Tuesday, 27 November 2018

Weekend retreat : Nur Laman Bestari

Assalamualaikum...yeayy, cuti sekolah..
 
Jom chill out di kehijauan, dekat jer..di Ulu Yam. Haritu ada family day di Nur Laman Bestari Eco Resort. Pergi Ulu Yam dah banyak kali, tapi ni pertama kali jejak kaki di Nur Laman Bestari. Jalan ke Ulu Yam ni, ada banyak tempat rekreasi sungai. 



 di keheningan pagi


dah sampai

Jom ke sungai. deruan air menggamit perasaan, wahh..damainya.

cintailah sungai kita

Nur Laman Bestari Eco Resort ialah satu tempat rekreasi, riadah, team-building, yang lengkap dengan pelbagai fasilities - chalet, dorm, villa, cabin, dewan seminar, surau, stadium, tapak perkhemahan, jungle-trekking, flying fox, ATV, kayaking, memanah..memang nyaman beraktiviti dikelilingi Hutan Simpan Sungai Tua.

 pejabat & kedai

stesen ATV

Sementara menunggu yang lain-lain tiba, jom melawat kawasan.


wakaf di tepi sungai


kawasan yang luas


dorm & kamar mandi

 chalet

 bila tengok batu-batu sungai disusun macam ni
teringat scene kdrama moonlover scarlet heart ryeo


cantik kaler ni


water villas

 mini water slide 
source : internet


musolla  
source: internet

overall, menarik Nur Laman Bestari - dekat di mata, lekat di hati

Thursday, 22 November 2018

Mi Tarik Silu

Assalamualaikum..

Hi semua, dah makan? Update tentang makan-makan je lah sejak dua menjak ni, tak banyak aktiviti luaran. Aktiviti makan setiap hari..hihi..

Sapa suka makan mi tarik? Di Lembah Kelang ni, yang popular Mi Tarik Warisan Asli. Dulu ada dua cawangan di KL, tapi dua-dua dah tutup. Awal bulan ni ada satu restoran mi tarik, baru dibuka dekat kawasan pejabat, Restoran Mi Tarik Silu - Muslim Silu Ramen. (dah tutup)


Lokasinya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, depan Tune Hotel (dulu, sekarang dah takde), sebelah Restoran Pak Punjab, satu baris dengan Nasi Kandar Kudu. Yang bersilang kat atas tu ialah line monorail. Restoran ni kat simpang traffic-light, memang tak kan miss, dari jauh dah nampak.



Jom tengok menunya. Buku menu dia cantik, kaler gold.

buku menu - muka depan  
 

 bahagian belakang


 mi tarik in the making

Menu mi tarik ni sama je di mana-mana restoran, rasa dia pun lebih kurang sama juga. Teman dah 4,5 kali makan di sini, sebab dekat dengan ofis. Kekadang pergi masa makan tengahari, kekadang gi lepas kerja, untuk dinner.


dumpling 


kambing gigi gigi


Yang pernah dicuba



Mi Xinjiang  

 

 
pelbagai jenis mi tarik

Overall, sedap. Sapa yang pernah makan mi tarik, mesti tahu rasanya macamana sebab rasanya lebih kurang sama je kat mana-mana restoran mi tarik. Alhamdulillah, ada pilihan tempat makan yang dekat dengan pejabat.

Tuesday, 20 November 2018

Salam Maulidur Rasul 1440H


Assalamualaikum..Salam Maulidur Rasul 1440H



  "Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Al-Ahzab: 56)



"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus," (Yaa Siin: 3)

"Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam)"(Yaa Siin :4)


Ya Allah, anugerahkanlah rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keatas keluarga dan sahabatnya, dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagi-Mu.
 
Semoga umat Islam di Malaysia tetap teguh dan bersatu menentang segala unsur-unsur yang mengganggu-gugat kedaulatan agama Islam di negara ini, aamiin. 

“Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.”
 [Hadits hasan riwayat ar-Rawiyani, ad- Daruquthni, al-Baihaqi, adh-Dhiya’]