Sambung dari entry semalam..Masih di Tiffin At The Yard @ Sentul Depot.
Kita ke bahagian restoran. Konsep gerai @ foodstall. Ada pelbagai tema gerai - Mexico, Korean, Middle east, Italian, seafood..
Sambung dari entry semalam..Masih di Tiffin At The Yard @ Sentul Depot.
Kita ke bahagian restoran. Konsep gerai @ foodstall. Ada pelbagai tema gerai - Mexico, Korean, Middle east, Italian, seafood..
Sabtu. 1.1.2022. Selamat Tahun Baru.
Hari yang sejuk..dari pagi hujan, membawa ke petang. Seharian cuaca mendung. Rasa nak bermalas-malas dirumah je. Takleh jadi, kena keluar juga..dah lama nak pi sini...Sentul's best kept secret..acah-acah celebrate new year..hehe..
Lokasinya dimana ya? di sini...
di Syurga bersama kalian..tanyalah tentangku..
...............................
Salam Jumaat..sayyidul ayyam...
Perkongsian di hari terakhir 2021..semoga bermanfaat..
إن لم تجدوني في الجنة بينكم ، فاسألوا عني فقولوا : يا ربنا عبدك فلان كان يذكرنا بك
"Seandainya kalian tidak menemui aku di syurga bersama kalian, tanyalah tentang ku. Sebutlah: Wahai tuhan kami. Hamba mu si fulan pernah mengingatkan kami tentang mu"
Perkataan ini selari dengan sebuah hadis sahih yang sangat panjang berkaitan hari kiamat.
Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya. Manusia-manusia beriman akan memohon dengan bersungguh-sungguh kepada Allah untuk memperjuangkan hak saudara mereka yang berada di neraka.
Mereka berkata: Tuhan kami, mereka berpuasa, solat dan mengerjakan haji bersama kami. Lalu dijawab kepada mereka: Keluarkan dari neraka sesiapa yang kalian kenal. Lalu diharamkan mereka daripada neraka. Orang beriman itu pun mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai, yang mana mereka telah dimakan neraka sedalam separuh betis hingga ke lutut.
Kemudian orang beriman akan berkata: Tuhan kami, sudah tiada seorang pun lagi yang kalian suruh kami keluarkan. Lalu Allah menjawab: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian dapati pada hatinya terdapat sebesar dinar kebaikan, keluarkan dia.
Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai, kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian Allah berkata: Kembalilah lagi, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya terdapat separuh dinar kebaikan, keluarkanlah dia.
Lalu mereka mengeluarkan sejumlah ramai manusia, kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan seorang pun yang engkau suruh kami keluarkan. Kemudian Allah berkata: Kembalilah, sesiapa yang kalian dapati dalam hatinya ada sebesar zarah kebaikan, keluarkanlah dia.
Lalu mereka mengeluarkan sejumlah manusia yang ramai. Kemudian mereka berkata: Tuhan kami, kami tidak meninggalkan langsung sesiapa yang ada kebaikan di sana.
[Sahih Muslim, Kitab al-Iman, hadis no: 183]
Oleh kerana itu, Al-Imam Al-Hasan Al-Basri berkata:
اسْتَكْثِرُوا مِنَ الأَصْدِقَاءِ الْمُؤْمِنِينَ ، فَإِنَّ لَهُمْ شَفَاعَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Perbanyakkanlah rakan-rakan yang beriman, sesungguhnya mereka memiliki syafaat di hari kiamat. [al-Baghawi]
Jazakallah kepada penulis (MMMR), sumber dari whatsapp...