Semalam teman pergi melawat 'rumah degil' di Balai Seni Lukis Negara.
Rumah Degil di perkarangan Balai Seni Lukis Negara
Rumah Degil ni merupakan rumah tradisional Melayu yang asalnya terletak di No. 41 Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Dipanggil Rumah Pusaka Chow Kit, rumah ini dibina pada tahun 1926 oleh Haji Jaafar Sutan Sinombar yang juga dikenali sebagai Sutan Mengatas.
rumah pusaka chow kit di tempat asalnya, diapit oleh bangunan kedai
asal-usul kenapa digelar 'rumah degil' - sumber NST
asal-usul kenapa digelar 'rumah degil' - sumber NST
Tanah rumah pusaka ini telah dijual oleh tuannya. Pembelinya telah membuka dan menyimpan rumah asal ini. Ianya dipasang semula di perkarangan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak.
Rumah ini adalah struktur tradisional rumah Melayu yang terakhir dimana ia mempunyai kaitan dengan pengasas Kuala Lumpur dari keturunan Mandailing iaitu Sutan Puasa. Sutan Mengatas merupakan anak saudara kepada Sutan Puasa.
Rumah kayu tradisional ini dibina pada ketinggian 3 meter (9 kaki) daripada aras tanah. Dahulunya tiang sokongannya dibina menggunakan batu batu tanah liat buatan tempatan. Pendekatan senibina adalah rumah tradisional Melayu berbumbung potong Perak dengan pengaruh senibina moden. Struktur rumah ibu yang berukuran kira-kira 104.5 meter persegi (1,124 kaki persegi) dibina menggunakan kayu bagi kebanyakan komponen strukturnya.
rumah kecil dibelakang
bahagian dalam rumah
Sangat bagus usaha Jabatan Warisan Negara untuk mengekalkan rumah-rumah tradisional untuk tatapan generasi akan datang.
Semoga terus kekal mengharungi zaman