Thursday, 13 June 2019

Cerita Menjelang Raya & sepanjang Hari Raya

Assalamualaikum.. Salam Syawal.

Selamat berpuasa enam bagi yang berpuasa.. Dah seminggu lamanya kita beraya, suasana masih meriah terasa. Di rumah, di pejabat, kuih-kuih raya tersedia  di dalam balang. 


Cuti hari minggu ni, akan bermula lah acara tradisi, rumah terbuka di sana-sini. Gantung periuk, kuali semua, jom terjah rumah terbuka. Sambil menjamu selera, kita bersilaturahim.

Entry kali ni nak reverse ke detik-detik menjelang hari raya. Abadikan di sini, daripada kena delete dok dalam galeri. Teman balik kampung hari Ahad pagi, Alhamdulillah, highway tak jem langsung. Singgah RTC Gopeng, shopping raya di Mydin Mall. 

Ramai sungguh orang bershopping, orang Perak cakap mumbun semua troli dengan barang-barang. Tauke Mydin mesti tersenyum lebar $$$. Memang idea yang sangat bagus buat shopping complex level rakyat marhaen di tepi highway, mudah untuk shopping beli barang sebelum balik kampung. Kawasan luas, tempat parkir pun banyak..

 Ayam golek percik utara

Kes mengidam di bulan puasa..haha. Baca entry ayam golek dalam blog Khairuddin Kaki Travel, teringin pulak nak makan ayam golek..hehe..budak ofis pun ada juga cerita2, komplain ayam golek dah mahal, dah RM29 sekor...dalam hati teringin lak ayam golek. Cari kat bazar ramadan, takde orang jual. Rezeki kat kampung, nampak yg ni terus beli.

rasa ok, harga RM22


Sekarang ni tengok ayam, daging dah macam tak lalu, cari ikan-ikan, sayur-sayur pulak. Cemuih dah makan ayam/daging, buat sementara waktu je...hehe..

Juadah hari raya kami ialah rendang ayam, lemang (beli) dan nasi impit. Alhamdulillah, lemang ok, lembut..

 yang ni abang ipar tengah masak lemang di klang utk dijual
kakak sekeluarga tak balik sbb anak saudara nak exam minggu depannya

 ----------------------------------------------

Satu hari di hari raya, ku lihat cahaya bersinar indah..Langit cemerlang tak terkira..

 Solat raya di Masjid Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

bersalaman sambil berselawat

------------------------------------------------
kembali ke rumah, cucu-cucu jiran mula berkunjung


tetamu-tetamu cilik yang datang beraya


lepak-lepak, susun strategi

Jiran-jiran ada datang beraya. Sempat beraya di dua rumah jiran tetangga, bertanya khabar, bersua muka, makan koi raya. Kemudian ke rumah sepupu mak di kampung di belakang Istana Bukit Chandan. Makan laksa penang. Laksa memang juadah feveret di hari raya di kuale kangsar nih.

Hari raya kedua: pergi pasar, top up ikan dan bahan-bahan lain nak buat laksa. Makanan wajib ni, hari raya mesti buat. Laksa kuala pulak habis di pasar. Beli laksa tepung beras. Laksa kuale nih lain sikit, dibuat dari tepung gandum..orang kuale mesti tau..

Hari raya ketiga: tak ke mana, aktiviti masak-masak, mak, kakak & adik lelaki gi tebas-menebas di kebun, dapat 4 biji nangka muda.

Hari raya keempat (Sabtu) : aktiviti mengosongkan peti sejuk, semua diangkut dibawa ke KL.segala mak nenek, ikan, santan, sayur-mayur..

Sebelum bergerak ke highway, singgah pasar dulu, beli laksa kuale, adik ipar kirim dan juga untuk stok kat rumah. off to KL tapi otw nak gi rumah sepupu belah arwah ayah.

rumah sepupu di sini, Felda Gunung Besout 1


Keluar ikut toll Sungkai, ikut waze, pi bawa ikut jalan jauh, memang jauh sungguh, kiri kanan pokok kelapa sawit. Adik sekeluarga dah sampai dulu di pintu gerbang ni. Anak sepupu datang ambik tunjuk jalan. 

Pertama kali datang rumah sepupu nih, tengok-tengok abang & adik pun ada di sini. Alhamdulillah, bertemu di sini. Sepupu-sepupu belah arwah ayah kurang rapat sikit dan jarang jumpa, tapi adanya grup whatsapp, dapatlah kenal-kenal tengok gambar, bertanya khabar, update berita & cerita. Adik-beradik arwah ayah semuanya sudah tiada, yang terakhir meninggal pada bulan Mac baru ni, tinggallah isteri2 (termasuk mak saya)  & suami mak saudara serta anak-anak menyambung tali persaudaraan.

Tuan rumah sediakan makan tengahari, ada nangka masak lemak,ikan goreng dan yang special, sup daging rusa. Rusa ni depa bela sendiri, kandang sebelah rumah je. 

 sup rusa + lontong asli
 
Sedap sungguh daging rusa, lembut je dagingnya. kena pulak dengan lontong asli, lepas tu hujan turun dengan lebatnya, memang terbaik..

dua keluarga

Sebelum balik, dibawa melawat kandang rusa....berkejaran rusa keluar tengok kami datang...hehe..rupa-rupanya depa nampak plastik roti...rusa makan roti, kome...makan begitu saja..

gemuk-gemuk rusanya

ada lapan ekor semuanya, 2 baby


rusa-rusa berkerumun dekat anak sepupu sebab nampak plastik roti

up close & feeding kangkung

Kanak-kanak suka bebeno, yang dewasa pun teruja, tengok rusa jinak, demok macam ni. Hujan renyai-renyai pun dah tak kisah, free kome..

Sambung perjalanan semula, dari felda ikut jalan dalam, lengang, kenderaan kurang, menuju ke tol Slim River. Kembali ke kotaraya. 

Sekian kisah hari raya kami. Sederhana tapi penuh makna.

Wednesday, 5 June 2019

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2019

Salam Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggers, readers..


Taqabbalallahu minna wa minkum wa ja'alana minal 'aidin wal faizin.

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dlm keadaan suci) dan termasuk dikalangan mereka yang mendapat kemenangan.

        " كل عام وانتم بخير "

EID MUBARAK 2019/1440H | MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wednesday, 29 May 2019

Pasar Payang lagi & Celup Tepung @ Pantai Teluk Ketapang

Jom perabihkan kisah percutian di Kuala Terengganu.  

Hari baru dimulai dengan sarapan pagi. Tak nak makan di hotel, nak makan nasi kerabu yang paling sedap tu. Adik receptionist tu cakap dekat je, jalan kaki pun boleh. Kami pun keluarlah berjalan kaki. Tapi tak jadi, sebab nampak macam jauh. Singgah di gerai dekat hotel ni, Warung Pak Tar.


Ada jual nasi dagang. Yeayy,  Alhamdulillah. Datang Terengganu, mestilah makan nasi dagang, makanan wajib nih.

sedap weii, nasi dagang ikan aye nih

Pertama kali sarapan pagi makan nasi dagang. Memang sedaplah nasi dagang ni. Ramai pelanggan, yang datang makan, yang beli bungkus. Orang cina pun ada datang makan.

Dah makan nasi dagang, masuk hotel semula, sambung sarapan di hotel pula...hehe...ada nasi impit kuah kacang, mi goreng, lempeng tepung, buah tembikai, roti bakar. Dah bayar, rugi lak tak makan minum kan...isi minyak.

 lempeng tepung cicah gula

Makan sudah, moh kita sambung aktiviti shopping Round Two di Pasar Besar Kedai Payang.
Bersua kembali

pencinta kucing


Terus naik tingkat atas and the shopping spree begins..baju batik, serunding, keropok, fridge magnet. Lepas tu tunggu mother shopping pula, biasalah kan, nak beli untuk anak tu, anak nun, cucu sana, cucu sinun. Layan je lah, demi bonda tercinta.


pilih-pilih

 mother tengah pilih baju kaftan untuk anak-anak

pemandangan tingkat bawah pasar kedai payang


beli keropok kering, kuih semang @ gula-gula sarang burung

kuih semang - rasa macam kuih sagon

setambung keropok

beli serunding ikan ni

Bersesak juga dalam pasar ni, ramai orang. Dah habis membeli-belah, balik hotel. Kemudian, gi solat zohor di Masjid Abidin. Untuk lunch, cadangannya nak makan nasi minyak john di restoran tepi jalan besar, tapi dah habis pulak. Gerai nasi minyak john di Warung Pak Tar tutup pula hari ni. Femes gak nasi minyak john nih.

Kakak telefon beritahu yang kawan dia ajak makan celup-celup tepung, nak datang ambik kami semua pukul 3 petang. Sementara menunggu, kami pegi makan mi & mihun goreng seringgit di gerai bawah pokok.

Kawan kakak, suami isteri datang ambik. Depa bawa kami ke Pantai Teluk Ketapang, belah Seberang Takir. Banyak kedai jual celup tepung. Depa bawa ke kedai no. 8.

Kedai Pak Hashim, No.8

Depa cakap celup tepung di kedai ni lagi sedap dari gerai yang femes, yang kat Pantai Telipot Mengabang tu..huhu. Entahlah, teman tak pernah makan yang hok sana, tak boleh nak compare. Kita ikut je lah recommendation dari orang tempatan.


ABC & ABJ

air batu jagung

Order keropok lekor dan udang & sotong celup tepung. Celup-celup tepung ni rasanya macam sama je, yang lain cuma sos pencicahnya. 

Lepas makan, ronda-ronda tepi pantai, tapi dalam kereta je lah. Ingatkan boleh lalu jalan baru tepi pantai, sekali tutup daa..

bola sepak pantai

bangsal-bangsal untuk membawang berehat di tepi pantai

Tak berlama-lama di sini sebab hari beransur senja. 

--------------------------------

Pagi Isnin, lepas solat subuh, check-out dan amik grab ke airport. Tambang cuma RM14 je. Dah check-in beg semua, terus masuk ke ruang menunggu. Alhamdulillah, bagus airport Terengganu, ada banyak risalah tentang agama Islam dalam pelbagai bahasa di ruang menunggu (departure hall). Semoga usaha dakwah membuahkan hasil, aminn. #IslamMemimpin.

risalah-risalah tentang Islam
 
Sekian, kisah percutian di Kuala Terengganu. Thanks for reading.