Thursday, 14 October 2021

Update : Dah nampak pokoknya

Update entry Tumbuh...kisah tapak semaian di rumah jiran..

Dah ada bentuk pokok, dah keluar daunnya

rasanya tak lama lah kat sini

Wednesday, 13 October 2021

Swab Test kali ke-2

Salam semua, semoga sihat walafiat..

Kisah pandemik Covid-19 masih belum berakhir. Hari Ahad dapat tahu yang sorang officemate positive covid. Hari Isnin, office tutup sebab kena sanitize... 

Semalam pula, seorang lagi officemate dalam satu group disahkan positif. Makanya, HR suruh 4 orang ahli group yang lain buat swab test PCR termasuklah ahkak. Ini kali kedua buat swab test. Pertama kali dulu masa nak kena operate bulan 8 tahun lepas..

Teman malas nak gi jauh-jauh, pergi Hospital KPJ Tawakkal je sebab dekat dengan office, dekat dengan rumah, lagipun best, ada outlet Ayamas, dekat dengan Baker's Cottage, Restoran Haslam...ehehe..

Di hospital ni, boleh walk-in, boleh drive-thru. Sebab ahkak dah parking kat tempat lain, so kita ke bahagian walk-in...

tempat scan QR code dan isi Google form
kena isi borang fizikal juga 
 
Bayaran untuk ujian PCR ialah RM250, keputusan dapat dalam masa 24 jam.
Ujian RTK pun ada, harga RM150 je
 
bilik untuk ambil sample 
perit juga kena jolok hidung dan kerongkong
 
Lepas dah habis, terus balik rumah, kena kuarantin dalam bilik.
takde mood nak sambung kerja WFH..
 
Keputusan pun dah keluar, Alhamdulillah...negatif..
Esok dah boleh masuk pejabat..hari ni WFH...

Tuesday, 12 October 2021

Al-Halabi @ Dining Loft, Pavillion

Salam hari Selasa..

Hari Ahad lepas, jalan-jalan ke Pavillion, nak ke Samsung outlet. Hajat hati nak beli handphone baru (masih setia dengan Samsung..ommo). Handphone lama memori sikit sangat, 16GB je. Beli pada tahun 2016. 

Ingatkan outlet Maxis ada lagi di Pavillion, senang kalau kena tukar sim card, terus je pergi..rupanya dah takde. So, sebelum tukar handphone, kita makan dulu...guna MySejahtera..

Pilihan hati ialah restoran Arab Al-Halabi di tingkat 7, Pavillion. Tingkat 7 ialah Dining Loft. Ada 5 restoran di tingkat ni.

Dining Loft di tingkat 7 @ Pavillion KL
 
Restoran Arab Al-Halabi
 
Restoran lain yang ada di sini - Serai, Al-Amber, Rocku & Village Roast Duck
 
Restoran Cina Muslim Al-Amber
 
Restoran Serai & Village Roast Duck
 
Restoran Jepun Rocku
 
 
Restoran Al-Halabi ni cantik dekorasinya. Mula-mula tu waiter bawa ke bahagian yang berambu-ramba ni.  
 
 
Dah order makanan, jom kita shooting. Takde orang, seronok jadi pelanggan yang pertama. Bahagian ni split-level, yang diatas dah direserve.
 

radio antik
 
set teko antik
 
backgammon board game set
 
lampu antik
 
view dari tempat duduk
 
Walaupun cantik tapi bahagian ni panas sikit, so kita pindah tempat ke bahagian dalam, dekat dengan kaunter. Dekorasi ala-ala timur tengah..

baru terasa di restoran arab..haha..
 
Jom tengok apa yang diorder..hehe..semua rasa masam..
 
Fetush Al-Halabi and Wara Ainab
minuman - Iced Lemon Tea
 
Salad Fetush Al-Halabi
 
Wara Ainab
daging dibalut dengan daun anggur
 
bergelut juga nak habiskan semua makanan, sebab semuanya rasa masam..salad tu bolehlah tahan lagi, yang wara ainab tu masam giler..Alhamdulillah, dapat juga habiskan..
 
cukuplah sekali order yang ni. Kalau makan di sini lagi, order yang biasa-biasa je lah, nasi arab, kebab atau roti nan...hihi..