Saturday, 24 July 2021

Sushi Melayu

Cerita hari Sabtu lepas...

Yeahh, yeahh..dah terlepas dari kurungan, kita terus pergi main jauh-jauh...lepas dendam...hehe..

Pergi Gombak. Sambung urusan nak buka akaun bank, cerita dalam entri Sesekali ke kedai Arab Mahnaz Foods.

Dah selesai hantar borang kat Setiausaha, tengok kat jalan depan rumah dia, ramai orang berjualan..

Taman Gombak, Batu Caves, Selangor
 
Nampak gerai ni..macam menarik, ada jual sushi, dimsum, roti kukus
 
singgah di sini
 
roti kaya kukus
3 biji RM5.00

pertama kali tengok sushi topping macam ni
ada topping nugget, topping ramen pun ada
 harga satu RM1.00 je

dim sum, harga singgit juga
 
gerai jual air tebu & air kelapa
teringin lak air tebu, beli juga air tebu
 
Mari tengok hasil belian di Taman Gombak, buat minum petang

roti kukus, inti kaya
oklah, sebab kukus, lembut rotinya
 
topping ramen tu yang paling win
sedap juga sushi ni, topping yang banyak mayo
 
yang setongkol atas sushi tu ialah jejari ketam

pengalaman yang berbeza, 
 takyah cicah kicap atau wasabi, topping dia memang dah terasa

dim sum - masin sikit
 
Masa jalan-jalan cari durian di Taman Dato Senu, nampak ada yang jual sushi seringgit. Tengok dari jauh je, tak singgah. 
 
Lepas ni dah tahu kat mana nak cari sushi melayu, takyah gi jauh-jauh dah..bantu peniaga kecil-kecilan..

Wednesday, 21 July 2021

Tamatnya PKPD pada detik 12 malam

Allahu Akbar, Allahu Akbar..walillahilhamd..

Syukur kepada Allah swt kerana dapat menyambut Hari Raya Aidil Adha tanpa dikurung..tanpa kawat bergulung lagi berduri..PKPD dah tamat..

Disebabkan kes-kes sebegini ialah kes terpencil dan pemandangan sebegini juga amat jarang kita nampak (minta dijauhkan/tiada lagi), so nak abadikan disini momen-momen detik 12 malam hari Jumaat lepas..16.07.2021.

#gambar dan video daripada whatsapp group penduduk.

khemah askar yang pertama lenyap
berdisplin betul askar ni
 
tiga khemah putih masih tegak berdiri
 
khemah pos pengawal di jalan masuk sedang dirungkai
 
abam-abam askar sedang menggulung kawat berduri
terima kasih frontliners, menjaga kami selama 2 minggu

Untuk meraikan tamatnya PKPD, adalah juga yang bakaq mercun dan bunga api, ada yang menjerit, yang berteriak...biaq pi lah kat depa, depa stress tu, dah 2 minggu berkurung...rasa lega sesangat..
 
Tapi suasana taklah semeriah macam kat Mentari Court di PJ sana, yang tu meriah betul, ramai penduduk, dekat nak 8,000 orang, gegak-gempita bersorakan, seperti host tu cakap, suasana macam kat Itali, selepas menang Euro Cup..
 
video kenangan tamatnya PKPD
 
Semoga PKPD tidak berulang lagi di sini atau di mana-mana saja, semoga negeri kita bergerak ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara..semoga kita dapat hidup seperti dulu, bebas ke sana ke sini..
 
#staysafe   #patuhSOP

Tuesday, 20 July 2021

Salam Aidil Adha 1442H


Salam Aidil Adha kepada seluruh Muslimin Muslimat

 

Semoga bergembira disamping keluarga tersayang