Friday, 4 March 2022

Kopi Mak Datin

Sesi mengopi lagi..Kopi Mak Datin namanya..di Taman Melewar, Gombak..

Bukan di hotel, bukan di coffee house, bukan di kedai juga tapi premis perniagaan di rumah. Rumah corner lot, tanah extra bhg tepi dibina dua lot kedai, bijak-bijak..mmg mudah customer keluar masuk, tak melibatkan kawasan rumah.. 

 

banyak yang dijual, jus buah-buahan pun ada
Kopi mak datin ada 2 jenis - vanilla sweetcream & caramel macchiato
 
ada kopi gantung juga
 
kopi vietnam

 
 Jadi penasaran lorr..mau beli yang mana satu...hehe..lastly, beli kopi vietnam..yeayy..

kopi vietnam ais
 
 
ooo...nama kedai ni Mama Sinchan Street Food Cafe.. 
 
Selamat berhujung minggu teman-teman..

Wednesday, 2 March 2022

Udoh menyala, kome!

 

Udoh menyala, kome!
 
Projek kondominium dekat nak siap dah, tak lama lagi berpenghuni
bertambahlah sesak..huhu..
 
ada 4 jalan keluar/masuk ditambah dengan satu jalan untuk keluar saja dan dua jalan kampung (mereka yang tau saja yang guna) dan dua stesen LRT
tak cukup wehh..nak menampung pertambahan trafik..
 
bertabahlah..kat mana takde jem kat KL ni kan
 
sib baik bos tak kisah masuk lambat..asal kerja siap..
keluar rumah kul 9.00 pagi pun still ok 
kalau WFH lagilah ok

Tuesday, 1 March 2022

Masuk UTM Jalan Semarak

Sebab nak makan kenduri...hehe..first time masuk kampus UTM ni...selama ni lalu-lalang je..tengok dari jauh je..

pintu masuk utama UTM Jalan Semarak
ehsan Google map
 
Hari Sabtu awal bulan Februari, ada jemputan kenduri di dewan dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia di Jalan Semarak. Ini kali kedua hadiri majlis kenduri sejak dibolehkan selepas PKP..

Pukul 10 lebih dah gerak dari rumah, sebab jamuan makan mula pukul 11.00 pagi. Tak nak bersesak-sesak, kita gerak awal lah..
 
 
Alhamdulillah, parking banyak, tempat luas

di sini majlisnya..Dewan Tan Sri Ainuddin Wahid

Seperti biasa ikut SOP, imbas mySejahtera, ambil suhu dan sanitize jari-jemari

pengantin yang dirai

menuju ke dalam dewan

singgahsana di atas pentas
 
kuih-muih 
 
tunjuk gambar kuih je, makanan lauk-pauk kenduri
 
Dah habis makan, bergerak pulang..
 
ibu pengantin lelaki - kenal kan?
 
Seronoknya masuk menara gading, tempat menggali ilmu
 
Perpustakaan Sultanah Zanariah


 Cenderahati kenduri
 
cantik tasbihnya
 
yang ni cenderahati dari kenduri yang lain di hari yang sama, mak & kakak yang pergi...
 
butter cookies
 
pelbagai cenderahati kenduri zaman sekarang..
rindunya nak dapat bunga telur
 
ada lagi ke orang bagi bunga telur zaman ni?