Update entry Tumbuh...kisah tapak semaian di rumah jiran..
Dah ada bentuk pokok, dah keluar daunnya
rasanya tak lama lah kat sini
Update entry Tumbuh...kisah tapak semaian di rumah jiran..
Dah ada bentuk pokok, dah keluar daunnya
rasanya tak lama lah kat sini
Salam semua, semoga sihat walafiat..
Kisah pandemik Covid-19 masih belum berakhir. Hari Ahad dapat tahu yang sorang officemate positive covid. Hari Isnin, office tutup sebab kena sanitize...
Semalam pula, seorang lagi officemate dalam satu group disahkan positif. Makanya, HR suruh 4 orang ahli group yang lain buat swab test PCR termasuklah ahkak. Ini kali kedua buat swab test. Pertama kali dulu masa nak kena operate bulan 8 tahun lepas..
Teman malas nak gi jauh-jauh, pergi Hospital KPJ Tawakkal je sebab dekat dengan office, dekat dengan rumah, lagipun best, ada outlet Ayamas, dekat dengan Baker's Cottage, Restoran Haslam...ehehe..
Di hospital ni, boleh walk-in, boleh drive-thru. Sebab ahkak dah parking kat tempat lain, so kita ke bahagian walk-in...
Salam hari Selasa..
Hari Ahad lepas, jalan-jalan ke Pavillion, nak ke Samsung outlet. Hajat hati nak beli handphone baru (masih setia dengan Samsung..ommo). Handphone lama memori sikit sangat, 16GB je. Beli pada tahun 2016.
Ingatkan outlet Maxis ada lagi di Pavillion, senang kalau kena tukar sim card, terus je pergi..rupanya dah takde. So, sebelum tukar handphone, kita makan dulu...guna MySejahtera..
Pilihan hati ialah restoran Arab Al-Halabi di tingkat 7, Pavillion. Tingkat 7 ialah Dining Loft. Ada 5 restoran di tingkat ni.