Fasa kedua PKP..semoga semuanya bertambah baik dalam masa dua minggu ni....amiin..
Dah tak nak update makan-makan luar, buat teringin je...hihi..so kita update jalan-jalan melawat Muzium Negara bulan October tahun lepas. Siapa tak pernah pergi Muzium Negara? Jom, jom..ikut saya, kita tengok apa yang ada di sana, di sana...
Muzium Negara ni letaknya di antara dua jalan, Jalan Bangsar dan Jalan Damansara. So, boleh ikut dua-dua jalan ni untuk masuk ke tempat letak kereta. Tempat letak kereta ni guna kad Touch n Go ya, so sediakan kad siap-siap.
Di kawasan tempat letak kereta ni pun dah ada objek pameran iaitu kepala keretapi lokomotif (steam train). Ada dua buah, boleh posing-posing di sini dulu.
Dah habis posing, jom ke bangunan utama, melalui pintu gerbang ni.
Pintu Gerbang Kota Kuala Kedah
Penerangan mengenai pintu gerbang
Biasalah kan pergi muzium ni, kena banyak baca-baca, kalau tak, tak dapat info.
bahagian belakang bangunan utama
pameran barang perhiasan tradisional
pelbagai jenis dacing - dacing cina dan india
barangan seramik
Ni pulak pameran zaman penjajahan Belanda, Portugis, Siam
laluan kedatangan Portugis ke Melaka untuk mencari rempah-ratus
betul ke? ngeh, ngeh...
Pintu Gerbang Kacapuri, Kota Kuala Kedah
kecik benor tulisannya
bunga emas - tribute to kerajaan Siam
Akhir sekali, ke Zon D, yang ni sohih, zaman sebelum merdeka hingga lah ke zaman Malaysia moden. Masa ni dah malas nak snap gambar cuma ambik gambar ni je.
Home guard di zaman darurat pada tahun 1948-1960
lamanya..12 tahun..perintah berkurung pada masa ni
Keliering (Tiang Pengebumian)
tiang kubur rupanya..seramm..
bahagian belakang bangunan utama
Lepas je dari pintu gerbang tu, terus ke bahagian belakang bangunan utama, so kena pusing kiri dan jalan ke bahagian depan bangunan yang mengadap Jalan Bangsar, untuk beli tiket masuk.
bahagian depan bangunan utama
salah satu landmark building di Kuala Lumpur
pintu utama, ada kaunter tiket
Tak ingat berapa harga tiket masuk, boleh check kat website, tak mahal sangat. Dah ada tiket, jom masuk..the adventure begins..
bangunan dua tingkat, ada 4 zon
Kita mula dengan Zon A, pameran mengenai zaman purbakala, kerajaan-kerajaan yang wujud di nusantara.
Manusia Perak
Dinding Pintu Istana Setul
#abaikan the chubby models..ahaks..
#abaikan the chubby models..ahaks..
sila baca
Tak ingat dah zon mana, tengok gambar je lah ya
Tak ingat dah zon mana, tengok gambar je lah ya
pameran barang perhiasan tradisional
pelbagai jenis dacing - dacing cina dan india
barangan seramik
Ni pulak pameran zaman penjajahan Belanda, Portugis, Siam
laluan kedatangan Portugis ke Melaka untuk mencari rempah-ratus
betul ke? ngeh, ngeh...
Pintu Gerbang Kacapuri, Kota Kuala Kedah
kecik benor tulisannya
bunga emas - tribute to kerajaan Siam
Akhir sekali, ke Zon D, yang ni sohih, zaman sebelum merdeka hingga lah ke zaman Malaysia moden. Masa ni dah malas nak snap gambar cuma ambik gambar ni je.
Home guard di zaman darurat pada tahun 1948-1960
lamanya..12 tahun..perintah berkurung pada masa ni
Ok, dah habis cover dalam bangunan, kita keluar pula. Ada kedai souvenir di tingkat bawah. Di luar bangunan, di bahagian belakang, ada nampak satu bangunan, kena naik tangga, yang ni tak pergi sebab ahli rombongan dah malas nak pergi. Hari sudah hujan renyai-renyai..
pameran kereta buatan Malaysia
kereta antik
Keliering (Tiang Pengebumian)
tiang kubur rupanya..seramm..
Keliering yang berada di hadapan anda ini digunakan oleh kaum Sakapan dan Punan Bah pada zaman dahulu menjadi adat untuk menanam semula mayat mereka (dengan mengumpulkan tulang-tulang dari keranda) dan menyimpannya di dalam sebuah tempayan. Tempayan ini akan disimpan di puncak keliering atau diletakkan di kelilingnya dan didirikan jauh dari kediaman mereka.
Keliering-keliering ini dianggarkan berusia 200 tahun, telah dihadiahkan oleh kaum Sekapan (dari suku kaum Kajang) dan kaum Punan Bah dari daerah Belaga, ulu Sungai Rajang, Sarawak. Didirikan semula di sini pada I November 1979.
On the way, ke tempat letak kereta, ada satu lagi bangunan muzium..
Muzium Etnologi Dunia Melayu
yang ni kena bayar lain, yang ni kami tak masuk
Sekian, serba-sedikit catatan lawatan ke Muzium Negara. Menarik sebenarnya melawat muzium ni, banyak maklumat dan pengetahuan mengenai sejarah negara Malaysia yang boleh didapati di sini. Bagi generasi tua, tempat untuk ulangkaji subjek sejarah, bagi generasi muda, tempat untuk mengenali sejarah Malaysia.
Ada lagi yang menarik di sini..tungguuu..
Assalamualaikum...dah lama saya tak ke muzium di Kuala Lumpur ni...
ReplyDeleteWaalaikumussalam..boleh singgah kalau ke Kuala Lumpur..
DeleteOo ada bangunan muzium baru. Saya pun dah lama tak pergi.
ReplyDeleteAda bangunan lain selain bangjnan utama..dulu tak perasan ada muzium etnologi dunia melayu..
Deletesangat menarik, mungkin bila saya ke kl
ReplyDeleteboleh masukkan dlm list saya..ahha
dulu memang suka melawat2 muzium ni, tak tahu knpa
stgh org ckp membosankan..tapi bg saya tgok juga muzium apa yg kita per
yg lg penting pengisian dia tu ahah
thank for share kak
betul, kena tengok jenis muzium jg..muzium negara ni best..
Deleteyou're welcome..
Pertama kali kesana zaman sekolah dulu2..biasa la kalau rombongan bdk2 sekolah..zoo negara, muzium,masa tu tempat2 canggih mcm putrajaya tak wujud lg..
ReplyDeleteseronok ikut rombongan sekolah..
Deletesaya pula masa sekolah rendah rombongan ke Penang..
I rarely went to museum but I'd love to
ReplyDeleteRecommended..esp National Museum..
DeleteLast pergi tahun lepas, bawak anak sedara masa cuti sekolah. Memang best tau. Lagi2 kat pameran istana zaman dulu2. Rasa macam dalam filem hang tuah. Haha. Kuat berangan aku ni
ReplyDeletekan..best sebenarnya melawat muzium negara ni..hihi..sesekali berangan dlm filem melayu..
DeleteLama betul saya tak ke muzium... Puluhan tahun juga... Terima kasih la bawak 'jalan2' melawat muzium ni nohas.
ReplyDeletesama2..hehe..bw budak2 jln2..tapi mereka main je banyak..
Deleteberdekad dah tak masuk muzium negara. hehehehee.. zaman kecik2 dulu kot. lupa dah.
ReplyDeletedah lama jg tak gi muzium ni...kali ni gi bw budak2..
Deleterasanya saya belum pergi ke Muzium Negara lagi
ReplyDeleteboleh gi kalau dtg KL..
DeleteMujur sempat beberapa kali ke muzium negara dulu2
ReplyDeletebanyak kali pergi Kak PI..
DeleteAdoi.. makin menarik.. Lama gila tak pergi Muzium nie..
ReplyDeletebyk yg menarik..kena gi lagi nih..hehe..
Deleteketapi ketapi tu tetap dan berpencen nampaknya disitu hehe..
ReplyDeletenampak gayanya mcm tu lah kan..hihi...hot spot utk photoshoot..
DeleteTunggu keadaan dah ok.balik Boleh la mama.dtg sini lg
ReplyDeleteSeronok gi muzium ni..
DeleteSaya selalu datang KL ,biasanya kalau ke taman botani/taman tugu mmg selalu singgah lalu tepi muzium,muzium dah banyak kali masuk. kadang2 ada pameran percuma di luar kan
ReplyDeleteOo..ada ye..tak pernah lg jumpa.. baru 3 kali gi muzium ni, yg 2 kali tu dah lama dulu, ni baru gi lagi..
Delete