Wednesday, 9 February 2022

Terbiar sepi...

ditelan arus teknologi..

 

Mesin fax

sejak ada emel dan kemudian whatsapp, Google drive, dah hilang fungsi mesin faksimili ni..lama-kelamaan akan jadi scrap..

ahkak pun tak ingat, bila kali terakhir guna fax ni..masih ada lagi disini
jadi perhiasan pejabat..

 Mesin taip manual @ Typewriter 

Yang ni pun sama, dah terdampar sepi. Tiada lagi yang guna. Dulu ada juga steno guna untuk taip sampul surat. Nampaknya akan sama riwayat dengan mesin fax.

Benda-benda yang pernah berjasa kepada kita, sekarang dilupakan

sekarang zaman digital, selamat tinggal zaman analog 

life goes on

Monday, 7 February 2022

Lisette's Cafe & Bakery

Salam petang Isnin..

Dua minggu lepas ada site inspection di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya. Client set appointment pukul 2.00 petang, tak sempat nak lunch, makan ringan je dulu, takut pengsan..hehe..

Empire Shopping Gallery
 
Pukul 4 lebih, baru habis inspection. Jom cari makan.
 
Makan petang di Lisette's Cafe & Bakery. Cantik dekorasi cafe ni.

 
 kena naik escalator dari Lower Ground
 
boleh juga masuk dari cafe the Social di Ground Floor

 the Social

Seating di luar cafe Lisette's & the Social

hiasan dalaman

bahagian dapur

interior

Oklah, jom tengok apa yang diorder.
 
Flower tea - RM15 seteko

Ada burdock root, chrysantheum flower, osmanthus flower

jenuh nak habiskan seteko ni
ada disediakan madu juga 

Main dish - nasi goreng kimchi dengan tempe goreng

bahannya banyak, bekasnya kecil, kimchinya diluar
the verdict: so-so, tawar nasi gorengnya
mungkin kena gaul sekali dengan kimchi
 
OKlah masa untuk gerak balik, jom kita bayar-bayar

otw ke kaunter
 

Bahagian bakery

premium spot dihujung sana
 bunga-bunga warna pink kat dinding ni

seating kat luar Lisette's
dah lama tak nampak kerusi rotan macam ni..old skool.. 
 
Overall, oklah..price on the high side..biasalah kan..hipster cafe.. 

Lisette's ni ada cawangan di Jalan Kemuja, Bangsar.

Sunday, 6 February 2022

Masakan Thai di Restoran Sethangbaht

Assalamualaikum..selamat berhujung minggu..

Hari minggu yang lalu, menjamu selera makanan Thai di Restoran Sethangbaht di Taman Koperasi Polis Fasa 2..

 

Besar juga restorannya
 
ada tempat lesehan (makan bersila)
 
Menu biasa restoran Thai
 
 
Jom tengok apa yang kita order
 
nasi putih, udang masak pedas, tomyam seafood
tomyam sedap - ada kepah, udang galah, sotong
 
kerabu mangga dan udang masak pedas
kerabu mangga terbaik
 
sotong goreng tepung
sotongnya nipis bebenor, tepung rangup
 
ikan siakap masak khengsom & kerabu mangga
 
siakap masak khengsom 
teringin nak makan khengsom ni masa tengok youtuber Mark Wiens
lebih kurang masak pindang, ada nenas & sayur kangkung
 
dan pencuci mulut...
 
ais krim kelapa..oklah..
 
Overall, foodnya ok, ada yang sedap, ada yang so-so, harga berbaloi
Alhamdulillah..total lost - dibawah RM120/-..

 Recommended..untuk mencuba makanan Thai..
 
next time kita gi sini pula
 
restoran sebelah...Restoran Megi Ketam..
 
InshaaAllah