanya. Very friendly, cakap melayu je. Boleh whatsapp dia at 016-853 1135, nak tanya, nak booking bilik ke.

--------------------------

Di sebelah Fully Hong Hotel, ada satu lagi mini hotel - Eyagi Mini Hotel. Betul-betul depan dua hotel ni ada banyak 'alley restaurants' - restoran di lorong-lorong. Restoran ikan bakar. Femes di Seoul kawasan ni.

Restoran ikan bakar
Fully Hong Hotel & Eyagi Hotel di sebelah kanan

Cheryl rekomen restoran yang kedua dari Fully Hong Hotel. Restoran yang depan Eyagi Hotel (nampak tangga hotel dalam photo diatas). Restoran ni takde jual pork.

ikan bakar - pagi-pagi dah ada
 walaupun tersangat dekat tapi kami takde pun makan kat sini..huhu..

 masuk tv

 rancangan 'Baek Jong Won's alley restaurants' di channel One
menarik juga rancangan ni

alley restaurant yang lain

Jongno 3-ga ialah 'jewellery town of Seoul'. Banyak kedai-kedai emas di kawasan ni. Memang bling-bling..

 kedai-kedai emas

 kawasan Jongno 3-ga

 Kat belakang hotel, ada panggung wayang - Seoul Cinema
dan juga theater untuk pertunjukan The Painters : Hero

Dekat juga dengan Cheongye Stream, walking distance je.
 Cheonggye Stream @ Jongno

Bolehlah consider dua-dua hotel ni kalau ke Seoul. Jongno ni lokasinya di central Seoul, banyak tempat menarik dalam walking distance - Insadong, Gyeongbokgung, Jongmyo, Bukchon, Anguk-dong.

Kos untuk 6 malam = RM1,090.79 selepas diskaun, booked through Agoda. Check-in pukul 2.00 petang, tinggal beg, jom start ronda, jalan-jalan cari makan Seoul.

Saturday, 4 August 2018

Seoul 2.0 : Fun in the sun

Annyeonghaseyo, yeorobun.

Bertemu kembali, semoga semuanya sihat wal'afiat.

Alhamdulillah, selama 7 hari, dari hari Jumaat, 27 Julai hingga Khamis, 2 Ogos 2018, ber-summer vacation di Seoul, Korea Selatan.


Panas sungguh di Seoul, lebih hangat dari Malaysia, dengan suhu 35 darjah celcius. Panas terik, memang kurang selesa untuk berjalan-jalan.

Hajat di hati, kali kedua ke Seoul, nak pergi masa musim bunga atau musim luruh, nak merasa suasana lain pula. Tapi sebab jadi 'tour guide' untuk anak saudara yang sedang bercuti semester selama tiga bulan, kenalah redho pegi time summer. Fun in the sun...hihi..

Marilah tengok apa yang berjaya dijejaki di bawah panas terik mentari Seoul.

Insadong Sujebi

Gyeongbokgung

KTO Seoul Centre
Namsan Ormi Elevator ke Namsan Cable-Car
 
Dongdaemun Design Plaza
Rose LED garden @ DDP
 
Starfield Library @ COEX Mall
 
SM Town -  melayan budak peminat EXO, SuJu
Yanggood BBQ Lamb @ Yeoksam
 
Lotte World Theme Park
 
Lotte World Aquarium
K-Star Road @ Apgujeong Rodeo
MBC World Park 
s
Seoullo 7017
Ikseon-dong Hanok Village 
home shopping jual kimchi

-----------------------------

Itinerari ringkas, lebih kurang macam ni:

Day 1 
Insadong, Gyeongbukgung, Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, Korean Tourism Organisation (KTO) Seoul Centre, MOM House - Kyuhyun Super Junior hostel & cafe di Myeongdong, Namsan Tower & Myeongdong 

Day 2
Nami Island & Dongdaemun

Day 3
Garogu-sil (Sinsa-dong), K-Star Road (Apgujeong Rodeo), SM Building @ Cheongdam, Coex Starfield, SM Town, Yanggood BBQ Lamb (tutup hari Ahad), Gangnam Station Underground Shopping Centre, Some Sevit (Sebitseom), Rainbow Bridge and Goto Mall (Express Bus Terminal)

Day 4
 Lotte World Theme Park & Aquarium & Yanggood BBQ Lamb

Day 5
 MBC World Park, Seoullo 7017, Namdaemum Market, Lotte Mart Seoul Station,
Ikseon-dong (tak jumpa), Cheonggye Stream @ Jongno

Day 6
Unhyeongung Palace, Deongsuk Women University, Bukchon Hanok Village, Masjid Itaewon, Namdaemun Market, Lotte Mart Seoul Station, Ikseon-dong & Myeongdong

Day 7
Terbang pulang

Tempat-tempat baru yang belum pernah pergi, dah lama studi, ada yang print kertas, ada yang screenshot, tapi bila kt Seoul, mostly guna google dan neighbourhood map kat stesen subway untuk cari jalan/info.

-----------------------------

Pengangkutan 
Airport Express (AREX), subway, bas & by foot

Kadar tukaran wang
3.65
tukar RM2000, dapat KRW 548,000 (aku kaya!! - half a million, hihi)


Bekalan makanan Trip kali ni trip santai, jalan-jalan cari makan. So, tak banyak bawa bekalan makanan dalam tin, cuma bawa sebuku roti wholemeal dan 3 jenis makanan dalam tin - mayo tuna, sambal bilis dan rendang ayam. Bawa juga bihun tomyam brand Mamee (favourite nih) dan milo 3-in-1. Sambal ikan bilis garing Che Nor tidak dilupa tapi makan sikit je (pedas gak).

------------------------------

okbai, nak pi bw blog kawan-kawan..