Wednesday, 13 November 2019

Jalan-Jalan ke Hat Yai, Thailand

Assalamualaikum....sawadikap...

Alhamdulillah, trip 4 hari 3 malam ke Hat Yai, Thailand, berakhir dengan jayanya. Ada orang dah banyak kali ke sini, kami baru pi..hehe..

Hat Yai - lokasinya di selatan negara Thailand, dekat je dengan border negara kita. Ramai juga rakyat Malaysia yang masuk ikut jalan darat, samada naik keretapi, bawa kenderaan sendiri atau naik bas.


Lokasi Hat Yai dan Songkhla

Tarikh travel kami dari 9 hingga 12 November 2019. Ahli rombongan seramai 9 orang - 5 dewasa, 3 kanak-kanak dan seorang budak 3 tahun. 
 
Ada dua kumpulan. Group 1 - saya, mak dan kakak, bergerak dari KL. Group 2 - adik bongsu sekeluarga, seramai enam orang, bergerak dari Shah Alam.

 dari airport ke Hat Yai town

Maaf ya, pagi tadi dah post satu entry. Ingatkan nak buat teaser dulu, tapi rasa macam ringkas sangat. Terus je lah buat ringkasan travel di Hat Yai.

1. Transport

Group 1 
Pergi balik naik flight Air Asia. Jumlah kos semua RM880 untuk 3 orang + 2 luggage 20 kilo..lebih kurang RM293 seorang.
Masa booking, flight pukul 10 pagi, tetiba kena retimed ke pukul 3.10 petang..huhu..redho je lah..Flight dari KLIA2 ke Hat Yai lebih kurang sejam.


Pertama kali buat self-service untuk beg drop

Group 2 : Pergi naik komuter dari Shah Alam ke KL Sentral, keretapi ets ke Padang Besar dan keretapi klasik ke Hat Yai. Balik naik flight.

di Padang Besar


 dalam keretapi klasik, pukul 11.50 baru bergerak ke Hat Yai

Pengangkutan di Hat Yai : 

Dari airport ke town : Teksi airport - THB 250
Ke Khlong Hae Floating market : Tuk-tuk - THB 550 pergi-balik
Hari ke -3 : Van + driver - THB 4,000 dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam
Hotel ke airport : Tuk-tuk - THB 400

Lain-lain: jalan kaki..


tuk tuk

dalam van

Untuk sewa van: boleh contact Zul : +66 82 730 3285. Boleh suruh dia booking tempat kat Chabura Dim Sum & Khlong Hae Steamboat. Awal bulan ni group cikgu-cikgu Alor Setar guna servis dia. Adik yang rekomen. Ok, terlebih peramah orangnya..hehe..

2. Hotel

Booking hotel room 3 malam di Aloha Hotel, Nipatuthit 1 Road.  
Jumlah kos: RM303 untuk 3 malam, tanpa sarapan pagi.


Puas hati dengan Aloha Hotel, sebabnya:

Lokasi : centrally located, ditengah-tengah - dekat dengan stesen keretapi, Lee Gardens Plaza, Kim Yong Market, Robinson supermarket, Santisuk Market, semuanya boleh jalan kaki je. Berdepan dengan jalan besar, bukan di lorong-lorong.

Sederet dengan restoran halal - Rahmatullah dan pejabat Hat Yai Top Travel - perkhidmatan bas ke Malaysia. Banyak pilihan restoran halal di kawasan sekitar.

Hotel : Bilik hotel besar, moden dan bersih. Toilet facilities, hair dryer, peti ais & cerek elekrik. Wifi laju.

Aloha Hotel
 hotel room
 reception area

Hotel foyer

3. Itinerari

Hari 1 - Sabtu : Lee Gardens Plaza 
Hari 2 - Ahad  : Kim Yong Market & Khlong Hae Floating Market
Hari 3 - Isnin  : Dim Sum Chabura
                       Songkhla via Ko Yo island - Samila Beach & old town
                       Chang Puak Elephant Camp 
                       Central Festival Shopping Mall 
                       Kaysorn Souvenir Shop
                       Pasar Borong @ clock tower
                       Khlong Hae Steamboat 
                       Lee Gardens Plaza night market
Hari 4 - Selasa: Balik Malaysia - flight @ 12.20pm waktu Thai


Overall, puas hati dengan trip ni. Bawa bonda jalan-jalan + trip makan-makan & shopping. Alhamdulillah dengan rezeki pemberian Ilahi.

Tuesday, 5 November 2019

Kenangan di Sri Utusan

Assalamualaikum..

Kita semua dah sedia maklum akhbar Utusan Malaysia dan Utusan Melayu edisi cetak sudah tiada lagi di pasaran. Sudah tamat penerbitan pada 9 Oktober 2019. Yang tinggal hanyalah suratkhabar lama dalam gerobok di dapur.

Sekarang ni, membaca suratkhabar fizikal sudah jadi a thing of the past, sesuatu yang boleh diceritakan kepada cucu-cucu, generasi milenium. Mungkin ada yang akan bertanya,  apa tu suratkhabar, tok? jom pi tengok kat muzium...

Bila dengar khabar Utusan dah berhenti operasi, teringat pada ucapan CEO Nokia, "we didn't do anything wrong, but we lost". Zaman berubah dengan pantas. Tapi masih ada lagi suratkhabar fizikal yang masih bertahan.

Berpeluang ke kilang Utusan di Bandar Baru Bangi pada bulan Januari lepas, hati rasa sayu. Masa ni dah terdengar desas-desus tentang penutupan Utusan. Abadikan disini sesi mengimbau kenangan di Sri Utusan, Bangi.

 Sri Utusan

 tinggal kenangan

dirasmikan oleh Dr M

pintu masuk utama

Di ruang foyer tingkat bawah ni menempatkan sejarah Utusan Melayu dan juga mesin-mesin pencetakan lama. Sungguh vintage dan klasik.

 bekas pengerusi Utusan


 Yusof Ishak - founder & first chairman


Mr Yusof Ishak ni juga ialah Presiden Singapura yang pertama dilantik pada 9 Ogos 1965, selepas Singapura berpisah dengan Malaysia. Jadi Presiden Singapura hingga tahun 1970.

bangunan Utusan Melayu di Singapura
 
ada yang kenal dalam gambar ni? TS Muhyiddin Yassin masa muda

jom tengok mesin-mesin pencetakan yang klasik & vintage..super cool..

Mesin Linotype Rumi digunakan pada tahun 1965 - 1977
sebelum penggunaan komputer, semua proses awal penerbitan akhbar dilakukan secara manual seperti menyusun huruf, paste-up, typesetter dan gambar

Enlarger digunakan untuk mencetak gambar hitam putih pada tahun 60an

Mesin Lud Low untuk buat tajuk-tajuk berita
digunakan pada tahun 1965 - 1977

Mesin Lynotype Jawi


tinggal kenangan zaman manual

Bersantai minum petang di cafeteria

You didn't do anything wrong..so long UM..

Friday, 1 November 2019

Tok Aji Serban

Salam Jumaat...

Baru tahu hari ni yang kuih ni orang Terengganu panggil Tok Aji Serban..


Kuih pulut sekaya @ caramel