Friday, 5 June 2020

Nurungji 누룽지 = kerak nasi

Kalau masak nasi putih, ada kerak, selalu buat apa dengan kerak nasi tu? 

1. bagi makan burung/ayam
2. buang dalam tong sampah
3. bubuh air, rebus & makan
4. jemur, buat kerepek/inang-inang
5. buat gula-gula (candy)

Kalau anda pilih, no. 3 dan 5, anda adalah peminat drama Korea atau anything about Korea..hihi..sebab orang Korea depa suka makan kerak nasi yang dipanggil nurungji (scorched rice). Bubuh air ke dalam periuk yang ada kerak nasi, rebus sehingga mendidih dan jadilah bubur kerak nasi. Ada juga yang tambah taugeh. Sedap pulak tengok depa makan. Ke ada kawan-kawan yang suka makan kerak nasi? kalau hangit teruk, memang kita buang je kan..

Dalam program realiti Korea, Three Meals a Day : Fishing Village 5, selalu depa makan nurungji sebagai sarapan pagi. Nasi dimasak untuk makan malam, keraknya disimpan untuk buat bubur sebagai sarapan pagi keesokan harinya.

Three Meals a Day : Fishing Village 5

bubur kerak nasi kosong

 bubur kerak nasi ada taugeh

  hidangan sarapan nurungi, kimchi dan stew sayuran

 Sedap pulak tengok depa makan, teringin nak buat..hehehe..

Orang Korea juga buat gula-gula dengan kerak nasi. Pelik gak. Nurungji candy  termasuk dalam 10 weirdest candies from around the world by FoodNetwork
  Nurungji Candy

 Kerak nasi ni rupanya boleh diolah menjadi makanan hiliran yang mempunyai nilai komersil. Tak sangka kan.

26 comments:

  1. nntila wak check dgn bini wtpe dgn kerak nasi tuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kalau guna rice cooker, jarang ada kerak..

      Delete
  2. Oh, unik sekali kerak nasi diolah jadiNurungji Candy ...
    Seperti apakah rasanya itu, kak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngga pernah coba, mngkin enak rasanya setelah diolah..

      Delete
  3. Akak suka mkn kerak nasi dari mula mengandung anak pertama smp skrg..kdg2 saja biarkan lama diatas dapur supaya berkerak..mkn panas2,garing..fuhh nikmatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.ya ke..masa kecik2 dulu, takde rice cooker, selalu ada kerak..cicah gulai..

      Delete
  4. jarang ada kerak nasi. br tau kerak nasi blh dikomersial

    ReplyDelete
  5. DULU2 KERAK NASI DIJEMUR DIJADIKAN KUIH BEPANG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya disira gula kan kak..rangup..

      Delete
  6. Selalu makan je kerak nasi sebab tak terlalu keras.
    Oh baru tahu buat gula-gula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekadang ada jenis kerak melekat kat periuk esp kalau masak nasi guna dapur gas/kayu..

      ha'ah..akk pun baru tau jg..

      Delete
  7. selalu jugak rasanya dengar makanan ni sebab suka tgk rancangan korea, hehe. Tapi tak pernah try lagi. Saya kalau ada nasi lebihan memang suka buat bubur pon, cuma bukan kerak je la saya guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya org Korea je kot yg buat sup kerak nasi..bubur nasi + lauk pauk..sedapnya..

      Delete
  8. kalau org Indonesia semua dimanfaatkan walaupun kerak...jemur boleh bepang pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kan..boleh diolah buat bepang pula..

      Delete
  9. dijemur,,
    enggak tau tapi dibuat apa

    ReplyDelete
  10. eh macam nampak sedap pulak. Nak tengoklah nanti. kalau kerak teruk tu buang je. kalau sipi sipi tu makan jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nmpk mcm sedap je bubur kerak nasi..betul, kalau dah hitam tu kita buang je kan..

      Delete
  11. akak suka kerak nasi, letak kuah dan makan saja, tapi tengok boleh buat bubur tu mungkin boleh dicuba nanti nampak macam sedap je tu dan pastinya tiada pembaziran sebab kerak nasi juga boleh digunakan untuk dimakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2 cicah kerak nasi dgn kuah gulai..betul, takde pembaziran, boleh buat bubur..nampak sedap je depa makan..hehe..

      Delete
  12. walaupun saya peminat korea tapi saya kenot go nurungji ni.
    dah cubaaa da tapi ohoo kenot telan haha.. x faham macma mana depa suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. beras mereka sedap kot..bila jd kerak, sedap dimakan...tak pernah try lg..ada kerak sikit2 je..

      Delete
  13. Selalu tengok Three Meals tu.. Nak buat juga tapi asyiklah lupa.. Hehehe.. selalu juga nasi jadi berkerak walaupun masak dalam rice cooker.. Nak cuba jugalah nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk teringin jg nak buat..tapi kerak nasi sikit je, kena masak dapur gas kalau nk byk kerak..let's try..hehe..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!