Monday, 6 April 2020

Drama Review : Yanxi Palace : Princess Adventure

Drama review again..

Drama cina..Yanxi Palace : Princess Adventure. Sequel kepada drama mega hit the Story of Yanxi Palace. Drama ni kisah anak dayang istana yang berkahwin dengan Maharaja Qianlong of Qing Dynasty.


Drama ni cuma ada 6 episod saja, tak macam the Story of Yanxi Palace yang ada 70 episod. Best juga cerita ni dan costume semua sangat gorgeous. I like..

Cerita mengenai Princess Zhaohua, anak Wei Yingluo, dayang yang jadi Imperial Noble Consort, status tertinggi bagi gundik maharaja cina. Kisah dendam anak Fuheng, Fu Kang'an terhadap Wei Yingluo yang dah bunuh mak dia, Er Qing and menyebabkan bapa dia terbunuh sebab nak cari penawar untuk penyakit Wei Yingluo.

 Princess and mother

Recap drama Story of Yanxi Palace: Wei Yingluo dan Er Qing, dua-dua dayang kepada Permaisuri Fuca. Er Qing sukakan Fuheng, tapi Fuheng cintakan Wei Yingluo. Maharaja kahwinkan Fuheng dengan Er Qing tapi Er Qing telah khianat dengan suami dia. Berselingkuh dengan anak angkat mak Fuheng, hingga lahir Fu Kang'an. Fu Kang'an tak tahu yang dia anak luar nikah, fikiran asyik diracuni oleh bapa saudara (yang sebenarnya bapa dia sendiri).

 Princess Zhaohua dan Fu Kang'an
 
Princess Zhaohua juga dicemburui oleh Princess Siwan, anak Duke of Baarin yang duduk di istana sebab jadi anak angkat tok Princess Zhaohua. Dia dengan Princess Zhaohua membesar sama-sama tapi dia dengki dengan Zhaohua. Fu Kang'an guna Siwan untuk kenakan Zhaohua sebab nak balas dendam dengan Wei Yingluo.


Princess Siwan

Princess Zhaohua bertunang dengan putera Mongolia, Prince Chaoyong @ Lhawang Dorji.  Mula-mula Lhawang Dorji nak putus dengan Zhaohua, tapi Fu Kang'an cakap dia boleh tolong untuk buat Lhawang Dorji jatuh cinta dengan princess. Sebenarnya dia khianat, dia laga-lagakan Princess Zhaohua dan Princess Siwan.
 
 Princess Zhaohua dengan Lhawang Dorji

Princess Zhaohua sebenarnya tahu rancangan jahat Fu Kang'an dan Princess Siwan. Dia pun buat strategi untuk memerangkap mereka berdua. Wei Yingluo pun tahu yang Fu Kang'an nak balas dendam, dia pun buat strategi untuk beritau hal sebenar kepada Fu Kang'an dan tangkap saudara angkat Fuheng (bapa Fu Kang'an). Dang! Like mother, like daughter.

Mula-mula tu benci juga tengok perangai Princess Zhaohua yang macam spoilt brat..tapi sebenarnya ada sebab dia bersikap macam tu. 

Princess Zhaohua dalam pakaian pengantin

mengadap ayahanda bonda sebelum keluar istana ikut suami

Dengar khabar, akan ada Season 2..tak sabar nih, kena tunggu setahun lagi. Suka tengok perhiasan/costume dalam drama ni. 

Bagi mereka yang minat period drama, highly recommended drama ni..

24 comments:

  1. Banyak komplot dan balas dendam. Sayang tak tengok kalau tak mesti sama ketagih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..jd ketagih sbb tgk drama yg first tu..

      drama ni sikit je komplot & balas dendam sbb 6 ep je..yg 70 ep tu, perghh..bermacam-macam..

      Delete
    2. sumpah sedap cerita dia macam nak surud director dia sambung lagi... yang story of yanxi palace fuhh memang hebat gile... aq dh tgk semua episod tapi ad yang yanxi palace princess adventure 6 episod saje ... kesal sangat ada lagi yang tergantung tu...

      Delete
    3. Katanya ada season 2, akan ditayang tahun depan..story of yanxi palace mmg best..walaupun 70 ep..tak jemu nonton..tgk sampai habis..😀

      Delete
  2. Replies
    1. best..suka tengok pakaian & perhiasan..cantik..

      Delete
  3. Macam best.. pendek pula tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sequel kpd yg 70-episod drama..kena tengok dua2 baru best..

      Delete
  4. kalo drama cina klasik cemni suka gile baju2 diorang. cantik !!
    tapi da lama x layan citer cina. dok kdrama jee hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik2 baju & sulaman..perabot pun cantik..antik..

      Kdrama pun layan jg tapi mcm dah kurang sikit..

      Delete
  5. back then i love watching chinese drama as well.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last time chinese drama is popular but now has to compete with kdrama..

      Delete
  6. Film berlatar belakang kerajaan China seperti ini juga tontonan favorit saya.
    Saya catat judul filmnya, ya .. saya akan menontonnya.

    Terimakasih infonya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..recommended..nonton sekali drama prequel nya..Story of Yanxi Palace..

      Delete
    2. 🙏🙏 Thanks, kak

      Delete
  7. Akak suka cerita2 berlatar kerajaan silam..klasik.

    Sbb cara hidup & pakaian berbeza. Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..background, perabut,pakaian sangat menarik..antik & klasik..

      Delete
  8. Sampai laa ni cheq tak terlayan lagi cerita yang hit ni.....sebab dok melayan Kdrama 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg ni mmpelbagai tontonan drama..hihi..jepun, singapore..kdrama layan mana yg best..tapi byk jg yh best2..huhu..

      Delete
  9. Wow cerita klasik zman dolu

    ReplyDelete
    Replies
    1. best drama ni..cerita istana cina dolu2..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...