Thursday, 25 November 2021

Kampung Bharu

 Kampung Bharu from above...

Masjid Jamek Kpg Bharu 

mungkinkah landskap ini akan berubah di masa depan?

Menara Daruzzakah sedang dalam pembinaan

antara 2 darjat
 
Kampung Bharu ialah kampung Melayu yang masih kekal di tengah-tengah kotaraya metropolitan Kuala Lumpur
 
Lokasinya yang strategik menjadikan kawasan ini tumpuan beberapa pemaju hartanah untuk projek pembangunan, tapi sehingga kini masih tidak berubah.
 
Dah beberapa kali pilihanraya, antara manifesto YB-YB ialah 'akan mempertahankan Kampung Bharu'..
 
entahlah, harap yang terbaik untuk kampung ni...

Monday, 22 November 2021

Jambu Susu

Assalamualaikum...salam petang Isnin..

Busy like a bee, Alhamdulillah, rezeki. Tapi itulah kan, nak ambik cuti, tapi rasa stress bila banyak kerja. Semuanya dateline bulan 12, sebelum hujung tahun..

OKlah, nak cerita, terjumpa jambu susu di pasar UTC Sentul..lamanya tak nampak jambu ni..dah tak ingat bila kali terakhir makan jambu ni..

Rasanya minggu lepas, blogger Cik Nur tunjuk gambar jambu susu beli kat pasar tani..

buah namnam (katak puru) dan jambu susu 
harga jambu susu - RM8.00/kg, namnam - RM10/kg
 
Alhamdulillah, rezeki. Teman pun belilah 2 biji. 
Balik rumah, cicah sambal kicap..
 
rasa masam-masam kelat
 
Alhamdulillah, kembali memori rasa jambu susu..