Sebab nak makan kenduri...hehe..first time masuk kampus UTM ni...selama ni lalu-lalang je..tengok dari jauh je..
pintu masuk utama UTM Jalan Semarak
ehsan Google map
Hari Sabtu awal bulan Februari, ada jemputan kenduri di dewan dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak. Ini kali kedua hadiri majlis kenduri sejak dibolehkan selepas PKP..
Pukul 10 lebih dah gerak dari rumah, sebab jamuan makan mula pukul 11.00 pagi. Tak nak bersesak-sesak, kita gerak awal lah..
Alhamdulillah, parking banyak, tempat luas
di sini majlisnya..Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid
Seperti biasa ikut SOP, imbas mySejahtera, ambil suhu dan sanitize jari-jemari
pengantin yang dirai
menuju ke dalam dewan
singgahsana di atas pentas
tunjuk gambar kuih je, makanan lauk-pauk kenduri
Dah habis makan, bergerak pulang..
ibu pengantin lelaki - kenal kan?
Seronoknya masuk menara gading, tempat menggali ilmu
Perpustakaan Sultanah Zanariah
Cenderahati kenduri cantik tasbihnya
yang ni cenderahati dari kenduri yang lain di hari yang sama, mak & kakak yang pergi...
pelbagai cenderahati kenduri zaman sekarang..
rindunya nak dapat bunga telur
ada lagi ke orang bagi bunga telur zaman ni?