Monday, 31 January 2022

Dekorasi sempena CNY

 Merah di sana-sini

 sakura dah berbunga

 

 
Selamat bercuti semua..

Friday, 28 January 2022

Rezeki Jumaat

Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat..

Dapat hadiah, dapat makan nasi dagang, nasi goreng..

--------------------------------------------------

Pagi tadi keluar mesyuarat, on the way balik dapat message dari Retna, blogger Anakomak6.blogspot..inform parcel dah sampai kat pejabat..yeayy..

Alhamdulillah, dapat hadiah face mask Siti Nurhaliza feat Jovian..

nice!! lembut kalernya..

Hadiah sempena 10 top komentator blog anakomak bulan Disember 2021


Terima kasih Ret, luv it..

semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik

aminn, amiin..Ya Rabbal alamin..

------------------------------------------------

Pagi tadi, sebelum keluar rumah, tengok whatsapp group office, ada officemate belanja breakfast- nasi goreng. Alhamdulillah, tak yah beli sarapan..

Masuk je pejabat, ada officemate bagi nasi dagang pula..

Alhamdulillah, simpan untuk lunch..sarapan kita makan nasi goreng..

enak banget - nasi dagang ikan tongkol

Alhamdulillah, Alhamdulillah

Monday, 24 January 2022

Kuih paling ganas

 Hari tu singgah gerai nasi kerabu Mek di UTC Sentul, tengok ada kuih lompat tikam ni, teringin nak makan..
 

sedap tapi maneh bebenor