Tuesday, 9 June 2020

Portmeirion - nama pinggan mangkuk dan resort di Wales

Selama ni hanya tahu pinggan mangkuk periuk belanga brand Pyrex, Corelle, Vision, Noritake, Royal Doulton, Queen Anne, dulu-dulu ada Arcopal, Arcorox..

Masa time PKP, ada kawan up gambar makanan di group whatsapp, then ada kawan lain komen ''wahh..portmeirion". Teman pun terfikir apalah ''portmeirion" ni. Baru pertama kali dengar. Rupanya nama brand pinggan mangkuk. Mulalah riki maklumat di internet. Begini rupanya design pinggan mangkuk Portmeirion..



Portmeirion botanic garden bread plate

 koleksi lengkap 'botanic garden'

 koleksi bunga-bungaan

Signature design pinggan mangkuk Portmeirion ni ialah border warna hijau tu, bila nampak je border ni, dah tau ni brand Portmeirion. Tapi ada juga yang takde border. Contohnya, design Pomona ni.
corak buah-buahan

Ada banyak design yang menarik, boleh check di internet. Terminat yang botanic blue. Harga ratus-ratus jugalah, sebab transport cost yang mahal. Dekat Shopee, banyak juga yang dah out-of-stock.

Masa bulan puasa haritu, tertengok satu program masak-masak di TV1 - Resepi VIP Glamor. Ada seorang Datin ni, dapur dia penuh dengan Portmeirion botanical garden. Daripada pinggan mangkuk sampaikan kepada kitchen towel, semuanya Portmeirion. Perghh..menjamu mata..

bersusun Portmeirion di belakang tu

pelbagai jenis Portmeirion

Barangan Portmeirion ni dikeluarkan oleh British pottery company di Stoke-on-Trent, England. Bapa kepada founder pottery company ni ada bina satu resort percutian bercirikan Itali di utara Wales yang dinamakan Portmeirion Village.

Portmeirion is a tourist village in Gwynedd, North Wales. It was designed and built by Sir Clough Williams-Ellis between 1925 and 1975 in the style of an Italian village and is now owned by a charitable trust. The village is located in the community of Penrhyndeudraeth, on the estuary of the River Dwyryd, 3.2 km south east of Porthmadog, and 1.6 km from Minffordd railway station.

Portmeirion Village is home to two hotels, a cluster of historic cottages, iconic architecture, a spa, stylish shops, award-winning restaurants, casual cafes, an Italian ice cream parlour, exotic gardens and sandy beaches.

 Portmeirion Village


Nak cuci-cuti mata bercuti secara maya di Portmeirion Village, boleh ke website portmeirion.wales. Suka pulak tengok resort ni. 

Kawan-kawan minat tak koleksi pinggan mangkuk Portmeirion ni? ke dah ada? Tak kisahlah kan pinggan mangkuk jenis apa, yang penting, masakan sedap dan halalan toyyiba.

Monday, 8 June 2020

Nona Nona

Dah lama tak jumpa dan tak makan buah ni..
dipanggil buah NONA....


Beli dua biji je

berulas-ulas, setiap ulas ada biji, rasa macam buah durian belanda, masam masam manis

Alhamdulillah, nikmat Allah swt


Friday, 5 June 2020

Nurungji 누룽지 = kerak nasi

Kalau masak nasi putih, ada kerak, selalu buat apa dengan kerak nasi tu? 

1. bagi makan burung/ayam
2. buang dalam tong sampah
3. bubuh air, rebus & makan
4. jemur, buat kerepek/inang-inang
5. buat gula-gula (candy)

Kalau anda pilih, no. 3 dan 5, anda adalah peminat drama Korea atau anything about Korea..hihi..sebab orang Korea depa suka makan kerak nasi yang dipanggil nurungji (scorched rice). Bubuh air ke dalam periuk yang ada kerak nasi, rebus sehingga mendidih dan jadilah bubur kerak nasi. Ada juga yang tambah taugeh. Sedap pulak tengok depa makan. Ke ada kawan-kawan yang suka makan kerak nasi? kalau hangit teruk, memang kita buang je kan..

Dalam program realiti Korea, Three Meals a Day : Fishing Village 5, selalu depa makan nurungji sebagai sarapan pagi. Nasi dimasak untuk makan malam, keraknya disimpan untuk buat bubur sebagai sarapan pagi keesokan harinya.

Three Meals a Day : Fishing Village 5

bubur kerak nasi kosong

 bubur kerak nasi ada taugeh

  hidangan sarapan nurungi, kimchi dan stew sayuran

 Sedap pulak tengok depa makan, teringin nak buat..hehehe..

Orang Korea juga buat gula-gula dengan kerak nasi. Pelik gak. Nurungji candy  termasuk dalam 10 weirdest candies from around the world by FoodNetwork
  Nurungji Candy

 Kerak nasi ni rupanya boleh diolah menjadi makanan hiliran yang mempunyai nilai komersil. Tak sangka kan.