Friday, 6 August 2021

Ratu Musang...si hitam manis pun ada..

Salam Jumaat

dah tak dapat menahan..baca dalam blog Ako..

teruih pi cari..

Durian Tekka @ Musang Queen
 
Nikmatnya, durian tekka ni, seperti yang digambarkan
lemak manis, isi tebal, biji kecil, halus isinya
puas hati, dah jadi my feveret
 
Dah lama tak makan manggis
beli manggis juga
 
putih bersih isinya
 
 Jom buat ujian
depa kata kalau nak tau berapa ulas isi manggis 
tengok dekat tamput kat bawahnya
 
dari kiri - tujuh, lima, enam tampuk
 
ambik yang lima tampuk
 
betul..ada lima ulas dalamnya
Subhanallah..Allah Maha Pencipta..

 Musim buah-buahan tempatan dah semakin hampir melabuhkan tirai...

buah langsat yang last kan..

enjoy it sementara ada..wallahu'alam..

Wednesday, 4 August 2021

AED

Salam semua, salam bulan Ogos..
 
Selamat datang bulan kemerdekaan..
 
Baru bersiaran. Kali ni kita cerita tentang AED. Apa tu AED?
 
AED stands for Automated External Defibrillators...alat luaran untuk merangsang jantung supaya kembali berdenyut, lebih kurang macam tulah maknanya..
 
A portable, life-saving devices designed to treat people experiencing sudden cardiac arrest, a medical condition in which the heart stops beating suddenly and unexpectedly. AEDs are designed for use in adults, and commonly deliver between 150 Joule and 200 Joule using a biphasic waveform.
 
Joules are the amount of energy an automated external defibrillator, or AED, delivers in a life-saving shock to the heart of a victim of sudden cardiac arrest (SCA).
 
Sekarang ni banyak bangunan dah ada install AED untuk kegunaan awam..serangan jantung boleh berlaku dimana-mana..

KL Sentral
 
AED di Sunway Putra Mall

di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)
 
perkara yg perlu dilakukan bila nampak ada orang kena
serangan jantung
 

Kalau tengok medical drama, memang banyak scene guna alat ni. Ada juga kes, pesakit dah declare secara bertulis, tak nak diresusitasi kalau terjadi kes denyutan jantung terhenti.

Jagalah kesihatan jantung kita..

Thursday, 29 July 2021

Sup Siam Daging Korban

Alhamdulillah, hari Rabu lepas, 

dapat daging korban..

dapat sekali dengan serbuk gulai daging brand adabi
 
Menu pertama daging korban ialah sup ala-ala Thai
sup Thai ni sedap, masam-masam sikit..
 guna perencah sup siam adabi
 
sup daging dengan kentang
 
jiran pula bagi masak lemak daging dengan rebung
 
sedap masakannya
 
Alhamdulillah, syukur..rezeki