Assalamualaikum..selamat berhujung minggu..
Petang hari Khamis lepas, #masih lagi pkpd..dapat panggilan telefon.
Orang yang telefon tu tanya saya positif ke negatif...haha..blur sekejap..lepas tu sendiri faham, dia tanya tentang covid..hehe..bila cakap negatif, dia suruh ambik parcel kat kawasan khemah, van tak boleh masuk kawasan pkpd...
Sibuk petugas cari parcel, rupanya belum sampai ke khemah, masih lagi dalam van penghantaran. Sebab bukan van pos laju, masa lalu depan van tu, tak ambik port, menonong je ke khemah. Lastly, depa suruh tanya kat orang van, baru ada..
the parcel
Sebelum tu, Ujie, tuanpunya blog Titian Perjalanan ada e-mel, inform yang parcel dah dihantar. Alhamdulillah, yang ditunggu sudah tiba, dah selamat sampai di tangan.
Hadiah Top Commentator blog Titian Perjalanan
beg kecik warna biru tua, sebuah novel, poskad, badge, rantai kunci
Alhamdulillah, terima kasih Ujie. Hadiah yang lovely and I love it
Novel bertajuk Guru Aini oleh Andrea Hirata dan poskad & badge dari novel yang sama
Alhamdulillah, pertama kali membaca hasil karya Andrea Hirata. Sukaaa..dah baca sikit, memang best novel ni..novel berbentuk motivasi...mengenai perjalanan dan rintangan seorang remaja yang menjadi guru Matematik di sebuah kampung pendalaman di sebuah pulau kecil. Poskad tu menggambarkan perjalanan guru tersebut dari rumah dia di Palembang Sumatera untuk sampai ke kampung tempat dia mengajar. Nanti kita buat ulasan buku ni..InshaaAllah..
Kepada Ujie @ Fauziah, terima kasih diatas kiriman hadiah ini, I will use it well. Semoga Allah swt melapangkan rezeki anda berdua dan mengabulkan semua doa..amiin..