Sunday, 6 October 2019

Melawat Rumah Degil

Salam hari minggu..

Semalam teman pergi melawat 'rumah degil' di Balai Seni Lukis Negara.

 Rumah Degil di perkarangan Balai Seni Lukis Negara

Rumah Degil ni merupakan rumah tradisional Melayu yang asalnya terletak di No. 41 Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Dipanggil Rumah Pusaka Chow Kit, rumah ini dibina pada tahun 1926 oleh Haji Jaafar Sutan Sinombar yang juga dikenali sebagai Sutan Mengatas.

 rumah pusaka chow kit di tempat asalnya, diapit oleh bangunan kedai
asal-usul kenapa digelar 'rumah degil' - sumber NST 

Tanah rumah pusaka ini telah dijual oleh tuannya. Pembelinya telah membuka dan menyimpan rumah asal ini. Ianya dipasang semula di perkarangan Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak.


Rumah ini adalah struktur tradisional rumah Melayu yang terakhir dimana ia mempunyai kaitan dengan pengasas Kuala Lumpur dari keturunan Mandailing iaitu Sutan Puasa. Sutan Mengatas merupakan anak saudara kepada Sutan Puasa.


Rumah kayu tradisional ini dibina pada ketinggian 3 meter (9 kaki) daripada aras tanah. Dahulunya tiang sokongannya dibina menggunakan batu batu tanah liat buatan tempatan. Pendekatan senibina adalah rumah tradisional Melayu berbumbung potong Perak dengan pengaruh senibina moden. Struktur rumah ibu yang berukuran kira-kira 104.5 meter persegi (1,124 kaki persegi) dibina menggunakan kayu bagi kebanyakan komponen strukturnya.
 

rumah kecil dibelakang

bahagian dalam rumah


Sangat bagus usaha Jabatan Warisan Negara untuk mengekalkan rumah-rumah tradisional untuk tatapan generasi akan datang.


Semoga terus kekal mengharungi zaman

38 comments:

  1. Teguh berdiri walau dihimpit pembangunan...cantik rumah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhirnya kecundang jg, kak..dah dijual, kini dipasang di Balai Seni Lukis Negara..
      mmg cantik..kemas binaannya..

      Delete
  2. jadi rumah yg di balai seni lukis negara tu yg asal? yg dipindahkan dari chow kit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haáh..yang asal, dipindah dari chow kit sbb tanah tu dah dijual..

      Delete
  3. binaan warisan yang perlu dikekalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..rumah2 tradisional Melayu semakin pupus di kotaraya Kuala Lumpur..

      Delete
  4. Glamour rumah degil ni sekarang. Baguslah seni bina rumah lama ni dikekalkan. Moga terus kukuh merentas zaman :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah siap dipasang..semoga terus kekal utk tatapan generasi akan datang..

      Delete
  5. Uniknya.. walau di sekeliling penuh dgn pembangunan pesat..
    betul tu..sangat menyokong usaha2 mengekal kan warisan seni Sejarah mcm rumah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertahan lama jg di tempat asal...warisan seni tradisional mmg patut dikekalkan utk tatapan generasi akan dtg..

      Delete
    2. Paling penting utk tatapan generasi akan datang...:)

      Delete
    3. ya, betul...rumah2 tradisional semakin kurang...ramai nk duduk rumah batu, maintenance senang..

      Delete
  6. Sejarah yang tak boleh dilupakan...
    Kat sini rupanya duduk rumah legend tu...
    Thanks for the info kak..boleh melawat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome...kt sini dipasang semula, senang nk melawat..kwsn luas..

      Delete
  7. wahh baru tahu rumah tradisional yg degil nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ramai yg tahu sbb dh lama isu ni, tahun lepas baru ada usaha nk pasang balik rmh ni..

      Delete
  8. Cantiknya.. Kalau buat rumah bentuk macam nie pun okay juga.. Senang nak kemas.. Harapnya dijaga rapi supaya dapat bertahan menjadi tatapan generasi masa depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple jer rumahnya..nmpk senang nk kemas..hehe..itulah bila dah dibwh warisan negara, diharap ada penjagaan rapi..

      Delete
  9. Degil2 dia pun last kali kena angkut pi tempat lain juga noo..nasib baik tak kena dihapuskan teruih, selamat lagi dia ada di tempat lain la nih..😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. digelar degil sbb tuantanah bertahan nak tinggal disitu walaupun persekitaran dah bertukar jd komersil...mmg ada usaha nak kekalkan rumah ni sbb ada traditional value..Alhamdulillah, pembelinya pun appreciate nilai2 sejarah..

      Delete
  10. Cantik.
    Masih kukuh lagi binaan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih cantik & kukuh..semoga terus kekal..

      Delete
  11. teringat kampung baru.harap tak kecundang atas nama pembangunan. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ada pembangunan semula, mmg selalunya existing buildings akan dirobohkan kecuali yg dibawah warisan negara..begitulah jg dgn Kpg Baru..akan tiada lg kpg tradisional, yg ada hanyalah pencakar2 langit..

      Delete
  12. MOGA RUMAH2 DEGIL MELAYU KEKAL DI SINI...KAK TENGUK RUMAH TRADISI KAT KAMPUNG MELAYU SELAYANG KEKAL CANTIK WALAU ADA UBAHSUAINYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah harapannya..semoga terus kekal..baguslah kan..bolehlah gi Kpg Melayu Selayang..

      Delete
  13. Baru2 ni kwn ada share artikel pasal rumah degil ni..rupanya kat balai semi negara..baru tahu. Sbb awal thn ri tu ada pergi balai seni negara ni..mmg dh tgk la umah ni..mcm pelik..pesal rumah mcm ni ada kat sini ahli rombongan pun x cite..mmg kami x masuk pun tgk dari luar jek..rupanya rumah degil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg bagus decision letak rumah degil ni di balai seni negara..dapat jg kita tengok..

      Delete
  14. yg menjadi tanda tanya tu selalu peratikan di blkg mesti ada rumah kecik mcm ni. memang dijadikan dapur ke?

    ReplyDelete
  15. comelnya nama rumah ni. jangan degil2 tau pasni.. eeh..

    i like it how kadang2 kita masih jaga dan kekalkan yang tradisi. bangunan macam ni memang elok kita expose kat orang ramai especially the younger generations.. biar diorang tahu sikit sejarah lama. xyah kata budak2 mudala.. yang sebaya dengan CT pun tak tahu. cheq pun tak tahuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul utk tatapan generasi muda..bagus usaha utk maintain rumah ni..dah sudah semakin pupus rumah mcm ni di kuala lumpur..

      Delete
  16. Baharu Mrs. A tahu kisah rumah degil ni.
    Perkongsian yang menarik thank you ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. you're welcome...lama bertahan di chow kit..bagus usaha utk pasang semula di sini..

      Delete
  17. Dinamakan "degil" sebab pemilik asalnya tak mahu merobohkan dan dibiarkan je 'terselit' kat celah-celah bangunan batu tu kot! Tp akhirnya kecundang juga... mungkin pewaris dah tak mahu membaikpulih... dan dpt tawaran tinggi... sebab tu di jual agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..owner nak kekalkan rumah pusaka, tapi persekitaran dah berubah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!