Sunday, 11 September 2022

Kuih Bulan yang syahdu..

Nihao.. 

semalam kaum Tionghua meraikan Mid-Autumn Festival atau Pesta Kuih Bulan..

meh lihat kuih bulan yang dijual di Hilton Kuala Lumpur

lembut warna kuih bulan...begitu rupanya acuan kuih bulan..
macam acuan kuih putu kacang

syahdu sungguh warnanya...ada blue moon..
 
Selamat berhujung minggu..

Friday, 9 September 2022

Himalaya Vajomba

Salam Jumaat...dah hampir Maghrib..

Sapa suka gula-gula Himalaya Salt ni..rasanya masam-masam manis..

Orang kata fungsi dia sama macam air isotonic, macam air 100plus, boleh ganti garam mineral dalam badan..yelahh, namapun sports candy kan..

Sekarang ni ada gula-gula Himalaya Vajomba pula...untuk sakit tekak (sore throat).


comel je dua-dua ni..warna packaging pun menarik
 
Beli dua sekali sebab cute..gula-gula mint..
 
 actiwhoosh mints
 
perghh..efek dia...boom pow wow zap zing Yasssss!
 
honey lime mints..sedap ni..
 
perghh...dapat bayangkan efek dia...nyaman sekali

 

sekarang ni tengah batuk2 dan sakit tekak, semoga mujarab gula-gula ni
 
Happy weekend semua!!

Monday, 5 September 2022

Ditatarias dengan bunga orkid dan buah koko, KL Hiton tampak berseri

Hari Jumaat lepas, ada majlis di Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral. Bila gi hotel 5 bintang ni, suka tengok dekorasi. Bunga orkid jadi pilihan di Hilton Kuala Lumpur.

orkid dan gubahan daun gaya Bali
 
orkid Vanda
 
bunga orkid hiasan meja

nun di sana ada hiasan buah koko dalam bekas dan balang kaca

buah koko dicat pelbagai warna
 
jamu mata, sebiji RM8.00

waiting to exhale