Tuesday, 16 June 2020

Sour Candy

- Selamat malam -

gula-gula pengubat stress, mula-mula masam yakamat, sampai merenyit-renyit mata menahan rasa masam, lepas tu rasa manis pun menjelma



 masam-masam manis

extremely busy minggu ni, masih di pejabat..huhu..esok kita ke ladang..

Sunday, 14 June 2020

Memorabilia - Fridge Magnet

Salam semua..

Saya rasa mesti ramai yang suka kumpul pelekat peti ais - Fridge Magnet. Souvenir popular yang selalu dibeli sebagai kenangan bercuti di dalam atau di luar negara..untuk koleksi sendiri dan juga sebagai ole-ole untuk saudara-mara dan teman-teman..

Koleksi pelekat peti ais di rumah..
hampir penuh, masih ada ruang lagi
kebanyakannya beli sendiri, ada juga yang orang bagi

bahagian atas dah penuh 

 FM negara sendiri mesti kena ada..hihi..

Arab Saudi pun ada FM - kakak beli masa buat umrah 
koleksi terbaru (tahun 2019) - FM Surabaya (warna biru)

 beli di Mekah Al-Mukarramah

dulu suka juga susun-susun, FM yg baru letak bahagian atas, yg lama letak kat bawah, sekarang ni dah malas, dah tak kisah..bior je lah..

Happy weekend semua..

Friday, 12 June 2020

Co-Living : Any takers?

Bulan lepas,  kita cerita tentang co-working space/serviced office. Konsepnya, syarikat berlainan bekerja dalam satu ruang pejabat, berkongsi kemudahan yang sama. 

Kali ni nak story tentang co-living pula. Konsepnya, sewa bilik dalam satu bangunan dan berkongsi dapur, common area dan kemudahan dengan penyewa lain. Ada juga yang berkongsi bilik air dan tandas (shared bathroom). Selalunya untuk tempoh sewa yang panjang, paling minima 3 bulan.

Konsep ni sudah mula diterima di luar negara. Kebanyakan penghuninya ialah golongan millenials, professional muda, the jetsetters.

Sebenarnya konsep co-living ni dah ada sejak zaman P. Ramlee lagi, yang kita tengok dalam filem Masam-Masam Manis..hehe..

bilik Cikgu Shaari berjiran dengan bilik Norkiah

Dalam filem ni, bangunan macam rumah pangsa, ada corridor, bilik-bilik sewa di sepanjang corridor, dapur dan bilik air di bahagian hujung corridor. Setiap bilik disediakan katil, kerusi meja tulis dan almari baju.

Takdelah baru konsep ni kan, cuma diperkenalkan semula dengan pelbagai kemudahan yang menceriakan kehidupan penyewa-penyewa. Konsep ni ada pros dan contra nya..

Yang best ialah 'hassle-free' - ''one bill pays all'', takyah fikir-fikir nak bayar bil elektrik/air, wi-fi, cukai pintu, maintenance fee, semuanya sudah ditanggung oleh bayaran sewa. Lagi satu, penyewa cuma jaga kebersihan dalam bilik sendiri saja, yang lain-lain caretaker yang uruskan. Ada juga yang tawarkan room service.

Yang tak bestnya - takde privacy, nak kongsi dapur, kongsi bilik air. Bagi kita yang pakai tudung ni, lagilah tak best, nak masak, nak mendobi, kena pakai tudung segala. Memang tidak sesuailah konsep ni untuk kita.

Bila check maklumat di internet, rupanya di Malaysia pun dah ada yang menawarkan perkhidmatan co-living ni. Salah satunya ialah Co-Coon Co-living @ Damai Residence di Ampang Hilir. Co-Coon juga menawarkan co-working space dalam  bangunan yang sama, maknanya tempat kerja dan rumah kediaman dalam satu bangunan - Co-Live and Co-Work.


main communal area

sky deck 
bilik saja

 
bilik dengan ensuite bathroom

Lokasi 'co-living' yang lain di Lembah Klang ialah The Hatchery Place, Sama Living and JL Co-living.

Co-living di atas ialah yang jenis high-end, yang sewa bulanan RM800 keatas. Bagi golongan bujang B40, mereka juga ada pilihan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada sediakan bilik sewa untuk golongan bujang B40 dengan kadar sewa RM100 sebulan. Projek yang dinamakan Perumahan Bandar ini menyediakan 135 bilik untuk fasa pertama. Kalau di Korea Selatan, bilik-bilik sewa murah ni dipanggil 'goshiwon'.


Program ini berkonsepkan perkongsian ruang dengan setiap tingkat kediaman setinggi tujuh tingkat itu mengandungi empat hingga lima unit ruang ‘shared space’ berkeluasan tujuh meter persegi setiap unit yang mengandungi tiga hingga enam katil berserta almari. Antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas. Yang ni tidak dibenarkan memasak, dapur pun takde, ada pantri sahaja.

ok, jom kita tengok co-living space di luar negara. 
 
Tree House di Seoul, Korea Selatan direkacipta oleh Bo.Daa Architecture dengan konsep co-living yang harmoni. 72 unit apartment dalam 7-tingkat bangunan, mengelilingi courtyard yang kehijauan. The communal area - the courtyard, the main kitchen, the laundrette. Penyewa juga dibenarkan bela haiwan peliharaan.


Tree House


the courtyard

 berkongsi dapur

slanting window untuk pencahayaan maximum
operable shade untuk privacy 

gambar-gambar oleh BoDaa.Architecture

The design of the Tree House, as Bo.Daa states, centers on this premise: “Community is not forced but coaxed: each unit is designed for a single person with private bath and kitchenette, and residents only share amenities where larger scale and community make for a better experience,” pointing to an attitude of balance that is integral to the design DNA.

Zaman millenium ni macam-macam phrase yang keluar - SOHO, SOFO, co-working, co-living - manusia semakin kreatif. Apa-apapun, traditional house juga yang best..landed property.