Wednesday, 14 November 2018

Bachelor Pad

Assalamualaikum semua..

Fuhh..berakhir sudah episod mencengkam jiwa dan fikiran. Dah habis presentation, boleh lah rileks sikit.

Entry santai je. Tentang bachelor pad dalam kdrama. Dah menonton banyak drama korea, bachelor pad untuk sang hero, ada yang sangat menarik, yang sangat 'wow', daebak, lain dari yang lain..

A "bachelor pad" is a slang term for a living space owned by a bachelor (single man) that is designed as a collective space (as opposed to individual items) with the purpose of facilitating a bachelor in his daily activities to include but not limited to daily functionality, use of free time, hobbies and interests, entertaining friends, and seducing women"<<<<< statement bahaya nih..hihi..

Mudahnya: rumah orang lelaki bujang.

Bercerita tentang rumah orang lelaki bujang, yang selalu hinggap di minda - tak kemas, bersepah,  berserabut, semuanya negatif, tapi ada juga yang cantik dan kemas mengalahkan rumah orang perempuan. 

Disenaraikan bachelor pad dalam drama Korea yang buat saya jatuh cinta berkali-kali...terbaiklah produser kdrama nih..

1. Healer

Terbaik bachelor pad nih, memang takde orang yang akan tiru. Dalam gudang tinggal - unused warehouse. 

bangunan gudang bertingkat

modern setting

ruang tamu, dapur, ruang komputer
 Memang sesuai dengan watak Healer yang misteri.

2. Kill Me Heal Me

Bachelor pad untuk si hero, Cha Do Hyun, anak chaebol, pewaris empayar perniagaan - banglo 2-tingkat yang super cool.
 
 very boxy design

less is more - monochrome colour

dining area pun sama - warna yang skema
terpikat dengan dinding, macam jenis pasang siap..haha..


3. W-Two Worlds

Penthouse di Level 33 di hotel mewah, memang menawan habis rumah Kang Chul ni.


Ruang tamu yang mewah
 

bilik tidur yang menawan kalbu

bilik mandi yang elegant, kalau dapat bilik mandi macam ni, 
berjam-jam berendam, bersolek, lepak kat sini pun best

4. You came from the Star

Penthouse condominium untuk si alien Do Min Joon.

ruang tamu sambil 'stargazer', hero nak pulang ke bintang

ruang tamu
 
ruang bersantai
 
bilik library - daebak

Tapi yang paling suka ialah
>
>
>
bilik pendakwaraya Jung Hwan dalam drama Punch, rasa homely, penuh dengan buku, sangat relatable dengan kehidupan golongan marhaen
 
 bilik hero dalam rumah mak dia

dan juga tempat Ji Mong yang di hijack oleh Prince No. 4, Wang So dalam Moonlovers Scarlet Heart Ryeo, tempat yang boleh melihat bulan sambil berbaring...waduhh, asyikk..

ada tilam, sambil baring boleh melihat langit cerekawala

doa ketika melihat langit

"Ya Tuhanku, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari seksa api neraka"- Ayat 191, Surah ali-Imran


Macam-macam jenis rumah hero dalam kdrama. Seronok menonton sambil berangan..hehe.. till then, wassalam.

Friday, 9 November 2018

Nasi Kukus Tok' We

Anak itik Tok We jatuh dalam kolam
Sakit apa Tok We, sakit sendi tulang

Masa nampak restoran ni, teringat lagu rakyat nih..tapi yang ni Tok We jual nasi kukus..di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih..


Kedai corner lot, dari jalan besar dah nampak. Nasi kukus Tok' We, Scow Kitchen. Scow Kitchen tu teman tak tau apa maknanya. Jom lihat-lihat apa yang ada di sini..

 menu nasi kukus - tudia keluarga Sadiq Segaraga..jalandah je takde..

Nasi lemak pula

 perghh..sedapnya

Makanan yang lain - lempeng, roti bakar, roti kukus, mi kari


Ok, teman order nasi kukus rafidah, nak rasa sambal cili hijau dia, ada tak macam nasi padang. Mother order nasi kukus ghasidah - ayam masak merah.

Sementara tunggu makanan, jom tengok interior restoran, ala-ala hipster juga lah..white against black..

ada pentas, ada mic, maybe ada show

 cashier & tempat minuman

sudut retro - ada radio lama

Yang ditunggu sudah tiba, perkenalkan 

 Ghasidah

 Rafidah

Yang dalam kole tu kuah kari. Nasinya banyak. The verdict - memang sedap, sambal hijau dan kuah kari nya. Terbaik. Tuang kuah kari kasi banjir. Memang, oishii..menjilat jari..

 total lost - RM21.20 with 2 sirap limau

Recommended, servis cepat, makanan sedap cuma harga sedikit mahal. Kalau beli nasi kukus ayam goreng berempah, yang jual tepi jalan tu, murah sikitlah..RM5.00 pun boleh dapat. Tapi yang disini ada banyak pilihan, selain ayam goreng, bolehlah tukar selera..nak qasidah, rafidah, hamidah..

Happy weekend..

Wednesday, 31 October 2018

Haiwan-Haiwan yang comel di Sabah

Haiwan-haiwan liar yang comel di Sabah. Nak pergi meredah hutan belantara, memang tidaklah, tengok dalam television je..

Yang ni pun penangan free viewing yang Astro bagi masa hari merdeka dan hari Malaysia. Kali ni dokumentari di Discovery Asia channel 571. Dokumentari Secret Lives, Hidden Places memaparkan kisah haiwan-haiwan liar di kawasan Kinabatangan, Sabah.

 Sungai Kinabatangan
Sungai kedua terpanjang di Malaysia - 560km

Kisah gajah-gajah liar, ada seekor gajah yang tersesat ke kebun orang. Team renjer hutan pi menyelamatkan gajah tersebut.
 
 sekawan gajah (pygmy elephants)

 aloloo..cute, ibu & anak

Kemudian kisah monyet 'proboscis' yang hanya didapati di pulau Borneo. Monyet ni mempunyai rupa paras yang lain dari monyet-monyet biasa. Monyet ni mempunyai hidung besar dan lanjut.

The proboscis monkey (Nasalis larvatus) or long-nosed monkey, known as the bekantan in Indonesia, is a reddish-brown arboreal Old World monkey with an unusually large nose

monyet yang mempunyai hidung yang leper

ibu & anak

pekerja memberi makan penkek

 menikmati penkek

sekawan monyet proboscis

generasi akan datang

Law of the Jungle in Sabah

Yang ni bukan dari channel Discovery Asia tapi rancangan realiti Korea Selatan - Law of the Jungle in Sabah di channel One 393. Rancangan realiti yang membawa kita ke hutan belantara untuk survival skill. Team leader, Kim Byungman dan peserta yang lain menjalankan aktiviti memindah telur penyu ke tempat penetasan di Pulau Libaran.

seekor penyu sedang bertelur

ibu penyu sedang mengorek tanah

staff sedang mengorek tanah mencari telur penyu

telur penyu sudah dijumpai

telur dari green sea turtle

dipindahkan ke tempat penetasan

dah menetas..soo crowded..

berlari ke laut..laut itu duniaku..


Memang sangat asyik menonton program ni. Dari bertelur hingga menetas, proses melahirkan generasi akan datang.