Monday, 28 March 2022

Adakah mereka memakai Songkok?

Assalamualaikum..salam hari Isnin..

Songkok sangat sinonim dengan orang Melayu, segak sang jejaka berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok..

Dua kali teman jumpa peniaga yang guna perkataan songkok ni. Adakah mereka bersongkok ketika berjualan? hehe..

Burger Bad Songkok - jual roti john dan burger di Bandar Baru Sentul

Masa ni tak pakai songkok (waktu malam)

Masa siang hari..bersongkok mereka ketika berjualan..

curi-curi ambik gambar...
segan pulok nak ambik depan-depan...haha..

 

Bang Songkok - jual laksam dan bubur nasi

yang ni tak dapek nak check - sebab foodpanda yang hantar

- ok. selamat bekerja -

Sunday, 27 March 2022

Book Xcess @ REXKL..

Salam hari minggu..

Hari cuti ni, seronok bersantai-santai, belek-belek, menelaah bahan bacaan, buku, majalah..Jom tengok kedai buku yang cool di KL ni..Book Xcess.

Lokasinya di bangunan panggung wayang lama, panggung REX di Jalan Sultan, di kawasan Chinatown. Panggung REX ni salah satu contoh bangunan lama yang dikekalkan dan ditukar kegunaan kepada pusat komersil dan event space..

 signage Book Xcess

 

pintu masuk 
 
directory lantai
 
kedai serbaneka di ground floor
 
kedai buku di Mezzanine Floor - Mentor Bookstore
 
lejen ni..laluan ke reserved seats
 
tangga dikekalkan - bercompang-camping jubinnya
 

dah sampai di Book Xcess di tingkat 3. semuanya guna tangga, tak nampak ada lif, tak tahu ada diinstall lif ke idok
 
layout di tingkat 3

tingkat 3
 
Jom ke tingkat Mezzanine, tarikan utama di sini..
 
layout Mezzanine Floor
 
tangga ke Mezzanine floor
 
Breathtaking view, floor-to-ceiling, all books
 

lantai lama masih dikekalkan, disulami dengan lantai kayu/papan
 
 
Ramai pengunjung masa ni, masing-masing tak lepas peluang snap gambar, posing sana-sini
 
lantai kaca pun ada
 
Layan gambar ya..
 
mengadap event hall di tingkat 1
 

 dah ronda-ronda di tingkat mezzanine, jom ronda di tingkat bawah (tingkat 3)..
 
kawasan wall art
 
 


Satu pengalaman yang menarik membeli buku di kedai buku yang moden dan grand macam ni..

Book Xcess ni ada cawangan di Penang, Ipoh dan Bandar Setia Alam 
check it out

Wednesday, 23 March 2022

Jemapoh Pizza Kayu Api..

Dah bosan dengan pizza hut? dah jemu dengan domino pizza?

Jom try pizza kayu api pula..

Maghi omak, maghi adik, maghi kawan-kawan....pekena piza kayu api Jemapoh..sekarang dah ada cawangan di Jalan Gombak, KL..

 Hari Ahad lepas sempat jejak kedai ni..landmarknya..papan tanda ni..

 kedai dekat papan tanda ini
yang khemah merah tu, jual air kelapa

Jom order..ada 5 pilihan, kita order Jemapoh signature

semua pizza standard size 11"
 

harga kampung, citoghaso international

tempat bakar piza, tak nampak pulak kayu api

kalau ada kayu api bersusun bertingket-tingket baru real
 
tempat dine-in, ok selesa
 
ok piza dah siap
 
sedap juga makan panas-panas
tak habis, tapau bawa balik
 
 

 Recommended to try