Friday, 19 October 2018

Memang sedap pekena Maki

Salam Jumaat, moshi-moshi..

Sekali-sekala pekena maki, memang sedap. Bukan maki-hamun tapi yang ni..

pelbagai jenis maki sushi di Empire Sushi

Maki sushi - from "maku", which means "to wrap/roll" for the obvious reason of wrapping it in seaweed (which is called "nori").

---------------------------------- 

Annyeonghaseyo..for kimchi lovers, mat kimchi (chopped cabbage) and poggi kimchi (whole cabbage) brand Chongga ada dijual di Sogo KL. Ada logo halal. 

mat kimchi and poggi kimchi

Harga boleh tahan  juga, RM8.40 untuk 200g mat kimchi. Untuk 500g (RM15.00 for mat kimchi RM15.95 for poggi kimchi)

 dulu ada jual bibigo kimchi, sekarang dah tak ada

  sos gochujang & doenjang

Gochujang - sos cili, doenjang - sos kacang soya (macam taucu kot)

 Okbai, selamat berhujung minggu.

Monday, 15 October 2018

Pastikan Ramly

baru beli!!

Ya, siapa yang tak kenal Ramly Burger? Mesti pernah dengar kan, ke tak pernah tahu? Femes Ramly Burger nih..pilihan abang-abang, adik-adik jual burger tepi jalan..

Haritu ada program di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda. Depan masjid ni ada outlet makanan segera Ramly Burger. Dah lama nampak outlet ni, tapi tak berkesempatan singgah. Tapi haritu, sebab dah dekat, singgah untuk dinner.. 

 outlet Ramlee Burger di Kampung Batu Muda. 
Ditepinya Masjid Saidina Hamzah

 Masjid Saidina Hamzah

parking kereta di masjid, masuk ikut kawasan masjid

Konsep sama macam McDonald's, ada burger, ada fries, ada ais krim tapi ada banyak lagi menu, lebih localised, ada nasi, mee, satay, ada western juga.. 

 ada buffet juga - untuk makan tengahari

 tempat duduk bahagian dalam

di bahagian luar

Jom kita tengok apa yang ada dijual disini. Ada staff yang akan ambik order di meja, tak yah beratur di kaunter.

sudah tentulah jual burger..
wahh, ada prawn burger, mesti try nih

western + local

nasi wong sogeh, nasi lemak, bubur nasi, korean chicken

dessert - cendol, ABC, shaved ice
shaved ice bubuh mangga..terbaik

Order yang ni..going west..

grilled chicken - oklah rasanya, not bad

Selain makan disini, boleh juga beli produk sejukbeku keluaran Ramly Burger, ada juga dijual di sini. Kilang Ramly Burger ada di kawasan berhampiran, di Taman Perindustrian IKS Mukim Batu.

Recommended, jom sokong produk Bumiputera.

Thursday, 11 October 2018

Drama Review : Story of Yanxi Palace

Assalamualaikum..Ni hao..

Penangan hari Merdeka dan hari Malaysia. Dari 30 Ogos hingga 17 September, Astro bagi tontonan percuma untuk semua saluran termasuklah AOD - Astro On Demand. Weii, kenapalah time tu, jari-jemari ni gatal sangat tekan channel 351 - 353...huhu..kan dah tersangkut..

Ada siapa yang sama dengan saya, jatuh chenta head over heels..gugu..gaga..dengan period/costume drama dari mainland China ni, 'Story of Yanxi Palace'?
 

Ditayang di AOD, ada sarikata Bahasa Melayu. Jumlah kesemuanya 70 episod. Masa time free tu, cuma ada episod 1 hingga 49 je. Lepas tu menggagau lah cari kat internet, tapi takde website yang ada sarikata English. Nak subscribe AOD malas lah pulak, tengok raw, takde subtitle. Bertahan, kot-kot ada website yang buat English subtitle. 

Akhirnya, ada orang Malaysia yang upload di facebook, xie xie. Rupa-rupanya ramai juga yang minat cerita ni, keahlian sampai 200++ dari Malaysia, Singapore, Indonesia dan Brunei. Dah habis tengok kesemua 70 episod. Memang best..puas hati sungguh.

Drama yang 'taken China by storm', ditonton oleh 15 billion orang di seluruh dunia. Drama ni mengisahkan kisah hidup Wei Ying Luo, dari seorang dayang hingga menjadi gundik kesayangan maharaja zaman Dinasti Qing. Watak Ying Luo ni ialah watak sebenar gundik maharaja Qianlong yang bernama Empress Weigiya (posthumous).

 Ying Luo sebagai dayang di bahagian sulaman

Ying Luo masuk ke Kota Larangan (Forbidden City) untuk menyiasat dan menuntut bela di atas kematian kakak dia. Watak dia periang, baik hati, tajam fikiran dan outspoken, bulldoze je semua - sampaikan maharaja dan maharani pun dia boleh kelentong.

Mula-mula jadi pekerja di bahagian sulaman, tapi sebab dia bijak, Permaisuri Fuca ambik dia jadi dayang permaisuri. Adik lelaki Permaisuri Fuca, Fuheng yang jadi pengawal diraja jatuh cinta dengan Ying Luo.

Ying Luo sebagai dayang Permaisuri Fuca

Ying Luo mula-mula syak Fuheng yang bunuh kakak dia sebab semua bukti menjurus kepada Fuheng. Tapi sebenarnya ada putera raja yang pakai baju Fuheng. Kemudian Ying Luo pun sama, jatuh cinta dengan Fuheng. Tapi maharaja tak bagi depa kahwin, sebab Ying Luo masa tu jadi hamba di bahagian Hamba Abdi (sebab kena denda dengan Permaisuri Fuca). Kerja basuh tong taik. Lagi pun Ying Luo tak sekufu dengan Fuheng. Kalau depa kahwin juga, maka menyimpanglah dari sejarah Dinasti Qing..huhu..maharaja sebenarnya masa ni tanpa disedari dah tersuka kat Ying Luo. 

Maharaja suruh Fuheng kahwin dengan perempuan yang sekufu. Fuheng terpaksa setuju sebab nak selamatkan Ying Luo daripada kena bunuh, sebab masa tu Ying Luo kena fitnah. 

Yang sedihnya, masa Fuheng dan isteri datang ke istana nak jumpa maharaja, terserempak dengan Ying Luo tengah buat sembah sujud setiap tiga langkah, masa tu salji turun dengan lebatnya...hua..hua...

 
Sebenarnya maharaja bagi pilihan pada Ying Luo, kalau nak kembali jadi dayang permaisuri, kena pilih samada jumpa Fuheng dan cakap dia tak cinta Fuheng, cuma nak kekayaan je atau sembah sujud setiap tiga langkah..Ying Luo pilih untuk sembah sujud sebab dia memang ikhlas mencintai Fuheng..
 
Fuheng & Ying Luo - I ship these two lovebirds
cinta tak kesampaian - takleh nak ubah sejarah

Maharaja Qianlong ada lebih kurang 10 orang gundik, macam-macam kisah gundik-gundik ni, politik harem (istana gundik), dengki-mendengki, tikam belakang, sampai ketahap bunuh-membunuh, macam-macam manipulasi untuk mendapat kasih-sayang maharaja. Drama ni ada part serius, ada part kelakar..

 pelakon kelahiran Johor - Lawrence Wong - second couple dlm drama ni

Harper's Bazaar Singapore menyenaraikan lima sebab kenapa drama ini sangat popular, menyerlah dan menarik.
  • barisan pelakon yang bagus 
  • plot line yang menarik
  • costumes yang gorgeous nak mapoh
  • drama set dan prop yang antik 
  • cinematografi yang sangat cun

Sangat setuju. Pakaian maharaja, permaisuri, gundik-gundik sangat elaborated. Cantik-cantik sulamannya. Kipas tangan pun cantik.

Yang bestnya sebab dah pernah menjejakkan kaki di  Forbidden City masa pergi Beijing haritu, menonton drama ni mengimbau kembali kenangan berjalan-jalan di Forbidden City. Warna merah bata tu sangat cantik dalam drama ni..

 Forbidden City

Recommended bagi mereka yang suka period drama. Sekali-sekala tukar dari Korean sageuk ke ancient China. Old is gold....xie xie..