Friday, 7 September 2018

Bunga 1.0

Salam Jumaat..semoga sihat dan ceria hari ni...

Tak sabo nak cuti panjang weekend ni...sebelum bercuti, terimalah koleksi bunga-bungaan...ada bunga liar, ada yang ditanam, dijaga...Subhanallah, ciptaan Allah swt yang indah...
 
#1 Bunga kebangsaan

 #2 Semalu & Serangga

 #3 Cempaka

 #4 bunga liar

 #5 bunga liar

#6 bunga liar

Bunga bukan saja cantik untuk hiasan tapi penting untuk proses pembiakan pokok, proses persenyawaan untuk menghasilkan buah yang dinamakan proses debunga wangi (percantuman gamet jantan dan gamet betina)..Subhanallah..
 
Ku cari ku mencari
Pada daratan yang penuh debunga wangi
 
 Tilll then, happy holiday...jaga diri, hiasi peribadi..

Wednesday, 5 September 2018

Di Bawah Langit Malam : Sup Pak Abu

Assalamualaikum...

Kisah dua orang pekerja yang stay back kat office and craving for sup panas di malam yang dingin. Dua² dah boring makan fast food, dah dua malam order fast food delivery. 

Lepas habis kerja, lebih kurang pukul 10 malam, bergerak ke Jalan Doraisamy, nak pekena sup Pak Abu yang femes tu.

sudah ramai pengunjung

gerai Sup Haji Abu

isi sup je lain-lain, kuahnya sama

bahan-bahan yg sudah dipotong - kambing, daging

dibawah langit malam disirami cahaya neon kotaraya

nasi lemak panas

pekena nasi lemak dulu, pedas giler sambalnya

 sup kambing dan sup perut lembu
ada dijual roti untuk cicah dengan sup

Jenuh nak habiskan supnya..memang pekat kuahnya..
terbaikk..sedap, terasa rempah-ratusnya..
harga : RM6.00 utk sup perut, RM8.00 kot (tak ingat) utk sup kambing

Alhamdulillah. Silalah mampir jika ke Jalan Doraisamy..lejen gerai ni, .dah lama berada di pasaran...tetap teguh..In shaa Allah.

Monday, 3 September 2018

Pied-à-terre

Assalamualaikum..happy Monday..

Ada tak kawan-kawan yang tinggal di pied-à-terre?

Pied-à-terre, bukan bahasa Hindustan ya, tapi bahasa Perancis, yang bermaksud "a foot on the ground" - jejak kaki di atas tanah..

Menurut wikipedia - 'Pied-à-terre' is a small living unit usually located in a large city some distance away from an individual's primary residence. It may be an apartment or condominium. The term pied-à-terre implies usage as a temporary second residence (but not a vacation home), either for part of the year or part of the work week, by a reasonably wealthy person.

Maksudnya lebih kurang - tempat tinggal sementara di pusat bandar dan digunakan semasa waktu bekerja (weekdays) kerana rumah utama lokasinya jauh dari tempat kerja.

Memang sedia maklum, sekarang ni rumah bertanah - rumah teres, berkembar dan sesebuah (banglo) memang mahal harganya di dalam kawasan bandar. Majoriti diluar kemampuan bagi kebanyakan golongan marhaen.  

Bagi mereka yang suka tinggal di rumah bertanah (memang suka!), tiada pilihan lain melainkan membeli rumah di kawasan pinggir-pinggir bandar atau di luar bandar. Kalau di Lembah Kelang, ramai yang beli rumah di Bangi, Klang, Hulu Langat, Semenyih, Puncak Alam, ada juga yang beli rumah di Seremban.

Bila rumah utama jauh dari tempat kerja (bagi mereka yang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur), ada yang malas nak travel hari-hari, nak mengharungi kesesakan lalu-lintas. Keluar gelap, balik pun gelap. Sampai rumah dah malam, esok dah nak keluar semula awal pagi. Maka, wujudlah 'pied-à-terre', rumah persinggahan semasa hari-hari bekerja. 

Mereka yang bujang bolehlah nak duduk pied-à-terre, kalau yang dah berkeluarga, anak-anak bersekolah, susah sikitlah kan. Tapi sekarang, sudah ada pengangkutan awam - MRT, KTM komuter, perjalanan ke bandaraya Kuala Lumpur semakin mudah.

OKbai..