Monday, 6 April 2020

Drama Review : Yanxi Palace : Princess Adventure

Drama review again..

Drama cina..Yanxi Palace : Princess Adventure. Drama ni kisah anak dayang istana yang berkahwin dengan Maharaja Qianlong di zaman Qing Dynasty. Sequel kepada drama mega hit the Story of Yanxi Palace.


Drama ni cuma ada 6 episod saja, tak macam the Story of Yanxi Palace yang ada 70 episod. Best juga drama ni dan costume semua sangat gorgeous. I like..

Cerita mengenai Princess Zhaohua, anak Wei Yingluo, dayang yang jadi Imperial Noble Consort, status tertinggi bagi gundik maharaja cina. Kisah dendam anak Fuheng, Fu Kang'an terhadap Wei Yingluo yang dah bunuh mak dia, Er Qing dan menyebabkan bapa dia terbunuh sebab nak cari penawar untuk penyakit Wei Yingluo.

 Princess Zhaohua dan mak dia, Wei Yingluo

Recap drama Story of Yanxi Palace: Wei Yingluo dan Er Qing, dua-dua dayang kepada Permaisuri Fuca. Er Qing sukakan Fuheng, tapi Fuheng cintakan Wei Yingluo. Maharaja kahwinkan Fuheng dengan Er Qing tapi Er Qing telah khianat dengan suami dia. Berselingkuh dengan anak angkat mak Fuheng, hingga lahir Fu Kang'an. Fu Kang'an tak tahu yang dia anak luar nikah, fikiran dia asyik diracuni oleh bapa saudara (yang sebenarnya bapa dia sendiri) untuk membalas dendam kepada Wei Yingluo.

 Princess Zhaohua dan Fu Kang'an
 
Princess Zhaohua juga dicemburui oleh Princess Siwan, anak Duke of Baarin yang duduk di istana sebab jadi anak angkat nenek Princess Zhaohua. Dia dengan Princess Zhaohua membesar bersama-sama tapi dia dengki dengan Zhaohua. Fu Kang'an guna Siwan untuk kenakan Zhaohua sebab nak balas dendam dengan Wei Yingluo.

Princess Siwan

Princess Zhaohua bertunang dengan putera Mongolia, Prince Chaoyong @ Lhawang Dorji.  Mula-mula Lhawang Dorji nak putus dengan Zhaohua, tapi Fu Kang'an cakap dia boleh tolong untuk buat Lhawang Dorji jatuh cinta dengan Zhaohua. Tapi sebenarnya dia khianat, dia laga-lagakan Princess Zhaohua dan Princess Siwan.
 
 Princess Zhaohua dengan Lhawang Dorji

Princess Zhaohua sebenarnya tahu rancangan jahat Fu Kang'an dan Princess Siwan. Dia pun buat strategi untuk perangkap mereka berdua. Wei Yingluo pun tahu yang Fu Kang'an nak balas dendam, dia pun buat strategi untuk beritau hal sebenar kepada Fu Kang'an dan tangkap abang angkat Fuheng (bapa Fu Kang'an). Dang! Like mother, like daughter.

Mula-mula tu benci juga tengok perangai Princess Zhaohua yang macam spoilt brat..tapi sebenarnya ada sebab dia bersikap macam tu. 

Princess Zhaohua dalam pakaian pengantin

mengadap ayahanda bonda sebelum keluar istana ikut suami

Dengar khabar, akan ada Season 2..tak sabar nih, kena tunggu setahun lagi. Suka tengok perhiasan/costume dalam drama ni. 

Bagi mereka yang minat period drama, highly recommended drama ni..

Saturday, 4 April 2020

Muzium Negara : Istana Satu dan Tengkolok

Sambung kisah lawatan di Muzium Negara..tak habis lagi...hehe..

Dekat dengan tiang keliering tu, ada satu bangunan tradisional daripada kayu dipanggil Istana Satu. 
 
tiang keliering dan Istana Satu

 
tangga Melaka

 Istana Satu

Istana Satu ini didirikan oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III, Sultan Negeri Terengganu pada tahun 1884 di dalam kawasan Kota Istana Maziah, Kuala Terengganu. Senibina bangunan ini adalah berbentuk rumah Melayu tradisional di negeri Terengganu yang disebut sebagai 'rumah tiang duabelas'. Kayu yang digunakan ialah kayu cengal. Bangunan ini didirikan di kawasan Muzium Negara pada bulan April, 1974.

 posing dulu sebelum masuk

interior


Yang duduk di istana, mestilah sultan-sultan, raja-raja. Salah satu pakaian rasmi sultan dan raja ialah tengkolok/destar. Di Malaysia, ada lapan negeri yang ada sultan dan raja. Setiap negeri, lipatan tengkoloknya berbeza dan ada nama yang diberi.

pelbagai lipatan tengkolok

Tengkolok Dendam Tak Sudah (Kedah)
di sebelah kanan tengkolok Dendam Tak Sudah negeri Perlis

Tengkolok Ayam Patah Kepak (Perak)

Destar Ketam Budu (Kelantan)
crab sauce, terjemahan ke Bahasa Inggeris

Sekian, lawatan ke Muzium Negara Kuala Lumpur. Banyak benda menarik yang dapat dipelajari di muzium. Walaupun nampak macam bosan je gi muzium, tapi sebenarnya, ia adalah aktiviti yang enjoyable. Recommended!

Wednesday, 1 April 2020

Muzium Negara Kuala Lumpur

Salam semua, dah masuk bulan April 2020..

Fasa kedua PKP..semoga semuanya bertambah baik dalam masa dua minggu ni....amiin..

Dah tak nak update makan-makan luar, buat teringin je...hihi..so kita update jalan-jalan melawat Muzium Negara bulan October tahun lepas. Siapa tak pernah pergi Muzium Negara? Jom, jom..ikut saya, kita tengok apa yang ada di sana, di sana...

Muzium Negara ni letaknya di antara dua jalan, Jalan Bangsar dan Jalan Damansara. So, boleh ikut dua-dua jalan ni untuk masuk ke tempat letak kereta. Tempat letak kereta ni guna kad Touch n Go ya, so sediakan kad siap-siap. 

Di kawasan tempat letak kereta ni pun dah ada objek pameran iaitu kepala keretapi lokomotif (steam train). Ada dua buah, boleh posing-posing di sini dulu.


 Dah habis posing, jom ke bangunan utama, melalui pintu gerbang ni.

Pintu Gerbang Kota Kuala Kedah

Penerangan mengenai pintu gerbang

Biasalah kan pergi muzium ni, kena banyak baca-baca, kalau tak, tak dapat info.

 bahagian belakang bangunan utama

Lepas je dari pintu gerbang tu, terus ke bahagian belakang bangunan utama, so kena pusing kiri dan jalan ke bahagian depan bangunan yang mengadap Jalan Bangsar, untuk beli tiket masuk.

bahagian depan bangunan utama 
salah satu landmark building di Kuala Lumpur

pintu utama, ada kaunter tiket

Tak ingat berapa harga tiket masuk, boleh check kat website, tak mahal sangat. Dah ada tiket, jom masuk..the adventure begins..

bangunan dua tingkat, ada 4 zon

Kita mula dengan Zon A, pameran mengenai zaman purbakala, kerajaan-kerajaan yang wujud di nusantara.

Manusia Perak

Dinding Pintu Istana Setul
#abaikan the chubby models..ahaks..

sila baca
 
Tak ingat dah zon mana, tengok gambar je lah ya


pameran barang perhiasan tradisional


pelbagai jenis dacing - dacing cina dan india

barangan seramik

Ni pulak pameran zaman penjajahan Belanda, Portugis, Siam
 
laluan kedatangan Portugis ke Melaka untuk mencari rempah-ratus
betul ke? ngeh, ngeh...


Pintu Gerbang Kacapuri, Kota Kuala Kedah


kecik benor tulisannya


bunga emas - tribute to kerajaan Siam

Akhir sekali, ke Zon D, yang ni sohih, zaman sebelum merdeka hingga lah ke zaman Malaysia moden. Masa ni dah malas nak snap gambar cuma ambik gambar ni je.

Home guard di zaman darurat pada tahun 1948-1960
lamanya..12 tahun..perintah berkurung pada masa ni

Ok, dah habis cover dalam bangunan, kita keluar pula. Ada kedai souvenir di tingkat bawah. Di luar bangunan, di bahagian belakang, ada nampak satu bangunan, kena naik tangga, yang ni tak pergi sebab ahli rombongan dah malas nak pergi. Hari sudah hujan renyai-renyai..

pameran kereta buatan Malaysia

kereta antik

Keliering (Tiang Pengebumian) 
tiang kubur rupanya..seramm..
 
Keliering yang berada di hadapan anda ini digunakan oleh kaum Sakapan dan Punan Bah pada zaman dahulu menjadi adat untuk menanam semula mayat mereka (dengan mengumpulkan tulang-tulang dari keranda) dan menyimpannya di dalam sebuah tempayan. Tempayan ini akan disimpan di puncak keliering atau diletakkan di kelilingnya dan didirikan jauh dari kediaman mereka.

Keliering-keliering ini dianggarkan berusia 200 tahun, telah dihadiahkan oleh kaum Sekapan (dari suku kaum Kajang) dan kaum Punan Bah dari daerah Belaga, ulu Sungai Rajang, Sarawak. Didirikan semula di sini pada I November 1979.

On the way, ke tempat letak kereta, ada satu lagi bangunan muzium..

 Muzium Etnologi Dunia Melayu
yang ni kena bayar lain, yang ni kami tak masuk 

Sekian, serba-sedikit catatan lawatan ke Muzium Negara. Menarik sebenarnya melawat muzium ni, banyak maklumat dan pengetahuan mengenai sejarah negara Malaysia yang boleh didapati di sini. Bagi generasi tua, tempat untuk ulangkaji subjek sejarah, bagi generasi muda, tempat untuk mengenali sejarah Malaysia.

Ada lagi yang menarik di sini..tungguuu..