Dah puas lepak-lepak, rendam-rendam kaki di Cheonggye Stream, bergerak naik ke atas, berjalan ke K-Style Hub di Korean Tourism Organisation (KTO) Seoul Centre. Inilah pertama kali masuk bangunan pejabat di Seoul.
Masuk je ke dalam bangunan, reception dah gamit, kami pun pergi ke reception kaunter, terus dia explain apa yang ada di K-Style Hub.
Naik ke tingkat 2, Tourist Information Centre. Ada area untuk medical tourism, hallyu tourism. Ada beberapa artis Korea standing cut-out.
Masuk je ke dalam bangunan, reception dah gamit, kami pun pergi ke reception kaunter, terus dia explain apa yang ada di K-Style Hub.
Naik ke tingkat 2, Tourist Information Centre. Ada area untuk medical tourism, hallyu tourism. Ada beberapa artis Korea standing cut-out.
Bigbang standing cutout - cilok dari KTO website
Virtual Reality Experience Zone
Best..sejuk..hihi..Di tingkat ni, ada cafe, boleh bergambar dengan artis secara hologram, ada surau untuk muslimin dan muslimat. Naik ke tingkat 5, area Cultural Product Hall. Boleh pakai hanbok percuma, ada aktiviti buat kipas hanji.
tempayan-tempayan
paper dolls menggambarkan Korean culture
karakter-karakter ni ada dalam sageuk kdrama
Cheryl ada di luar, tanya kami nak ke mana. Dia beritau boleh jalan kaki je ke Myeongdong, tapi sebab summer, dia kata lebih baik naik subway. Tak larat den nak jalan kaki, tadi dah berjalan satu pusingan : Jongno-Insadong-Gyeongbokgung- Gwanghwamun-Cheonggyecheon-Jongak-Jongno.
Di Myeongdong station, keluar exit 2, berjalan ke MOM House - hostel & cafe, milik Kyuhyun, ahli kumpulan Super Junior. Maklumlah bawa peminat Super Junior, mesti check out tempat-tempat yang related dengan SuJu.
Enjoy Myeongdong with Pororo
Laluan yang diambil dari MOM House ke Namsan Ormi
Welcome to Zaemiro - Seoul Comics Road
larva, larva
Start dari Pacific Hotel, dah kena mendaki, ya ampunn..corner kanan dekat 24 Guesthouse Namsan Garden masih lagi mendaki, then start dari Be My Guesthouse, menurun bukit pulak..huhu..
yeayy..semakin hampir
kotak lif bergerak turun
Namsan Ormi Elevator
menuju puncak
sedikit gerun, takut terpelanting sebab senget..hihi..
view dari ormi lift
Dah sampai di stesen cable-car, tak ramai orang. Beli tiket sehala - 7,000 won, balik nanti naik bas. Kali kedua ke sini, oklah..
ada blogger amik gambar macam ni, tiru aksi beliau
syahdu..sape tah jiwang karat
Balik naik bas kaler oren no. 5, tambang 1,200 won, turun dekat exit 4, Myeongdong station, melintas jalan...wohaa..Myeongdong night market...meriah..penuh dengan umat manusia..
Mencuba street foods yang diyakini halal..
egg bun - 2,000 won
kimbap - 6 rolls - 5,000 won, tapau bawa balik
inti cheese, anchovy, ketam, kimchi
kuih inti keledek
Yang ni jamu mata saja
oreo churros
udang goreng
lobster cheese
Simpan perut untuk proper dinner, menjamu selera di Busan Jib. Google cari lokasi, di lorong kecik je. Restoran Busan Jib ni ambil bekalan daging halal di Itaewon. Ramai jg orang Melayu tengah makan di sini.
Makan nasi goreng daging..sedapp..
harga 10,000 won (RM36.50)
Berakhir sudah hari pertama di Seoul. Balik hotel, zzz