Hari ke-2, Sabtu 28 Julai 2018.
Hari yang cerah, jom kita ke pulau. Pulau Nami.
Kalau dulu naik ITX, kali ni naik subway dan train. Di Jongno 3-ga, ambil Line 5 ke Hoegi station, sambung dengan Jungang Line ke Sangbong, then naik Gyeongchun Line ke Gapyeong.
Sangbong station
Ramai orang, berdiri dari Sangbong hingga dua stesen sebelum sampai Gapyeong, baru dapat duduk. Sambil-sambil berdiri, snap gambo kawasan pendalaman.
kebun sayur berbumbung
cantik kebun sayur di kawasan luar bandar Korea
semakin menghampiri Gapyeong, pemandangan cantik
Sampai di Gapyeong station, menyeberang jalan, tunggu intra-city local bus untuk ke Nami Island. Panas lit-lit, baru pukul 11.00 pagi, panasnya macam dah pukul satu.
Gapyeong station
tunggu bas no. 33-5, tambang 1,200 won
beli tiket
naik feri Nami Maid
Berjalan ke bahagian dalam Pulau Nami, banyak photo hot spots untuk posing, selfie, wefie
Tak buat aktiviti apa-apa di sini, cuma jalan-jalan melawat kawasan.
Ada show World Music
Dah penat berjalan, rehat, makan bekalan sandwich tuna. Tengok jam dah pukul 12 lebih, berjalan ke bangunan utama di Nami Island, yang ada musolla.
ada restoran halal Asian di bangunan ni
Surau di tingkat 2 bangunan International Children Library. Comel-comel je signage di tingkat ni, kanak-kanak style.
guna buka untuk dekorasi dinding dan siling
lapisan buku-buku jadi tiang
habis kena conteng, mostly nama melayu
Alhamdulillah, surau dah banyak improvement dari pertama kali jejak kaki di sini di tahun 2013. Masa tu surau terbuka, campur lelaki perempuan, sekarang dah berasingan. Selesa sungguh.
Selesai solat, bergerak pulang, menuju ke sungai.
pertunjukan muzik tradisional
jalur gemilang megah berkibar
zipline ke Nami Island
berakhir sudah
Balik ke Gapyeong station, naik intra city bus juga.
suasana kampung di Gapyeong
Balik ke Seoul pun naik keretapi biasa. Tersilap percaturan di Sangbong station, naik train berpatah balik ke Mangu. Tapi takpe, kat Mangu station pun boleh naik Jungang Line, kali ni terus ke Cheongyangni station, tak turun di Hoegi station. Kendian ambik Line 5 ke Dongdaemun station, pit stop terakhir untuk hari ni.
Di Dongdaemun station, keluar exit 6. Mata dah kabur, sepatutnya Exit 8. Nak pi Dongdaemun Design Plaza yang gempak tu, Alhamdulillah nampak dari Dongdaemun Gate (Heunginjinmum Gate) ni.
Heunginjinmun Gate is part of Seoul Fortress
Berjalan dari Exit 8 ke Dongdaemun Design Plaza. Lalu lorong-lorong jual pakaian, ramai lak warga asing orang Asia, membeli-belah di sini.
"Architecture should allow people to imagine what they could not imagined before" - Zaha Hadid
Dream, Design, Play
Doota Plaza
Bunga ros LED sebelum waktunya
lepak kat sini, layan internet, ada banyak food truck
ingatkan nak beli yang ni, lobster & shrimp, tengok ada jual bacon juga
langsung tak jadi, makan bekalan sandwich
mula menyala sikit, baru pukul 6.30 petang
belum menyala sepenuhnya
Tak menunggu sampai gelap, bergerak pulang. Balik hotel, refresh dan solat, turun ke dapur, masak bihun tomyam segera. Nikmatnya dapat makan tomyam.
Balik bilik, layan tengok TV, banyak betul program home shopping, macam-macam produk dijual.
home shopping jual kimchi
Sedapnya..stew bubuh kimchi
Habis hari ke-2. Esok menuju ke selatan.