Hi semua, dah makan? Update tentang makan-makan je lah sejak dua menjak ni, tak banyak aktiviti luaran. Aktiviti makan setiap hari..hihi..
Sapa suka makan mi tarik? Di Lembah Kelang ni, yang popular Mi Tarik Warisan Asli. Dulu ada dua cawangan di KL, tapi dua-dua dah tutup. Awal bulan ni ada satu restoran mi tarik, baru dibuka dekat kawasan pejabat, Restoran Mi Tarik Silu - Muslim Silu Ramen. (dah tutup)
Lokasinya
di Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Tune Hotel (dulu, sekarang dah takde), sebelah Restoran Pak Punjab, satu baris dengan Nasi
Kandar Kudu. Yang bersilang kat atas tu ialah line monorail. Restoran ni
kat simpang traffic-light, memang tak kan miss, dari jauh dah nampak.
Jom tengok menunya. Buku menu dia cantik, kaler gold.
buku menu - muka depan
bahagian belakang
mi tarik in the making
Menu mi tarik ni sama je di mana-mana restoran, rasa dia pun lebih kurang sama juga. Teman dah 4,5 kali makan di sini, sebab dekat dengan ofis. Kekadang pergi masa makan tengahari, kekadang gi lepas kerja, untuk dinner.
dumpling
kambing gigi gigi
Yang pernah dicuba
Mi Xinjiang
pelbagai jenis mi tarik
Overall, sedap. Sapa yang pernah makan mi tarik, mesti tahu rasanya macamana sebab rasanya lebih kurang sama je kat mana-mana restoran mi tarik. Alhamdulillah, ada pilihan tempat makan yang dekat dengan pejabat.