Thursday, 15 July 2021

Minuman di musim PKP

Kalau bekerja di pejabat, setiap pagi saya mesti nak minum kopi. Tak kisahlah nescafe ke, indocafe ke, apa yang ada di pantri, yang company sediakan..kita bancuh dan minum..

Bila Bekerja Dari Rumah time PKP ni, amalan tu nak juga diteruskan..kalau tak rasa lemau je badan..hehe. Tapi di rumah, kakak dan mak tak minum kopi, stock kopi dah masuk angin, dah jadi keras. 

So, beli kopi yang kita suka..brand nescafe..simpan stock di rumah..

forever favourite - nescafe classic original
starbuck caffe verona tu saja nak try
 
starbucks bancuh sendiri
home-cafe katanya
harga RM20, dapat bergelas-gelas..Americano..
 
nescafe latte mocha..creamy & chocolatey
rasa coklatnya menenggelam rasa nescafe
tak best, tak rasa kopi, more to choc drink
 
nescafe latte caramel...sedap..
hadiah dari Nina, mama Harraz
blogger Cik Suka Taip
 
Sebab suka layan drama cina dulu-dulu, tengok depa asyik minum teh je, kita belilah teh hijau ni di kedai arab..

jenis daun..leceh nak kena tapis
 
Beli soya drink ni sebab tengok ada arang..biar betul, minum arang??
 
tak terasa arangnya
 
Petang tadi, dapat lagi sekotak barangan kering. Kali ni disponsor oleh PPZ/MAIWP/Malakoff, Alhamdulillah..dihantar oleh abam-abam Pertahanan Awam
 
minuman free - milo, teh lipton, kopi hang tuah 
 
yang ni pula bukan minuman, tapi comfort food, stress reliever..
 
sedap..padu dengan rasa mentega kacang
 
 
Apa pun yang diminum, air putih jangan dilupakan, 8 gelas sehari
 
semoga kita baik-baik saja, tak nak stress-stress..

Tuesday, 13 July 2021

Update kisah PKPD

Sambung entry Khemah dibelakang rumah...#PKPD..

PKPD mula hari Sabtu 03.07.21. Pagi Ahad dah langgar peraturan. Tetiba malamnya depa bubuh kawad besi di bawah tali kuning tu. Ramai yang bolos kot..termasuklah saya..haha..ambek ko..

kawad besi dibawah tali kuning
 
satu lagi khemah, untuk proses bantuan makanan
 
Dah seminggu terperuk dalam rumah, pagi Ahad baru ni, keluar nak beli barang. Baru tahu yang setingkat dengan rumah saya, 4 buah rumah yang ada tampal notis kuarantin, OMG..
kat ground floor ada 1 buah...
 
Kali ni ikut peraturan, pergi ke pos kawalan untuk lapor diri nak keluar kawasan.
 
lapor diri di sini
 
Kena tinggal kad pengenalan, depa bagi kad keluar masuk
 

 tengok petugas sibuk mengurus bantuan
 
 
 
Petang hari Ahad, dapat sekotak barang, depa letak tepi pintu
haritu ada orang ambik nama mak saya, ni termasuk dalam
kategori warga emas..Alhamdulillah..
 
beras & mi segera pun dapat..Alhamdulillah..
 
Semalam hari Isnin..ada pengumuman suruh semua penduduk buat swab test di blok sebelah..
bagi masa 1 jam je, maka beramai-ramai lah turun..
tetiba tak jadi, sebab ramai sangat belum habis test
 
pos kawalan di jalan masuk

bekalan barangan basah..ayam & ikan
tak jadi buat swab test, lapor diri kat sini, dapat seekor ayam
segan den, mak saya lah, nak juga pi ambik..haha..
tapi pakai mask takde lah segan sangat..hihi..

nampak dalam whatsapp group, kawasan rumah masuk rancangan MHI, ada lintas langsung..
harap berakhirlah PKPD ni seperti dijadualkan hari Jumaat ni..

#staysafe  #kitajagakita

Sunday, 11 July 2021

Royale Chulan Kuala Lumpur

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu..

Dengar berita yang Hotel Istana dah nak ditamatkan operasi. Terkesan dengan pandemik Covid-19. Tak dapat bertahan lagi..

Kenangan di Hotel Istana..dalam entry Sua Sue Kemoning Istimewa Raja.

Kali ni nak review satu hotel resort di kota metropolis Kuala Lumpur.

Royale Chulan Kuala Lumpur.

Kenapa resort hotel? 

Sebab senibinanya ala-ala resort, senibina Melayu-Terengganu, dihiasi dengan ukiran kayu..

Hotel 5-bintang di Jalan Conlay ni ada dua pilihan, ada bilik hotel dan juga apartment servis. Jumlah kesemuanya ialah 402 bilik.

Jom tour hotel...suka interior pun Malay-inspired architecture..banyak kemasan kayu, ukiran kayu...

main entrance
 
lounge
 
reception
 
cafe
 
Laman Mahsuri
 
Jom tengok bilik hotel..semua ni ialah suite room..
 
cool..ada balcony..
 
jengok ke bawah 

swimming pool
 
 jom ke apartment servis

laluan ke bilik-bilik apartment
 
 
antara restoran yang ada di sini
 
TaiPing Chinese Restaurant & Bunga Emas
 
Jom keluar..ke tengah kawasan..
 
swimming pool

Royale Chulan Kuala Lumpur diantara hotel milik syarikat Bumiputra yang ada di tengah kotaraya. Semoga dapat bertahan..