Sambung entry Khemah dibelakang rumah...#PKPD..
PKPD mula hari Sabtu 03.07.21. Pagi Ahad dah langgar peraturan. Tetiba malamnya depa bubuh kawad besi di bawah tali kuning tu. Ramai yang bolos kot..termasuklah saya..haha..ambek ko..
kawad besi dibawah tali kuning
satu lagi khemah, untuk proses bantuan makanan
Dah seminggu terperuk dalam rumah, pagi Ahad baru ni, keluar nak beli barang. Baru tahu yang setingkat dengan rumah saya, 4 buah rumah yang ada tampal notis kuarantin, OMG..
kat ground floor ada 1 buah...
Kali ni ikut peraturan, pergi ke pos kawalan untuk lapor diri nak keluar kawasan.
Kena tinggal kad pengenalan, depa bagi kad keluar masuk
tengok petugas sibuk mengurus bantuan
Petang hari Ahad, dapat sekotak barang, depa letak tepi pintu
haritu ada orang ambik nama mak saya, ni termasuk dalam
kategori warga emas..Alhamdulillah..
beras & mi segera pun dapat..Alhamdulillah..
Semalam hari Isnin..ada pengumuman suruh semua penduduk buat swab test di blok sebelah..
bagi masa 1 jam je, maka beramai-ramai lah turun..
tetiba tak jadi, sebab ramai sangat belum habis test
pos kawalan di jalan masuk
bekalan barangan basah..ayam & ikan tak jadi buat swab test, lapor diri kat sini, dapat seekor ayam
segan den, mak saya lah, nak juga pi ambik..haha..
tapi pakai mask takde lah segan sangat..hihi..
nampak dalam whatsapp group, kawasan rumah masuk rancangan MHI, ada lintas langsung..
harap berakhirlah PKPD ni seperti dijadualkan hari Jumaat ni..
#staysafe #kitajagakita