Friday, 6 March 2020

Kedai comel pula

Salam Jumaat..

Entry terakhir untuk SACC Mall Shah Alam..hehe.

Promosi habis-habisan nih sebab banyak cute shops, cute little things..overloaded, bikin ngilerr..
 
Di antara The Teapot Deli dan The Tea Room, ada ni kedai Gifts & Things. 

 Jalan-jalan cuci mata je, banyak cenderemata yang cute!

Masuk ke bahagian Bariska pula, ada kedai ni..

menjual pelbagai hiasan rumah

nice deco

Tak sempat nak ronda-ronda, window shopping, next time maybe.

Thursday, 5 March 2020

Kedai Kopi - Kaffe Kop

Kembali semua ke SACC Mall Shah Alam. 

Dah story dua cafe comel jual teh, kali ni ke kedai kopi pula. Lokasinya di sebelah cafe The Tea Room.

Kaffe Kop, nama diberi.

Tema : Urban & rugged.


Sarat dengan dekorasi
 

Kedai kopi, tapi order teh O limau ais..haha..dahaga giler, sesi lawatperiksa dari lower ground ke rooftop, so pekena minuman yang light-light je

 
first time guna straw besi

cute little thing - ada anak burung kaler kuning kat atas lantai

Well, semua cafe-cafe yang di promote tu lokasinya di tingkat 2 SACC Mall, menarik untuk dikunjungi..cheers..

Wednesday, 4 March 2020

Jalan-Jalan di Bandar Kuala Terengganu - Part 2

Sambung kisah jalan-jalan di tengah bandar Kuala Terengganu. 

Jalan-jalan di kawasan belakang hotel, cari gerai makan di kawasan tempat letak kereta. Tengok gerai baru buka, malas lak nak tunggu, jalan lagi. Nampak dua kedai ni....

MyKori dan Myeongdong Topokki

Tetiba teringin nak cuba flavour lain MyKori nih, terus menyeberang jalan, masuk ke dalam kedai, order flavour Mango Cheesecake..

Mango Cheesecake...kureng sikit rasanya...

Dah habis makan, sambung berjalan lagi, nak cari dinner pula..hehe...berjalan menuju ke Jalan Sultan Ismail, kiranya buat satu pusingan

cute je bangku buah

menarik namanya - Syrup VS Soda
ingatkan nak makan di sini, tengok ramai orang, penuh, tak jadi 

Sambung berjalan, menuju ke Jalan Sultan Ismail..nampak kedai ni..

Restoran Jepun
ada western juga

Tetiba rasa nak makan di sini, Japanese food, tadi MyKori pun jepun juga, so tema malam ni ialah Nippon di Kuala Terengganu..hihi..

siap tulis nama chef, confident sikit bila nampak 
nama 2 assistant chef tu..haha..



Jom order. Perghh..tebal buku menunya, banyak betul pilihan..authentic Jepun

sushi-inari

pilih yang ni cha soba

Prawn tempura cha-soba
hot & cold - hot matcha tea with honey and cold cha-soba

udang tempura tu sangat sedap. mi soba sejuk makan dengan sup masam
 yang sejuk juga, pengaruh program realiti korea 3 meals a day
tengok depa makan mi sejuk, bubuh ketul ais..pengaruh tv betul..haha..
 
Oklah dinner, harga pun reasonable, RM20++. Dah habis makan, berjalan balik ke hotel. Jumpa kedai buku yang awesome, SMOBookstore, masuk sekejap. Terpandang kat depan, di antara  dua bangunan, ada satu lorong, ternampak sesuatu yang menarik..bercahaya..let's check it out..laju je melintas jalan, ooo..bangunan UTC rupanya..yeayy...ada shopping complex..

 Paya Bunga Square

bangunan UTC Kuala Terengganu
 
 shopping complex yang moden
 
 best juga kedai-kedai di sini

 ada banyak restoran femes - Seoul Garden, Sushi King, Boat Noodles
Seoul Garden dalam tulisan jawi, comel je pink Panda menyorok

kalau berada di KT, bolehlah makan-makan di sini..

Hari Ahad, balik KL flight pukul 8.20 pagi. Sekian saja kisah jalan-jalan di Kuala Terengganu. Alhamdulillah di atas kesempatan ini.